Tuesday, 30 December 2014

Hukum Memberi Zakat Kepada Mangsa Bencana Alam Seperti Banjir & lain-lain

Soalan : Mohon pandangan SS Mufti tentang hukum memberikan zakat kepada mangsa banjir?


Jawapan : Dalam hal ini, perkara yang perlu difahami setiap mangsa kebiasaannya dalam keadaan amat memerlukan bantuan mengikut kadar kemusnahan yang dialami. Boleh jadi aset atau hartabendanya ranap sebahagian kecil, sebahagiannya atau musnah keseluruhannya. Dalam hal ini, marilah sama-sama kita memahami firman Allah SWT daripada Surah al-Taubah ayat 60.

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِّنَ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ ﴿٦٠﴾

Maksudnya : Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Ayat ini menunjukkan bahawa golongan yang berhak menerima zakat hanya lapan golongan sahaja. Jumhur fuqaha’ berpendapat tidak harus diberikan kepada selain daripada yang dinaskan al-Qur’an iaitu lapan golongan ini.

Mazhab Syafi’i menetapkan bahawa wajib dibahagi kepada semua yang ada dalam kalangan asnaf yang berhak menerima zakat. Sedangkan mazhab yang lain memadai dengan sekumpulan daripada golongan yang berhak menerima zakat sahaja. Ini juga difatwakan oleh Ibn Ajil al-Asma’ie dan ramai dalam kalangan ulama’ mutakihr kerana sukar mencari lapan asnaf. Inilah yang disebutkan dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin.

Berkenaan dengan isu di atas, sebahagian ulama’ menganggap bahawa ia adalah bencana yang menyebabkan hartabenda mereka musnah dan memerlukan kepada bantuan serta berhutang samada untuk diri mereka atau keluarga mereka. Justeru, kebanyakan ulama’ memasukkan golongan seperti ini dalam asnaf al-gharimin iaitu orang yang berhutang. Sebahagian ulama’ mensyaratkan jenis hutang ini adalah yang bersifat darurat dan keperluan dan bukan untuk kemewahan atau berfoya-foya.

Oleh kerana itulah kami menyatakan bahawa harus diberi zakat kepada golongan yang terkena mudarat atau bencana samada banjir besar, puting beliung, tanah runtuh, gempa bumi dan lain-lain yang menyebabkan rumah mereka musnah, tanaman mereka binasa, dan tidak ada lagi apa-apa yang mereka miliki. Mereka boleh dikategorikan sebagai golongan al-gharimin yang berhak menerima zakat.

Selain daripada nas di atas, jika dilihat kepada tafsiran ulama’ antaranya Mujahid yang berkata : “3 golongan boleh dikategorikan sebagai al-gharimin iaitu :

        1) Mereka yang hartanya dihanyut oleh banjir atau bah.
        2) Mereka yang ditimpa kebakaran yang menyebabkan musnah hartanya
       3) Mereka yang mempunyai tanggungan dan tiada baginya harta untuk di infakkan kepada tanggungannya.

Kenyataan seperti di atas oleh Mujahid adalah bertepatan dengan hadith yang sahih yang dinyatakan daripada Qabisah bin Mukhariq al-Hilali yang berkata :

تَحَمَّلْتُ حَمَالَةً فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَسْأَلُهُ فِيهَا فَقَالَ ‏"‏ أَقِمْ حَتَّى تَأْتِيَنَا الصَّدَقَةُ فَنَأْمُرَ لَكَ بِهَا ‏"‏ ‏.‏ قَالَ ثُمَّ قَالَ ‏"‏ يَا قَبِيصَةُ إِنَّ الْمَسْأَلَةَ لاَ تَحِلُّ إِلاَّ لأَحَدِ ثَلاَثَةٍ رَجُلٍ تَحَمَّلَ حَمَالَةً فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَهَا ثُمَّ يُمْسِكُ وَرَجُلٍ أَصَابَتْهُ جَائِحَةٌ اجْتَاحَتْ مَالَهُ فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَ قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ - أَوْ قَالَ سِدَادًا مِنْ عَيْشٍ - وَرَجُلٍ أَصَابَتْهُ فَاقَةٌ حَتَّى يَقُومَ ثَلاَثَةٌ مِنْ ذَوِي الْحِجَا مِنْ قَوْمِهِ لَقَدْ أَصَابَتْ فُلاَنًا فَاقَةٌ فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَ قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ - أَوْ قَالَ سِدَادًا مِنْ عَيْشٍ - فَمَا سِوَاهُنَّ مِنَ الْمَسْأَلَةِ يَا قَبِيصَةُ سُحْتًا يَأْكُلُهَا صَاحِبُهَا سُحْتًا ‏"

“Aku telah menanggung bebanan yang banyak lantas aku pergi mengadu kepada Rasulullah SAW. Maka Baginda bersabda mafhumnya : ‘Tetaplah kamu di sini sehingga datang kepada kami sedekah dan kami akan perintahkan supaya diberi kepadamu’. Kata Qabisah : ‘Kemudian Baginda SAW bersabda : ‘Hai Qabisah! Sesungguhnya meminta-minta tidak halal kecuali untuk tiga golongan sahaja. Lelaki yang menanggung bebanan maka halallah baginya meminta sehingga menyelesaikannya kemudian menyimpannya, lelaki yang ditimpa bencana sehingga binasa hartanya maka halal baginya meminta sehingga mencukupi bagi dirinya dalam meneruskan sisa kehidupan atau menyelesaikan keperluannya, lelaki yang ditimpa kefakiran sehingga datang tiga orang lelaki yang berakal dan bermaruah daripada kaumnya mengiyakannya yang dia telah ditimpa kefakiran maka layaklah untuknya meminta sehingga menyelesaikan keperluan hidupnya. Hai Qabisah! Selain daripada itu, meminta-minta itu dianggap sebagai haram dan memakannya adalah haram.”

                                                                                                    (Riwayat Muslim, no. 1044)

Imam al-‘Azim al-Abadi menyatakan: “Siapa yang ditimpa hartanya dengan sebab kebinasaan daripada langit atau bumi seperti kesejukan, air batu, tenggelam dan seumpamanya yang menyebabkan tiada lagi baginya barangan untuk hidup maka haruslah baginya meminta sehingga dapat menyelesaikan kehidupannya semula.” [Aun al-Ma’bud 3/36]

Beberapa ulama’ telah memberi fatwa antaranya Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang berkata : “Aku khususkan yang mengenai sifat al-gharimin bagi golongan yang terkena bencana alam sehingga binasa harta bendanya dan terpaksa kepada berhutang maka hukumnya dibolehkan. [Fiqh al-Zakat 2/623]

Begitu juga dengan Dr. Husamuddin bin Musa ‘Iffanah, Profesor Fiqh dan Usul dari Universiti al-Quds, Palestin yang menyatakan  hukumnya adalah harus diberikan kepada golongan seperti ini.

Saya berpendapat HARUS untuk memberi zakat kepada mereka, sebagaimana pendapat-pendapat yang dikemukakan dan saya cenderung untuk mencadangkan supaya hendaklah diberi kepada Baitulmal, seterusnya Baitulmal akan mengenalpasti golongan yang benar-benar terdesak dan memerlukan bantuan dengan membuat anggaran kerosakan yang ditanggung dan juga keperluan yang dihajatinya. Ini kerana, jika diberi secara langsung dengan kuantiti yang banyak, dibimbangi sebahagian sahaja yang memperolehnya sedangkan sebahagian yang lain tidak mendapat walaupun sedikit. Justeru, pasti rasa tidak selesa akan terwujud pada kebanyakan golongan yang ditimpa bencana yang tidak dapat apa-apa bantuan atau bantuan yang tidak mencukupi.

