Tuesday, 25 September 2012

PRK USIM dan Darussyifa' BBST


Pihak Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi mengucapkan tahniah buat Sdr Mohamad Razif Mohamad Fuad yang telah mendapat undian tertinggi dalam Pilihanraya Kampus UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA [USIM] 2012 yang berlangsung pada 25 September 2012.

Beliau merupakan pelajar 
Kumpulan 24, Darussyifa' Bangi. Semoga dengan penglibatan dalam kepimpinan mampu menjana kemajuan ummah. 

Seterusnya, Pihak Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi mengucapkan takziah atas musibah yang menimpa Sdr Yusuf B Ahmad, juga pelajar Kumpulan 24, Darussyifa' Bangi. 

Beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya berhampiran dengan tol Nilai ketika pulang dari kelas 

pengajian Darussyifa' Bangi ( 24 September 2012 )

Beliau juga merupakan mahasiswa UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA [USIM] dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Matematik Kewangan, tahun empat.

Kini, beliau ditempatkan di Hospital Tunku Jaafar, Seremban. Semoga Allah memberi kesembuhan kepada beliau.

Dua peristiwa tersebut berlaku dalam fatrah PRK. Dalam keadaan masing-masing sibuk menguruskan persiapan menghadapi PRK. Apa yang berlaku, ada hikmah yang Allah kurniakan kepada kita sebagai hambaNya. Wallahualam.

Saturday, 8 September 2012

Histeria


Kejadian histeria adalah fenomena yang sering berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah, amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit.

Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama mahupun orang awam, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat.

Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.

Beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku 'breakdown' pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) belajar yang terlalu tinggi di samping kelemahan seseorang mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria.

Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus. Selain itu, akibat manusia yang menceroboh kawasan 'mereka' hingga mereka datang 'membalas' pula.

Fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah-sekolah agama, sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di kilang-kilang serta tempat orang berkenduri kendara

Kita mesti akur bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia sahaja malah turut dihuni oleh makhluk-mahkluk lain juga yang dikenali dengan pelbagai nama dan oleh yang demikian manusia sewajarnya tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan 'mereka' atau lebih baik lagi berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari dari gangguan jin syaitan mahupun makhluk halus.

Sebaik-baiknya sebelum buat bangunan atau sekolah di satu-satu kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun 'memindahkan' makhluk tersebut ke kawasan yang lain.

Rasullulah juga turut berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada diganggu oleh makhluk yang mendiami alam ghaib ini.
Doa tersebut katanya berbunyi begini: 


"Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka."

Satu perkara lagi,  apabila seseorang takut kepada syaitan dan makhluk halus seperti jin, ia hanya akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak. Contohnya, kadang-kadang pelajar yang tinggal di asrama, khususnya pelajar perempuan, sering ditakut-takutkan dengan kewujudan 'penunggu' di bilik air dan disuruh berhati-hati sehingga akhirnya mereka percaya hingga menimbulkan rasa takut dalam diri.

Sehubungan itu, adalah dinasihatkan pelajar di sekolah tidak meninggalkan solat dan menjaga disiplin dan apabila seseorang meninggalkan solat, amat mudah syaitan mengganggu menyebabkan kejadian seperti histeria. Semua pelajar perlu berhati-hati dan mempunyai kekuatan diri supaya tidak mudah dirasuk serta tidak mudah takut dengan gangguan syaitan dan iblis.

Makhluk halus seperti jin berada di sekeliling manusia, cuma ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Seperti manusia, ia memiliki tempat tinggal dan selalunya menghuni rumah yang ditinggalkan kosong.

Tuesday, 4 September 2012

Pesanan Tuan Guru


A. Pra Syarat Sebagai Perawat

(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada 7-March-2005)

1. Hendaklah memiliki 6 sifat seperti yang disebut dalam Syair Imam Shafie iaitu;

i. Kecerdikan - Boleh memahami ilmu yang dipelajari, boleh menghafal doa-doa dan bukanlah seorang yang benak.
ii. Sensitiviti kepada Ilmu - Suka dan berminat mempelajari ilmu dan boleh memelihara (menyimpan) ilmu dan menjaga amanah ilmu dengan baik.
iii. Mempunyai Pendapatan - Mempunyai wang, harta dan bukan orang yang miskin.
iv. Mempunyai kesungguhan - bersungguh-sunguh dan berterusan dalam belajar ilmu pengubatan bukan sambil lewa sahaja.
v. Rakan seperguruan adalah saudara kita - Jangan ada cemburu-mencemburui, benci membenci sebaliknya tanamkanlah sifat hormat-menghormati dan kasih sayang.
vi. Memerlukan masa - iaitu hendaklah sentiasa bersabar dalam menuntut ilmu dan berubat kerana masa penantian yang panjang.

2. Hendaklah memberhentikan segala bentuk amalan pengubatan yang bercanggah dengan syariat Islam seperti penggunaaan tangkal (walaupun tangkal itu menggunakan ayat-ayat al-Quran), ilmu pengasih, ilmu penunduk dan seumpamanya.

3. Jangan melibatkan diri dengan Ilmu Tariqat atau kebatinan yang ada keraguan terhadapnya seperti Ahmadiah, Martabat-7, Qadiani dan seumpamanya, kalau dah sertai hendaklah ditinggalkan dengan segera.