Baitulmal hendaklah menggerakkan tenaganya dengan seupaya mungkin bagi menyelesaikan kemelut tersebut dengan secepat mungkin kerana keperluan untuk hidup adalah bersifat segera. Semoga jawapan ini dapat memberi pencerahan kepada yang bertanya dalam menyalurkan bantuan berupa zakat ataupun infaq yang lain bagi membantu saudara-saudara seIslam yang terbabit dalam bencana seperti banjir dan lain-lain. Wallahua’lam

DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Mufti Wilayah Persekutuan

Sunday, 21 December 2014

Aurat Pesakit Wanita: Antara Darurat dan Maruah

“Bukan sakit bersalin yang saya takutkan. Tapi saya serik dengan keadaan dan situasi sepanjang proses kelahiran. Tambah lagi jika datang doktor bersama pelajar-pelajar perubatan lelaki.  Seorang demi seorang melihat dan pegang bahagian ####### saya… kata mereka nak tahu  ‘bukaan’ rahim berapa…”
Luahan di atas adalah antara suara pesakit yang selalu dilontar ke blog penulis. Pengalaman penulis di hospital juga sedikit sebanyak membenarkan kegusaran sedemikian. Ditambah lagi dengan kesedaran beragama yang semakin baik di kalangan Muslim Malaysia, maka isu aurat wanita semasa mendapatkan rawatan menjadi sensitiviti dan hak yang semakin perlu diberi perhatian samada oleh pesakit, perawat mahupun pihak pemerintah.

Hukum Aurat Pesakit

Sebagaimana Muslim keseluruhannya wajib menutup aurat di hadapan bukan mahram, tidak boleh memandang, bersentuhan apatah lagi berkhalwat dengan insan berlawanan jantina, maka hukum yang sama juga ditaklifkan kepada perawat dan pesakit berlainan jantina.

Hukum ini jelas di dalam Surah An-Nur (30-31) agar kedua-dua Mukmin dan Mukminat menundukkan pandangan, menjaga kemaluan dan tidak mendedahkan badan mereka kecuali kepada yang berhak.

Dalam hal ini juga, kebanyakan fatwa ulamak tidak mengharuskan pesakit dirawat perawat berlainan jantina sedari awal lagi atas alasan menutup ruang maksiat, mengelak fitnah di samping menjaga maruah dan sifat malu wanita,. Mereka juga menggesa perawat agar mahir dalam merawat pesakit sama jantina semata-mata. Justeru, hukum asal melihat aurat pesakit berlainan jantina adalah haram sama sekali.



Darurat Melihat Aurat Pesakit

Bagaimanapun hukum asal di atas tertakluk kepada keadaan biasa sahaja. Apabila berlaku keperluan luar biasa iaitu darurat, maka hukum asal itu akan terangkat mengikut satu Kaedah Fiqh “ad-Dharurah Tubihu al-Mahzurat” atau ‘Darurat Mengharuskan yang Terlarang’.

Antara darurat utama adalah untuk memelihara nyawa, seperti digariskan dalam prinsip Maqasid Syariyyah. Dalam kes kecemasan nyawa seperti kebakaran, lemas, kemalangan, serangan jantung, tercekik, sawan, nazak, proses kelahiran luar biasa seperti pembedahan, shoulder dystocia, tumpah darah dan lain-lain seerti dengannya, maka soal Ihtilat dan aurat tidak wujud. Malah menjadi kewajipan doktor yang layak yang berada berdekatan tanpa mengira beza jantina untuk merawat. Dan pesakit yang menolak rawatan sehingga dia mati dianggap berdosa seperti membunuh diri.

Kadar Darurat

Walaupun begitu, keharusan perawat melihat atau pesakit mendedahkan aurat seperti telah dinyatakan tertakluk pula kepada satu Kaedah Fiqh seterusnya iaitu “ad-Dharurah Tuqaddar bi Qadariha” atau ‘Darurat itu Mengikut Kadar Keperluannya’. Jika ada bahagian aurat yang perlu didedahkan, maka cukuplah setakat yang perlu untuk prosedur itu tanpa melampaui bahagian badan lain. Justeru kadar darurat ini akan berubah mengikut keberadaan (availability), capaian (accessibility) dan had (limitation) bentuk perawatan, kepakaran, logistik dan bilangan doktor Muslim yang ada.

Dari segi perawatan, ada prosedur yang bersifat pemeriksaan, penyiasatan, penyelidikan mahupun terapeutik (penyembuhan). Contohnya ujian Pap Smear adalah penyiasatan rutin semata-mata, bukannya langkah terapeutik untuk menyelamatkan nyawa ketika terdesak. Dalam hal ini, pesakit masih mempunyai ruang untuk meminta doktor wanita atau mencari klinik lain bagi mengelak diperiksa doktor lelaki.

Namun begitu, ada perkara yang memerlukan doktor pakar tertentu untuk memeriksanya. Contoh mudah adalah apabila penyakit telinga yang memerlukan pakar ENT memeriksa dengan rapi. Begitu juga pembendahan barah payudara yang memerlukan pakar bedah. Umum mengetahui tidak semua tempat mempunyai doktor pakar perempuan. Maka, mendapatkan rawatan di bawah doktor pakar lelaki dikira darurat akibat kurangnya Muslimah yang pakar dan masalah logistik untuk ke tempat yang lebih jauh. Hal ini bukanlah suatu yang pelik dan telah berlaku sejak zaman Nabi s.a.w lagi di mana Sahabiyah wanita seperti Umm `Atiyah, Umm Sulaym dan ar-Rabi’ binti Muawwath r.a. menjadi jururawat merawat Sahabat berlainan jantina yang cedera semasa perang, lantaran kebanyakan Sahabat lelaki memenuhi tanggungjawab jihad di barisan depan medan tempur.

Situasi semasa juga menyumbang kepada keadaan darurat apabila tidak ramai doktor wanita dihasilkan dalam bidang tertentu. Contoh jelas ialah apabila pakar sakit puan dilihat ramai lelaki. Perlu dimaklumi bahawa hal ini berlaku akibat peluang Muslimah melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan sekitar lebih 20 tahun dahulu amat terhad dan fakulti perubatan tempatan masa itu hanya ada 3 buah. Namun masalah ini semakin baik seiring dengan bertambahnya peluang buat Muslimah hari ini. Dalam darurat sebegini, Majma’ Fiqh Islami telah memberi panduan untuk pesakit wanita dalam memilih perawat; yang utamanya mencari perawat Muslimah, dan jika tidak ada diikuti perawat wanita non-Muslim, seterusnya perawat lelaki Muslim, dan akhir sekali perawat lelaki non-Muslim.

Tanggungjawab Pesakit

Selain yang disebutkan di atas, pesakit juga perlu maklum hak autonomi mereka ketika mendapatkan rawatan, iaitu mereka berhak memilih atau menolak bentuk rawatan dan perawat tertentu dengan syarat mereka telah diberi informasi selengkapnya. Namun dalam kes kecemasan dan terhad perawat yang layak, mereka harus terima seadanya. Di samping meminta hak mereka agar dihormati, mereka juga harus faham limitasi sistem kesihatan yang ada buat masa ini.

Mereka harus memainkan peranan agar hak dan sensitiviti mereka berkenaan aurat ini sentiasa dimaklumi pihak perawat dan juga autoriti yang bertanggungjawab menyediakan khidmat perubatan. Mereka boleh bertindak sebagai pendesak (public pressure group) agar aurat mereka terjaga semasa mendapatkan rawatan melalui advokasi di saluran media, NGO atau Lembaga Pelawat Hospital. Hasilnya dapat dilihat dengan bertambahnya jumlah perawat Muslim yang prihatin di peringkat kementerian dan hospital. Ada antara mereka yang menubuhkan Hospital Islam atau hospital khusus wanita yang menerapkan amalan perubatan menepati Syariah. Ini semua wujud akibat kesedaran dan permintaan (demand) dari komuniti Muslim yang semakin peka di negara ini.

Namun pesakit juga harus faham bahawa keadaan ideal yang mereka idamkan tidak mampu wujud sekelip mata. Maka mereka harus berkorban buat masa ini untuk kesenangan masa depan. Sebagai contoh, mereka perlu beri kerjasama kepada pelajar perubatan Muslim yang ingin mempraktikkan kemahiran temubual, memeriksa dan melakukan prosedur ke atas mereka. Masyarakat awam juga perlu realistik terhadap desakan mereka. Contohnya, seorang suami yang kuat pegangan agama bertegas mahukan hanya doktor atau bidan perempuan mengurus isterinya yang bersalin tengah malam, namun dalam masa sama dia pula menghalang isteri atau anak perempuannya dari menceburi bidang perubatan atas alasan agama berpendapat perempuan lebih baik di rumah. Pendirian yang kontradik ini tidak membantu menyumbang kepada sistem perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada pesakit Muslimah.

Tanggungjawab Perawat

Walaupun diakui bahawa kod etika perubatan global menetapkan perbezaan jantina tidak harus menjadi halangan untuk doktor menjalankan tugasnya kepada pesakit, namun menjadi tanggungjawab doktor Muslim mengamalkan tuntutan agamanya demi kemaslahatan pesakit. Sebagai contoh, pesakit perempuan yang koma tiada tanggungjawab dan tidak mampu menutup aurat sendirinya, justeru doktor atau jururawat yang peka boleh melindungi auratnya dengan sesuatu dan menutup dengan tabir atau langsir penghadang dari orang yang lalu lalang.

Begitu juga apabila terpaksa memeriksa bahagian sulit pesakit lain jantina, hendaklah dibawa pengiring ketiga (chaperon) dari ahli keluarga atau staf. Jika ia pemeriksaan rutin tanpa dibuka aurat, harus juga dibawa chaperon atau berada di tempat terbuka demi mengelakkan suasana syak, khalwat dan fitnah. Maruah (modesty) pesakit dan rahsia (confidentiality) mereka juga harus dijaga dengan tidak mendedahkan bahagian tubuh melebihi keperluan. Saranan-saranan ini sebenarnya telah sedia termaktub di dalam Kod Etika Professional seorang doktor.

Sebagai kesimpulan, hukum asal melihat aurat pesakit lain jantina adalah tidak dibenarkan melainkan terdapat darurat mendesak. Perawat dan pesakit mestilah menunjukkan perasaan tidak reda di dalam hati terhadap situasi tersebut, ia hanya terpaksa direlakan akibat darurat. Darurat pula harus ditangani seadanya bergantung kepada faktor-faktor keselamatan nyawa, logistik, kemahiran dan bilangan perawat.  Kedua-dua pihak pesakit dan perawat bertanggungjawab untuk menjaga aurat dan kehormatan pesakit serta berusaha mewujudkan biah sistem perkhidmatan perubatan yang lebih mesra Muslimah.

Dr Ahmad Faidhi Mohd Zaini
* Penulis adalah pengendali laman fiqhmedic.wordpress.com

http://majalah-i.karangkraf.com/aurat-pesakit-muslimah-antara-maruah-darurat-1.225416

Thursday, 4 December 2014

Karnival Jom Sihat 13 Dis 14


Jemputan kepada semua. Mohon sebarkan

KARNIVAL JOM SIHAT 
TARIKH: 13 DISEMBER 2014 (SABTU)
MASA: 8.30 PAGI - 1.30 PETANG
TEMPAT: BLOK 6, TAMAN SEMARAK 2, NILAI (Depan Masjid Al-Azim Taman Semarak)
Koordinat GPS: 2.823822, 101.811626

Pelbagai acara menarik:

1) Pertandingan mewarna kanak-kanak (untuk 20 orang sahaja). Pensil warna disediakan

2) Kuliah Dhuha Perdana oleh Ustaz Nor Azman Mohamad (Bekas Imam Masjid Ampangan, Seremban). Tajuk: Keluarga Sihat, Keluarga Bahagia

3) Pemeriksaan Kesihatan Percuma oleh Papisma Negeri Sembilan. Periksa tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan lain-lain

4) Khidmat Rawatan Islam Percuma oleh Darussyifa’ Bandar Baru Salak Tinggi

5) Lebih 100 helai pakaian untuk disumbangkan. Siapa cepat dia dapat

6) Pameran kesihatan

7) Cabutan bertuah

8) Pendaftaran untuk Kelas Mengaji Al-Quran Wanita & Kelas Fardhu Ain Muallaf Secara Percuma

Sebarang pertanyaan sila hubungi
Sdr Irsyad 013-9593742, Sdr Safwan 019-9497633, Sdri Hidayah 011-29064495

Anjuran: Belia Prihatin Nilai dengan kerjasama Pusat Rawatan Islam Darussyifa’ Bandar Baru Salak Tinggi dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Negeri Sembilan

Tuesday, 2 December 2014

Keputusan Temuduga Pengambilan Pelajar Sesi 2015

Calon-calon yang telah lulus temuduga dengan sukacitanya sila hadir taklimat seperti berikut;

Tarikh:
4-Jan-2015 (Ahad)

Waktu:
8:00 Pg ~ 10:00 Pg (Pendaftaran & Pembayaran Yuran)
10:00 Pg ~ 1:00 Tgh (Taklimat)

Perhatian:
1. Sila berpakaian baju putih dan kopiah putih ketika hari pendaftaran bagi muslimin.
2. Sila berjubah hitam atau berjubah putih bagi muslimat.
3. Yuran Kursus ialah RM600. Bayaran minima ketika pendaftaran ialah RM300.
4. Sekiranya tidak hadir pada hari pendaftaran, calon-calon adalah dianggap tidak berminat atau menolak tawaran untuk mengikuti kursus ini. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Berikut adalah senarai calon-calon yang telah lulus temuduga untuk Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' Sesi 2015.