4. Hendaklan meletakkan diri kita mampu dan boleh untuk berhadapan dengan segala bentuk ujian dan cabaran.


B. Syarat-syarat Utama Menjadi Perawat yang Baik

(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada 7-March-2005)

1. Iltizam dengan Ilmu Pengubatan yang dipelajari – iaitu dengan sentiasa beramal dan berdamping dengannya setiap hari.

2. Mempraktikkan ilmu pengubatan yang telah dipelajari, selalu memberikan khidmat sukarela di klinik-klinik darussyifa' dengan memberi rawatan kepada pesakit yang memerlukan bantuan.

3. Jangan campur adukkan ilmu yang diharuskan dengan ilmu yang dilarang iaitu jangan berbohong atau menyebutkan perkara-perkara yang tidak betul ketika merawat umpamanya mengatakan penyakit itu adalah disebabkan sihir atau perbuatan khianat oleh orang tertentu.

4. Ada keyakinan pada diri sendiri dan ikhlas bahawa ilmu yang disampaikan oleh guru adalah benar dan tidak meyalahi syarak.

5. Tidak boleh melangkah larangan atau etika yang telah ditetapkan oleh Darussyifa' contohnya tidak boleh menetapkan bayaran kepada pesakit.

6. Hendaklah setiasa berdisiplin dalam semua hal seperti dalam pengubatan, kehidupan, beribadat, berzikir dan seumpamanya.

7. Bersungguh-sungguh dalam mengubat, berubat dan mencari kesembuhan.



C. 10 Perinsip Asas Rawatan Islam

(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada 7-March-2005)

1. Ada penyakit , ada ubat.

2. Allah yang menjadikan penyakit , Dialah yang menjadikan ubatnya.

3. Kesembuhan bukan milik sesiapa, hanya milik Allah Ta'ala.

4. Manusia boleh berusaha, insya' Allah kalau kena dengan ubatnya, Allah Ta'ala akan sembuhkan.

5. Al-Quran adalah panduan dan penghubung kepada kesembuhan penyakit.

6. Doa'-doa' dan bacaan-bacaan adalah ikhtiar yang menjadi sebab untuk sembuh penyakit.

7. Rawatan dengan bacaan ataupun doa', telah diijmakkan harus oleh para ulama', malah digalakkan dengan tiga syarat;

     i. Dengan membaca Al-Quran (dengan bacaan yang betul).
     ii. Dengan bacaan-bacaan (selain daripada Al-Quran) yang diketahui maknanya.
     iii. Dengan mengiktikadkan bahawa Allah ta'ala sahaja yang akan menyembuhkan.

8. Bahan ubat hendaklah daripada bahan yang halal dan harus (jangan menggunakan bahan-bahan yang haram seperti benda yang najis, tangkal dan seumpamanya)

9. Tidak boleh berputus asa dalam berikhtiar untuk mencari ubat dan kesembuhan.

10. Keyakinan kepada diri sendiri, ubat yang dibuat, doa yang dibaca dan ikhtiar yang betul, pasti Allah Ta'ala akan menyembuhkan.


D. Pengijazahan

Ini adalah intipati daripada ucapan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada majlis Pengijazahan Pelajar Pengubatan Islam Darussyifa' kumpulan ke-17.

1. Kita semua manusia biasa yang serba kekurangan, kesempurnaan hanya milik Allah SWT, Tuan Guru mempunyai kekurangan begitu juga anak murid mempunyai kekurangan masing-masing. Justeru itu sebagai rakan seperguruan hendaklah saling tampung menampung kelemahan dan kekurangan rakan seperguruan yang lain. Kelemahan rakan jangan sekali-kali dibongkar atau dibesar-besarkan. Kalau rakan tersilap memberi ubat atau rawatan hendaklah kita cuba menutup kesilapan itu dihadapan pesakit dengan cara yang hikmah, jangan sampai mengaibkan rakan.

2. Belajar ilmu pengubatan perlu mendapatkan ijazah dari guru kerana itu adalah warisan yang diterima oleh Tuan Guru daripada semua gurunya termasuk daripada ayahandanya sendiri. Sebagai mengambil contoh Imam As-Shafie juga ketika berguru dengan Imam Waqi' mendapatkan ijazah daripada gurunya setelah tamat belajar. Ketika Imam As-Shafie belajar dengan Imam Malik, dia tidak dibenarkan memberi fatwa oleh Imam Malik sehingga ia diijazahkan. Justeru itu kesimpulannya tidak cukuplah belajar ilmu pengubatan hanya dengan membaca buku sahaja.

Location via Google Maps

Kalam Indah

Sumbangan Dana

Sumbangan Dana

Waktu Rawatan Ramadhan

Rawatan Bangunan

RAWATAN RUMAH & BANGUNAN

Rawatan rumah/ bangunan dijalankan pada HARI KHAMIS (Minggu Pertama & Ketiga) bermula dengan Solat Maghrib sehingga Solat Isyak di tempat tersebut.


Borang rawatan rumah & bangunan boleh diambil dan diisi di Pusat Rawatan Kecil Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi.

Bidara Syifa - 012 344 7697

Bidara Syifa -  012 344 7697
Hubungi Ust Kamil

Wangian Doa Syifa'

Wangian Doa Syifa'

Jual Beli Hartanah

Vitamin Untuk Kesihatan

Artikel Pilihan