Senarai Pelajar Muslimin

1. ABD RAZAK BIN ADHAM @ PUTIH (470412-01-53xx)
2. ABDUL AZIZ BIN KARIM (930624-03-62xx)
3. ABDUL GHOFUR RUSLAN (W2296xx)
4. ABDUL HADI BIN BAHARUDIN (880201-14-52xx)
5. ABDUL HADI BIN HUSSIN (880201-08-68xx)
6. ABDUL HADI BIN UJANG (860427-43-54xx)
7. ABDUL HAFIDZ BIN YUSOFF (860518-02-52xx)
8. ABDUL HAFIZ BIN ABDUL MAJID (870206-08-51xx)
9. ABDUL HAKIM BIN NAWI (870922-03-56xx)
10. ABDUL HALIM BIN KARIM (960829-23-50xx)
11. ABDUL LATIF BIN ABDULLAH (730226-10-57xx)
12. ABDUL MALIK BIN BALI (920902-13-50xx)
13. ABDUL MUIZ BIN MD YUNOS (900123-14-58xx)
14. ABDUL MUKMIN BIN ZULKIFLI (900322-07-53xx)
15. ABDUL RAHIM BIN  MOHAMAD SULAIMAN (730822-08-54xx)
16. ABDUL RAHIM BIN ABDUL RAHMAN (651115-08-59xx)
17. ABDUL RAHIM BIN AZIZ (780117-06-52xx)
18. ABDUL RAHMAN BIN KAMARUDDIN (910719-10-52xx)
19. ABDUL RAHMAN BIN KARIM (880615-03-51xx)
20. ABDULLAH ABBAS BIN ABDUL HALIM (950104-14-65xx)
21. ABDULLAH BIN MAT (600104-02-51xx)
22. ABDULLAH BIN MUKHTI (840910-71-50xx)
23. ABU BAKAR BIN ZAKARIA (590513-08-58xx)
24. ABU FITRI BIN ABDUL JALIL (650202-07-50xx)
25. ABU HASSAN BIN BUROK (580102-04-54xx)
26. ABU SUFIAN BIN SELAMON (800704-10-52xx)
27. ADAM SYUKRI BIN AZIZAN (861017-23-60xx)
28. ADRI BIN MAHAMAD ISHAK (760218-10-50xx)
29. AFZAL BIN JUFRY (921117-10-64xx )
30. AHMAD A'ALAUDDIN BIN MOHAMAD (860321-29-68xx)
31. AHMAD ADIB BIN TAIP (861106-56-58xx)
32. AHMAD AIZAT BIN NORRUDIN (890731-10-52xx)
33. AHMAD ASYRAF BIN AHMAD SUHAIMI (930328-11-57xx)
34. AHMAD DASUKI HASHIM (790902-12-55xx)
35. AHMAD FAIRUZ BIN MAZANAN (810401-11-58xx)
36. AHMAD FAUZI HILMI BIN MOHD YASIN (770102-61-56xx)
37. AHMAD FUAD BIN MOHAMAD MOKHTAR (950807-14-62xx)
38. AHMAD HAKHIMI BIN HARUN (850514-10-53xx)
39. AHMAD HUZAIFAH BIN MOHAMAD HALIM (940227-10-55xx)
40. AHMAD IDZUDDIN BIN ZUBIT (890511-02-52xx)
41. AHMAD KASTALANI BIN SIMO (631114-01-54xx)
42. AHMAD MU'AZ BIN ANUAR (800315-10-56xx)
43. AHMAD MUHAIZAT BIN AHMAD TARMIZI (891124-08-66xx)
44. AHMAD MUKHLIS BIN MANSOR (860429-26-55xx)
45. AHMAD MUKHZANI BIN HABIN (870619-02-53xx)
46. AHMAD SHAHRIR BIN MOHD SALLEH (690502-08-60xx)
47. AHMAD SUPRIHATIN (A3788xxG)
48. AHMAD SYAIFULLAH BIN MOHD NOR AFANDI (911209-06-53xx)
49. AHMAD TARMIZI BIN MAHMUD  (831221-11-51xx)
50. AHMAD ZAMIR BIN MAT GHANI (900414-03-50xx)
51. AJWAD BIN AZLIN (950811-02-63xx)
52. AKMAL HISHAM BIN ZARIN (830307-10-54xx)
53. AKMAL SOLIHI BIN MOHD YAZID (860417-26-58xx)
54. ALIAS BIN MOHAMED SHARUDDIN (780810-08-66xx)
55. ALLAUDIN BIN UBAIDULLAH (761129-06-53xx)
56. AMEER IKHWAN BIN ISHAK (950812-13-63xx)
57. AMIR ASYRAF BIN AHMAD (890915-03-55xx)
58. AMIR ISKANDAR BIN MOHD RAWI (770408-03-66xx)
59. AMIR IZZUDDIN BIN AZMAN (960707-11-55xx)
60. AMIRUL ASYRAF BIN MOHD JEFRI (950524-08-53xx)
61. AMIRUL SHAFIQ BIN RODIN (921123-10-55xx)
62. AMIRUL SYAHIRAN BIN ABU BAKAR (940510-02-52xx)
63. AMRAN BIN AHMAD (580621-05-50xx)
64. AN NUUR MUHAMAD SIDDIQ BIN SAMAR (861024-23-62xx)
65. ANUAR BIN YACOB (740911-01-66xx)
66. ARIFFARHAN BIN ABD MURAD (920213-10-51xx)
67. ASEP SYAIFULLAH (A72473xx)
68. ASYRIZAT BIN PATTAH AKHIR (950119-04-52xx)
69. AZFAR AL ARIF BIN AHMAD (860521-26-55xx)
70. AZIM AZRI BIN J. AZHARI (920318-14-64xx)
71. AZIZI BIN MOHD ARIFIN (770624-08-73xx)
72. AZIZUL BIN HALID (950219-01-62xx)
73. AZLAN BIN HASSAN (680528-01-58xx)
74. AZLAN BIN KHORMA (790101-71-53xx)
75. AZLEE BIN ABDULLAH  (711229-03-51xx)
76. AZMAN BIN ZAKARIA (610119-05-50xx)
77. AZRI BIN MOHD ZAIS  (810418-14-59xx)
78. AZRUL BIN ABDUL MAJID (810228-08-66xx)
79. BAHARUDIN BIN TAMIN (620509-10-67xx)
80. BORHAN BIN KANDIS (641209-04-53xx)
81. CHE FAIZUL AZHAR BIN CHE MAT (910820-03-58xx)
82. CHE HASSAN BIN CHE MOHAMAD  (780123-03-61xx)
83. DANIEL BIN JUFRY  (960124-10-66xx)
84. FARHAN BIN MAMAT (890221-03-58xx)
85. FARIS BIN HASBULLAH (750711-14-50xx)
86. FIRDAUS AMIR BIN ROSLAN (830720-14-56xx)
87. HAJI ROSLI BIN HAJI HASSAN (RF/1168xx)
88. HARUN BIN ZAINAL ABIDIN (761022-06-50xx)
89. HASHIM BIN ABDUL RAHMAN (730411-01-60xx)
90. HASHIM BIN MUDA (850323-11-51xx)
91. HASLAMIZAN BIN MALIKI (820209-11-54xx)
92. HASSAN BASRI BIN AWANG MAT DAHAN (620322-06-52xx)
93. HAZAIRUDIN BIN HASAN (680531-05-52xx)
94. HAZIQ BIN JAFFAR(MU) (860225-23-70xx)
95. HILMI BIN ZAHRI (870928-07-51xx)
96. IBNU KHOTIH BIN DASRIL (A90042xx)
97. IBRAHIM BIN DAUD (790416-03-53xx)
98. IDRUS BIN WAN CHIK (590506-07-55xx)
99. IHSAN DIAGNE MAROPA (A74707xx)
100. ILHAM AKHBAR BIN HARUN (700320-10-64xx)
101. ISMA RIZAL BIN AWANG (760426-14-59xx)
102. ISMAIL BIN KHALID (910122-10-63xx)
103. IZROEI BIN MAT ALI (711121-08-58xx)
104. JAMAL BIN YAPPE (711203-12-58xx)
105. JULIAN BIN SENAWI (750522-01-67xx)
106. KAMAL BIN MOHD SHABUDIN (810331-02-51xx)
107. KAMARUL IKRAM BIN MISNAN (891222-14-51xx)
108. KHAIRUDI BIN ISHAK (800322-03-50xx)
109. KHAIRUL ANWAR BIN HASAN RAHMAD (810327-08-58xx)
110. KHAIRUL HAFEZ BIN IBRAHIM (861215-30-50xx)
111. KHAIRUL KHUZAIMI BIN MOHD ARIS (890617-05-50xx)
112. KHAIRUL SABIRIN BIN ABD HALIM (910117-05-54xx)
113. KHIRULLAH BIN ABDUL HAMID (681022-02-52xx)
114. LARAJIS BIN LAMALUHU (831014-12-59xx)
115. LUQMAN HAKIM BIN MOHAMAD (930312-01-67xx)
116. M.K FIQRI BIN JAFFAR (861016-23-59xx)
117. MAHMUD AL-KAUTHAR BIN MOHAMAD RABEH (900622-10-53xx)
118. MASLAN BIN DAS (610203-01-50xx)
119. MAZLAN BIN MOHAMED (730825-06-53xx)
120. MD BADIUZZAMAN ABDUL (AB 13480xx)
121. MD FIRLI BIN MD JANIS (811206-14-56xx)
122. MD ROSDI BIN HASSAN  (770128-06-54xx)
123. MD ROSLI BIN MD SHARIF (550605-08-59xx)
124. MIQDAD BIN RABUAN (890407-10-51xx)
125. MISNAN BIN AHMAD (630516-10-80xx)
126. MOHAMAD AFIF FIRDAUS BIN NORFUZA (910119-03-56xx)
127. MOHAMAD AFIFI BIN SULIMAN (860909-38-60xx)
128. MOHAMAD AQIL BIN MUSTAFFA (MU) (890217-09-50xx)
129. MOHAMAD BASIT BIN MOHD SHUKRI (901007-03-63xx)
130. MOHAMAD FAIZAL BIN MAT (790408-14-54xx)
131. MOHAMAD HAFIZ BIN HAJI SHAMSURI (891123-14-65xx)
132. MOHAMAD HANNAN BIN JALIL (870508-05-53xx)
133. MOHAMAD HAZWAN BIN HAMRI (890517-05-52xx)
134. MOHAMAD IKWAN HAMI BIN ISMAIL (930405-03-56xx)
135. MOHAMAD LOFTI BIN MOHAMMAD TAJUDIN (730416-02-64xx)
136. MOHAMAD MATASSIAN BIN OGUS (881021-12-59xx)
137. MOHAMAD NAUFAL BIN AHMAD NASIR (910119-10-51xx)
138. MOHAMAD SARJI BIN HUSSIN (551230-01-63xx)
139. MOHAMAD SHYAZREEL ADDRY BIN MOHD RONI (961217-11-50xx)
140. MOHAMAD SYARIFUDIN BIN SABRI (930205-10-51xx)
141. MOHAMAD UKASHAH BIN IBRAHIM (940210-01-59xx)
142. MOHAMMAD FAEZEEN  BIN MAD NORDIN (901201-10-51xx)
143. MOHAMMAD FAIZ BIN TONNAN (800923-14-54xx)
144. MOHAMMAD HELMY BIN MOHAMAD YUNUS (881121-26-50xx)
145. MOHAMMAD HUZAIMIE BIN MOHAMMAD NAJEEB (820206-14-55xx)
146. MOHAMMAD NAIM BIN HAJI MAHMUD (850911-02-64xx)
147. MOHAMMAD RAIHAN BIN ABDUL RAUF (931116-01-55xx)
148. MOHD AFANDI BIN SULAIMAN (860723-10-50xx)
149. MOHD AFFANDI BIN MOHD ISA (850530-02-53xx)
150. MOHD AFIQ HIZAMIE BIN MOHD AZZAM (920731-12-57xx)
151. MOHD AISHAMUDIN BIN SAMSUNGEI (830220-08-60xx)
152. MOHD AMIN BIN JUMBERI (720910-01-52xx)
153. MOHD AMIRUL ADAM BIN AHMAD (820324-02-53xx)
154. MOHD ANUAR BIN MOHD RAIDIN (880529-49-51xx)
155. MOHD ARIF BIN MD SAAD (921117-02-52xx)
156. MOHD ASRI BIN MHD KASSIM (850213-10-59xx)
157. MOHD AZAMANI BIN SAHAR DR (790927-05-52xx)
158. MOHD AZHAR BIN AWANG@MAN (620415-02-56xx)
159. MOHD AZIZULEZLY BIN AHMAD BASRI (720418-07-53xx)
160. MOHD AZLI BIN MUSA (820122-03-51xx)
161. MOHD AZMIL BIN HASSAN BASRI (8201713-10-50xx)
162. MOHD AZRI BIN RUSLAN (860316-59-53xx)
163. MOHD BADROLHISHAM BIN ROKKEMEN (810319-03-53xx)
164. MOHD BAKRI BIN AZIZ@SAARI (750621-02-57xx)
165. MOHD FADZLEE BIN MALIK (800607-14-58xx)
166. MOHD FADZLI BIN BAHARUDIN (711109-05-54xx)
167. MOHD FAIRUS BIN ALI (750421-01-76xx)
168. MOHD FAIZ BIN MUHAMAD (841002-14-58xx)
169. MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM (830222-03-52xx)
170. MOHD FAIZAL BIN MAT SAAD (811127-02-60xx)
171. MOHD FAIZAL BIN YUSOF (860801-23-59xx)
172. MOHD FARHAN BIN MAT ROSDI (850916-02-54xx)
173. MOHD FAZRUL BIN MOHD NASIR (841207-10-50xx)
174. MOHD HADI BIN MOHD HUSNI (910405-02-50xx)
175. MOHD HAFIZ BIN AB MAJID@AZIZ (880828-03-60xx)
176. MOHD HAFIZ BIN MOHD ZAKI (830405-07-58xx)
177. MOHD HAFIZ BIN YUSOF (840327-11-52xx)
178. MOHD HANIF BIN ZAKARIA (880808-29-56xx)
179. MOHD HARIZ BIN ABDULLAH (890406-14-62xx)
180. MOHD HAZWAN BIN HAMZAH (900619-08-63xx)
181. MOHD HUSNI BIN SHAFII (751110-02-55xx)
182. MOHD IZWAN BIN JAMALUDIN (830724-10-53xx)
183. MOHD IZWANUDDIN BIN ABD RAHIM (860515-23-52xx)
184. MOHD KAMIL FIRDAUS BIN ABD RAZAK (860720-08-50xx)
185. MOHD KHAIRIL AZMI BIN KHAIRUDDIN (900323-14-70xx)
186. MOHD KHAIRUL NIZAM BIN MOHD SALEH (841013-02-53xx)
187. MOHD KHALID BIN HUSIN (830419-11-52xx)
188. MOHD KHALID BIN MUHAMAD NOR (860506-33-57xx)
189. MOHD NABIL BIN HAMZAH (860808-43-59xx)
190. MOHD NAIEEM BIN MOHD SABRY (790802-03-54xx)
191. MOHD NAJIB BIN HUSSIN (791218-10-50xx)
192. MOHD NASAEI BIN CHE MOHD ZAIN (940403-03-61xx)
193. MOHD NASIR BIN SABAR (720430-08-57xx)
194. MOHD NAZMI BIN MOHD SALLEH (850404-03-62xx)
195. MOHD NAZRY BIN ZULKIFLI (930601-11-52xx)
196. MOHD NORZAIRI BIN MOHD TALHA (881103-05-53xx)
197. MOHD NURUDDIN BIN OTHMAN (890307-07-57xx)
198. MOHD RAZIS BIN MD. SHAINISI (821124-10-51xx)
199. MOHD REDUAN BIN MAHMOOD (840100-03-51xx)
200. MOHD RIDWAN BIN MAHMOD (850306-10-54xx)
201. MOHD RIZAL BIN HASHIM (800509-05-52xx)
202. MOHD SAAD BIN SHUHUD (530323-10-59xx)
203. MOHD SALLEH BIN HADURI (790627-01-56xx)
204. MOHD SHAFIE BIN MUHAMMAD  (841104-05-51xx)
205. MOHD SHAHREL BIN SALIN (781025-08-53xx)
206. MOHD SOFFIEAN BIN ISMAIL (760411-07-53xx)
207. MOHD SUHAIMI BIN ANUAR (750415-14-59xx)
208. MOHD SUKRI NOORRUSDEEN (900125-10-53xx)
209. MOHD SYAFIE BIN MD YUNOS (871004-56-56xx)
210. MOHD SYUKUR BIN ABDUL RAHMAN (860730-59-54xx)
211. MOHD TALHAH BIN ANUAR (840214-10-54xx)
212. MOHD YASIR BIN IBRAHIM (911206-02-50xx)
213. MOHD ZAIDI BIN ZAINAL (820827-08-56xx)
214. MOHD ZARIF BIN MOHD ZIN (851130-10-52xx)
215. MOHD ZHAFRAN HELMI  BIN MOKHTARUDIN (850421-08-53xx)
216. MOHD ZUBIR BIN ISMAIL (740905-08-59xx)
217. MOHD ZUL AZWAN BIN ABDULLAH (860409-02-53xx)
218. MOHD ZULKHAIRI BIN HJ MOHD ZUBIR (910612-09-50xx)
219. MOHD ZULKIFLI BIN SAPEI (850321-10-57xx)
220. MUAZ BIN MOHAMAD HAMID (930715-10-56xx)
221. MUHAMAD ARIFF SAUFI BIN ADZMIR (940213-10-53xx)
222. MUHAMAD AZLAN BIN M HASSAN (830116-04-52xx)
223. MUHAMAD FAIZ BIN AHMAD NASIR (851005-06-52xx)
224. MUHAMAD FARHAN BIN MOHD NOR (800729-01-56xx)
225. MUHAMAD HAZIQ BIN MUHAMMAD MUSTAFA (931228-11-56xx)
226. MUHAMAD ILYAS BIN MUHAMAD KHIDIR (900917-10-55xx)
227. MUHAMAD NUR NAQSYABANDI BIN AZIZ (900414-02-60xx)
228. MUHAMAD RIDZUAN BIN JABAR (950226-04-50xx)
229. MUHAMAD SYAFIQ BIN ZAWAWI (921203-06-50xx)
230. MUHAMMAD @ NAZIR AL-MUBIN BIN AZIZI (880106-02-51xx)
231. MUHAMMAD AFIF BIN AB. ARIF (890801-12-59xx)
232. MUHAMMAD AFIQ BIN AHMAD MAFUD ALI (910814-07-58xx)
233. MUHAMMAD AFIQ BIN RUMAINOR (930210-03-59xx)
234. MUHAMMAD AIMAN BIN AHMAD MAFUD ALI (960819-07-61xx)
235. MUHAMMAD AL-QASIM BIN MD AZRI (860519-56-65xx)
236. MUHAMMAD AMIR AL HAFIZ BIN ZULKIFLI  (900323-03--56xx)
237. MUHAMMAD 'AMMAR BIN AZLAN (911216-03-59xx)
238. MUHAMMAD ARIFF BIN AB DULLAH (900917-07-52xx)
239. MUHAMMAD ARIFF BIN MOHD  KAMAL (920101-14-54xx)
240. MUHAMMAD FAIZAL BIN HUSSAIN (810718-08-50xx)
241. MUHAMMAD FAKHRULLAH BIN OSMAN (860816-43-51xx)
242. MUHAMMAD FAREEZ EZWAN BIN MOHD YUSOF (901019-10-57xx)
243. MUHAMMAD FARHAN BIN MAHMUD (900826-43-52xx)
244. MUHAMMAD FARHAN MAWARZI BIN ABD LATIF (950405-05-51xx)
245. MUHAMMAD FARIS BIN MOHD IDRIS (930511-04-53xx)
246. MUHAMMAD FIRDAUS BIN NOOR HISHAM (920823-14-52xx)
247. MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZAINUDDIN (930402-06-52xx)
248. MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MIHAT (900817-10-50xx)
249. MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN RAMLEE (910210-03-58xx)
250. MUHAMMAD HANIF BIN AHMAD SABRI (930826-11-52xx)
251. MUHAMMAD HATTA BIN AMRAN (840326-08-63xx)
252. MUHAMMAD HAZIQ BIN ABU BAKAR (881112-43-50xx)
253. MUHAMMAD ISLAHUDDIN BIN ABD RASHID (910203-01-58xx)
254. MUHAMMAD IZYAN BIN MOHAMAD (880801-14-54xx)
255. MUHAMMAD IZZANNUDDIN BIN MOHD ROMLI (920725-01-69xx)
256. MUHAMMAD JANNAATUN NAIM BIN ARIS (861218-43-52xx)
257. MUHAMMAD NABIL BIN NASIR (9301118-01-66xx)
258. MUHAMMAD NAZIM NAZRI (931107-05-54xx)
259. MUHAMMAD NAZRIN BIN MUHD ZOHIR (910130-06-54xx)
260. MUHAMMAD NOOR BIN HUSSIN (900106-05-53xx)
261. MUHAMMAD NOR ASNAWI BIN MOHD TAHIR (951119-01-67xx)
262. MUHAMMAD NOR RADZIE BIN BOHARI (880418-10-51xx)
263. MUHAMMAD PAHMI (W2013xx)
264. MUHAMMAD RAMLEE BIN MAHMUD (580227-03-53xx)
265. MUHAMMAD RIDHWAN BIN KAMARUDIN (890201-04-51xx)
266. MUHAMMAD RIJAL BIN  MOHD YAAKOP (850927-10-60xx)
267. MUHAMMAD RIJALUDDIN BIN ABD MANAF (900517-14-57xx)
268. MUHAMMAD RIZZUAN SHAH BIN AHMAD TOHAR (870512-07-51xx)
269. MUHAMMAD RUZAINI BIN RAMLI  (770806-02-53xx)
270. MUHAMMAD SHURAZI BIN SUKHUR (790326-08-64xx)
271. MUHAMMAD SOLEHIN BIN ABDUL RAHIM (920219-08-53xx)
272. MUHAMMAD SYAFEE SALIHIN BIN HASAN (890330-03-52xx)
273. MUHAMMAD SYAFIQ BIN KAMIL (891026-04-54xx)
274. MUHAMMAD SYARIFUDDIN BIN JOHAL (760909-01-67xx)
275. MUHAMMAD SYAZWAN BIN MOHD BASIL (940708-14-54xx)
276. MUHAMMAD TARMIZI BIN AHMAD NORDIN (800119-11-53xx)
277. MUHAMMAD YUSRI BIN GAZALI  (910411-14-51xx)
278. MUHAMMAD ZUHDI BIN MUZNI (960228-10-60xx)
279. MUHD HANIS BIN ABDUL KARIM (890405-06-53xx)
280. MUHD KHAIRUSSYAFIQ BIN MASRAN (890615-10-57xx)
281. NABHAN BIN ISMIL (850428-10-52xx)
282. NASHRAF IDEEN BIN NAHAR (931223-12-58xx)
283. NIK ABDUL AZIZ BIN ISMAIL (950906-03-50xx)
284. NIK MOHD HAFIZUDDIN BIN MOHD ZUHDI (891205-11-56xx)
285. NIK MOHD SAYUTI BIN NIK PA (760528-03-56xx)
286. NOOR HISHAM BIN KHALID (610125-05-52xx)
287. NOR AZMAN BIN MOHAMAD (720219-08-65xx)
288. NOR AZMI BIN MOHD JAMAL (630101-01-73xx)
289. NOR AZMIN NAZRIN BIN NOR KHALID (911001-10-58xx)
290. NOR HAZIMI BIN AJIS (800310-06-52xx)
291. NORADLI BIN MOHD FADIL (830506-01-66xx)
292. OMAR BIN MANAN (770629-02-53xx)
293. OSLAN AFFANDI BIN ABDULLAH (730517-11-52xx)
294. OSMAN BIN ATIL DR (520302-01-56xx)
295. RAHMAD AYDIL BIN ALI AKHBAR  (840708-14-50xx)
296. RAIZ BIN TAIB (800623-01-50xx)
297. RAKIF BIN SELAMAT (911016-10-56xx)
298. RAZALI BIN TASLIM (690102-10-69xx)
299. REDZUAN BIN MD ZEEN (740606-14-50xx)
300. RIB'E BIN MOHD PARID (950603-88-50xx)
301. RIZALMAN BIN ARIPIN (801011-01-65xx)
302. ROSLAN BIN ABD HAMID (750404-02-62xx)
303. ROSLI BIN DAUD (721124-03-53xx)
304. ROSLI BIN MAJID (741102-02-51xx)
305. SAFFRI BIN IBRAHIM (771123-04-54xx)
306. SAFIZAN BIN ZAKARIA (771108-02-60xx)
307. SAHRIZAN BIN MISWAN (880921-10-53xx)
308. SHAFFUAN  BIN MUSA (710315-08-65xx)
309. SHAHFUL BAHARIN BIN ISHAK (661228-02-51xx)
310. SHAHRUL BIN ABDUL SOFI (721219-10-50xx)
311. SHAMSUL IZHAR BIN SIAJAM DR (731216-10-50xx)
312. SHEKIH SULAIMAN BIN SHEIK HARUN (950814-14-55xx)
313. SHUKRY BIN RASID (930410-12-51xx)
314. SUBHAN BIN DJUPRI (940418-14-56xx)
315. SUHAIMI BIN OTHMAN (800807-10-56xx)
316. SUHAIMI BIN SUID (841211-01-68xx)
317. SUHASWADI BIN SHAARI (840122-03-59xx)
318. SUKIMAN BIN HASSAN (640119-03-53xx)
319. SYAHRUL FAIZAL BIN SARMAN (831016-10-53xx)
320. SYAIFUL ANUAR BIN MOHD AZHAR (840830-12-53xx)
321. SYAKIR BIN ABDUL AZAM (891115-14-50xx)
322. SYED ANIS ALMASHOOR BIN SYED SHEIKH (791021-10-55xx)
323. SYED HAMZI BIN SYED MOHAMED (920215-10-57xx)
324. SYED IQBAL BIN SAID JAMALLULAI (940308-08-61xx)
325. TENGKU MUHAMMAD MOHSIN AMINUDDIN (861128-43-65xx)
326. WAN FATHI BIN WAN ISHAK (910712-03-53xx)
327. WAN MAZLAN BIN WAN HAMAT (630531-03-54xx)
328. WAN MUHAMMAD FIKRI BIN WAN MAHMUD KHAIRI (900217-07-56xx)
329. WAN NAHAR BIN WAN MOHD NOOR (811009-02-50xx)
330. WAN SAIFULLAH BIN ABDUL GHANI (871001-03-55xx)
331. YUSRI BIN CHEK (761002-13-51xx)
332. ZAKARIA BIN DERAMAN (650109-11-52xx)
333. ZAMZAIDDY BIN DAUD (680803-03-55xx)
334. ZUBIR BIN ABD TALIB (820610-08-61xx)
335. ZULHELMY BIN SHAMSHUDIN (840424-14-53xx)
336. ZULHUSMI BIN MOHAMAD (860712-56-55xx)
337. ZULKARNAIN BIN ABDUL HAMID (690102-10-54xx)

Senarai Pelajar Muslimat

338. A'ISYAH NURZAHRAH BINTI MOHAMAD RUSZAT (901125-10-52xx)
339. ALYANA FATINI BINTI AZIZMA @ AZMI (930127-10-63xx)
340. AMAL NABIHAH BINTI MOHAMAD ROSLI (920723-10-62xx)
341. ANEES SOLIHAN BINTI AMAN (800223-03-58xx)
342. ANISATUL-QALBI BINTI MOHD SOFYUDDIN (900728-08-60xx)
343. AZYIAH NOOR BINTI MOHD AFFANDI (650818-10-73xx)
344. BADRIAH BINTI HASBULLAH (900207-14-55xx)
345. BADRIAH BINTI MOHAMED NOH (730402-08-64xx)
346. BAHIYYA BINTI AB RAZAK (861121-30-51xx)
347. CAIROZAN BINTI HAJI ZAINUL ABIDIN (560622-07-51xx)
348. CHE WAN ILMI SOBIRIN BT CHE WAN AMRAN (900913-11-52xx)
349. DEWI BINTI SHAHRUDDIN (G) (U 9454xx)
350. FARIZA BINTI KHALID  (731115-11-51xx)
351. FAUZIAH BINTI DERAMAN (660108-11-53xx)
352. HAIFAA' NAJWA BINTI MD MOKSIN (920403-10-59xx)
353. HANISAH BINTI IBRAHIM (930127-10-53xx)
354. HASLINDA BINTI HUSSEN (770222-13-52xx)
355. HUSNA BINTI HASSAN BASRI (851206-88-50xx)
356. INTAN SURIA BINTI ABU NAWAR (870526-56-56xx)
357. JAMILAH BINTI MOHD SALEH (630317-02-52xx)
358. KAMARIAH BINTI KAMARUDIN (730323-11-51xx)
359. KARTINI BINTI AHMAD (740908-01-53xx)
360. KHADIJAH BT IBRAHIM (900222-14-62xx)
361. KHAIRIAH BINTI MOHAMAD (910123-11-56xx)
362. KHAIRINA BINTI ABU BAKAR (861210-43-57xx)
363. KHAIRUN ATIQAH BINTI KHAIRUDDIN (871104-10-53xx)
364. KHARIAH BINTI MAT NOR (710919-06-50xx)
365. KHUSTANTINIYAH BINTI ABDUL MUTHOLIB (T 8397xx)
366. MAHFUZA BINTI MURAD (630503-02-63xx)
367. MARIATULL QIBDIAH BINTI AZMAN (900212-06-53xx)
368. MARIYATI BINTI AYOB (611117-10-55xx)
369. MARYANI BINTI DRAMAN (690129-03-51xx)
370. MINAH BT SARANI (530115-10-57xx)
371. MUNIRAH BINTI ALIAS  (840913-14-50xx)
372. NADHIRAH RAZANAH BINTI SHAHROL (921026-14-65xx)
373. NADZIRAH BT AB GHANI (670926-03-53xx)
374. NIK FARHAN BINTI MUSTAPHA (710525-03-57xx)
375. NIK ZUHAILI BINTI NIK MOHAMMAD (841021-03-56xx)
376. NOOR 'AIN BINTI HARON (580430-07-53xx)
377. NOOR FAZZRIENEE BINTI J.Z NUN RAMLAN (870620-03-54xx)
378. NOOR IZMA ILYA BINTI MD. AZIZ (800417-10-51xx)
379. NOOR RATIAWANI  BINTI WIRA (921028-11-51xx)
380. NOOR SAKINAH BINTI MUHAMAD NOOR (930210-06-56xx)
381. NOORSHINA BINTI MAMAT@MZMZT NOOR(tp) (820728-11-51xx)
382. NOR AZALINA BINTI HJ ABDUL RAHIM (921109-10-55xx)
383. NOR AZIZAH BINTI MURTADA  (921115-01-63xx)
384. NOR DALILAH BINTI SELAMON  (790704-10-52xx)
385. NOR HIDAYAH BINTI NASIR (870818-02-50xx)
386. NOR SYAZWANI BINTI MAT SALLEH (870926-03-53xx)
387. NORADILAH BINTI MOHD SAPIE (870523-43-52xx)
388. NOR'ASHIKIN BINTI MAHMOOD (621212-01-51xx)
389. NORAZAH BT ISMAIL (690209-02-50xx)
390. NORAZIMAH BINTI ABD RAHMAN (780919-06-55xx)
391. NORAZIRA BINTI YUSUF (801009-03-56xx)
392. NORAZIZAH BINTI MOHAMAD ASHAARI (920718-11-50xx)
393. NORAZLEEN BINTI ABDULLAH (750831-03-61xx)
394. NORDIANA BINTI ABD RAHMAN (800223-02-50xx)
395. NORHAFIZAH BINTI MOHAMAD DASUKI (871008-10-55xx)
396. NORHANIZA BINTI RAMLEY (850928-07-51xx)
397. NORHIDAYAH BINTI MD RIDZUAN (880406-43-52xx)
398. NORIDAH BINTI SHARIF (550530-05-54xx)
399. NORIZAN BINTI MOHD DOM (730531-10-51xx)
400. NORMAH BINTI ABD KADIR (510602-10-58xx)
401. NORMARLINA BINTI MOHAMAD LUTPI (851218-05-51xx)
402. NORSHARA BINTI MOHD RAZI (800226-06-51xx)
403. NORSYAIDATUL IZATI BINTI MOHD IZHAR (921012-10-58xx)
404. NUR AIMUNI BINTI AWANG LUDIN (870717-46-51xx)
405. NUR AMIRAH BINTI ABDULLAH (920428-03-57xx)
406. NUR ATHEEFA SUFEENA BINTI M.SUAREE (930825-10-62xx)
407. NUR ATHIRAH BINTI AHMAD RADZUAN (891130-14-58xx)
408. NUR AZMA DAUD (851008-03-59xx)
409. NUR HANANI BINTI HAJI LEMAN  (910903-10-59xx)
410. NUR HANIZA BINTI ZAMALUDIN (860526-56-50xx)
411. NUR 'IZZAH BINTI JAINUDIN (880920-49-55xx)
412. NUR IZZATI BINTI ZAHARI (910517-08-58xx)
413. NUR SAKINAH BINTI MD HAFIZ (921111-14-64xx)
414. NUR SYAKILAH BINTI MAHRUL (910428-12-65xx)
415. NUR SYURHAIDA BINTI ZAINUDDIN (940422-08-65xx)
416. NUR ZAHIRAH BINTI MOHAMAD RAZIF (930918-06-56xx)
417. NURHANI BINTI MOHD (871117-11-57xx)
418. NURHANISAH BINTI SENIN (S87347xxA)
419. NURIDAH BINTI MOHD SALLEH(TP) (610520-06-55xx)
420. NURIN JAZLINA BINTI ROSLI (920427-03-50xx)
421. NURKHAIRIYANI BINTI MOHD ANWAR (8003151-03-53xx)
422. NURLIYANA BINTI KHALIL (900828-14-69xx)
423. NURUL ATIQAH BINTI IBRAHIM (931006-01-63xx)
424. NURUL HUDA BINTI MOHD RAZAK (760718-10-54xx)
425. NURUL HUSNA BINTI ABDULLAH  (870409-02-57xx)
426. NURUL INTAN SHAFINAZ BINTI ZULKEPLI (911022-14-58xx)
427. NURUL NABIHAH BINTI MUSTAFFA (921026-11-53xx)
428. PUZIAH BINTI IBRAHIM (560129-08-57xx)
429. QUTRENNADA BINTI ROSLI (891004-02-54xx)
430. RADHIYATUN MARDHIYYAH BINTI MAD NORDIN (890619-10-55xx)
431. RASIMAH BINTI MD YASIN (630910-05-52xx)
432. RIMA NURSHUHADAH BINTI MD NOR (890703-01-53xx)
433. ROGAYAH BINTI CHEK  (731114-13-57xx)
434. ROHANI BT HJ SAAD (730616-02-56xx)
435. ROMDZIAH BTE MD DESA (910703-02-56xx)
436. ROSE ALIZA BINTI SUTRISNO (660320-10-51xx)
437. ROSMAWATI BINTI MAN (770814-02-53xx)
438. ROZITA BINTI ZAINI (810301-14-55xx)
439. RUMAIZAH BINTI RAHIM (720309-08-54xx)
440. RUZANNA BINTI MD NASIR (840217-14-57xx)
441. SAIDAH BINTI ISYAK (810915-02-50xx)
442. SAYANG NOVITA BT ADZMI (740509-14-59xx)
443. SHAHINAZ BINTI ZAKARIA (890825-10-51xx)
444. SHAIDATUL SHEEDA BINTI ROZALI (861230-38-54xx)
445. SITI FATIMAH BINTI KAMARRUZAMAN (890810-10-50xx)
446. SITI HANISAH BINTI ABDUL RAHIM (910306-02-52xx)
447. SITI HASNAH BINTI MUKHTAR (820920-14-53xx)
448. SITI IROS BINTI HJ. RAMLI  (521230-08-57xx)
449. SITI NORHANIM BINTI SARANI (771214-10-63xx)
450. SITI RAFIDAH BINTI MOHD FAUDZI (840407-05-52xx)
451. SITI RAHMAH BINTI BUHAIRAH (540902-01-57xx)
452. SITI ZAHARUL NADIA BINTI ZAINAL (910119-01-65xx)
453. SULAIHA BINTI AHMAD (910910-04-50xx)
454. SURIA BINTI AHMAD @ SALIM (880413-56-53xx)
455. SURYAMA BINTI MODIAN (A76582xx)
456. SYAHIRAH BINTI SAHROL ANUAR (910111-05-52xx)
457. SYAZWANI BINTI MOHD SABRI (910512-14-62xx)
458. UMMI NABILAH BINTI MD MOKSIN (900117-10-51xx)
459. WAN NOR AFIDAH BINTI WAN AHMAD (750512-11-53xx)
460. WAN NOR HIDAYAH BINTI MOHAMED  (850223-12-51xx)
461. ZULIA BINTI HAMDAN (800622-10-54xx)
462. ZULIZAN BINTI JAMALUDIN(TP) (641125-06-50xx)

Thursday, 13 November 2014

Khasiat Herba Tradisional

Herba adalah tumbuh-tumbuhan digunakan sebagai bahan perasa, makanan, perubatan dan wangian. Dalam aspek perubatan, beberapa bahagian tumbuh-tumbuhan seperti daun, akar, bunga, biji benih dan batang digunakan untuk mengubati sesuatu penyakit.

Masalah berkaitan de­ngan kulit, sistem pencernaan dan berat badan dapat dibantu dengan penggunaan herba. Herba semula jadi ini membantu menyembuhkan senggugut, bisa-bisa dalam badan, membantu memperbaiki kitaran haid tak menentu, dijadikan mi­nyak urut untuk wanita baru bersalin, memulihkan sakit sendi dan juga lenguh badan. 


Lebih menarik apabila mengetahui bahawa herba ini senang ditemui dan mudah didapati di persekitaran kita. Sebut sahaja halia bara, lengkuas, buah pala, serai, limau purut, daun pudina, cengkih dan avokado pasti anda pernah menjumpai.

Buah pala buang angin dan kurangkan tekanan darah tinggi. 

Buah pala atau nama saintifiknya Myristica fragrans Linn sering digunakan sebagai ubatan tradisional. Buahnya boleh dibuat jeruk manakala pucuknya dijadikan ulam dan dimakan bersama nasi. 

Buah pala baik untuk membantu mengubati penyakit tekanan darah tinggi serta mengeluarkan angin dari dalam perut. 

Minyak kayu putih penyembuh kulit 

Kayu putih atau nama saintifiknya melaleuca cajuputi powell mempunyai pelbagai khasiat daripada minyaknya. Selain mengeluarkan bau wangi, minyak kayu putih membantu menyembuhkan penyakit kulit dengan khasiat vitamin E. 

Ia mengurangkan sakit sendi, menenangkan fikiran dan menghilangkan parut atau 'stretch mark‘ pada badan. 

Lengkuas lancarkan peredaran darah 

Lengkuas atau dikenali dengan nama Alpinia Galanga mengandungi bahan antioksida semulajadi yang membantu meminimumkan kerosakan disebabkan radikal bebas dan racun lain di dalam tubuh. Selain itu, lengkuas mampu meningkatkan peredaran darah di dalam tubuh. Peredaran darah yang lancar akan mengekalkan jantung sihat. 

Ingin mencegah mabuk laut dan mual? Kunyah beberapa hiris lengkuas segar dan rasa mual akan hilang dengan cepat. Masalah kulit juga dapat dipulihkan dengan lengkuas. Masalah seperti panau dan ekzema mampu diatasi kerana leng­kuas mengandungi bahan kimia semula jadi yang mampu menghapus bakteria pada permukaan kulit. 

Limau purut untuk kecantikan kulit dan rambut 

Limau purut atau nama saintifiknya Citrushystrix ini tidak kurang hebatnya dan sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Ia mengandungi asid sitrik semulajadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. 

Limau purut dapat membantu merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta mengurangkan masalah kelemumur. Ambil sebiji buah limau purut, belah dua dan sental pada permukaan kulit kepala. Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. 

Serai untuk melangsingkan tubuh 

Serai atau nama saintifiknya Cymbopogon citratus selalu digunakan dalam masakan seharian dan juga dalam pembuatan minyak wangi. 

Bahan antibakteria serta elemen detoksifikasi yang terkandung di dalam serai boleh membantu menurunkan berat badan dan membuang lemak. 

Kajian University Gurion di Israel mendapati 100 gram serai yang mengandungi bahan antikoksidan membantu mengelak kanser. 

Buang angin dengan halia 

Halia telah digunakan sebagai bahan penambah rasa di dalam makanan sejak zaman-berzaman. Ia biasanya bermanfaat untuk mengurangkan masalah tidak hadam, angin di dalam perut serta memperbaiki saluran usus. 

Kajian saintifik mendapati halia mengandungi sifat-sifat teraputik yang menghalang pembengkakan dan kesan antioksidan. 

Halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah. 

Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Juga, hasil kajian dari University of Michigan Medical School mendapati bahawa akar halia baik untuk mengurangkan simptom kanser kolon serta membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain. 

Daun pudina untuk kebaikan luaran dan dalaman 

Pudina atau nama saintifiknya Mentha Pipenta dikenali mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan terutama daunnya. Dengan sifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Daun pudina baik untuk mengurangkan masalah ketidakhadaman, sakit kepala, jerawat, masalah mulut, asma, masalah haid wanita dan mengurangkan masalah kemurungan. Tidak hairanlah apabila pudina banyak digunakan dalam ubat gigi, ubat batuk dan ubat kumur untuk penjagaan harian. 

Sembuhkan batuk dan sakit gigi dengan cengkih 

Manfaat cengkih untuk kesihatan telah terkenal sejak berzaman lagi. Bagi kaum cina, cengkih digunakan untuk menghilang­kan nafas berbau dan bagi pengamal perubatan Ayurveda pula sering menggunakan cengkih sebagai teh. Ia baik untuk mengurang­kan masalah sakit gigi dan gusi. 

Cuba letakkan dua batang cengkih ke dalam mulut anda. Biarkan cengkih lembut dan gigit perlahan-lahan untuk melepaskan kandungan minyak di dalamnya. 

Seterusnya, gerakkan cengkih ke bahagian gigi yang sakit dan biarkan selama 30 minit. Minyak cengkih ini berfungsi untuk melawan bakteria. 


Avokado untuk kecantikan wajah 

Avokado mempunyai kandungan lemak tidak tepu yang baik untuk membaiki ton kulit. Minyak ini penting untuk melembapkan kulit supaya kelihatan sihat dan lembut apabila disentuh. 

Avokado juga melindungi kulit dari kedutan dan jeragat. Ini kerana kandu­ngan vitamin E yang tinggi di dalam avokado menghalang daripada sinaran cahaya UV yang berbahaya serta vitamin C yang membantu pembentukan elastin dan kolagen untuk memastikan keanjalan kulit. 

Dengan sembilan herba ini, anda boleh mendapatkan manfaat kesihatan dengan mudah. 

Anda boleh sediakan sebagai bahan makanan di dalam sajian anda atau dimakan begitu saja. 

Kini, untuk memperolehi kulit yang cantik dan badan yang sihat tidaklah sesukar mana dengan herba-herba yang memang ada di sekeliling kita.

Location via Google Maps

Kalam Indah

Sumbangan Dana

Sumbangan Dana

Rawatan Bangunan

RAWATAN RUMAH & BANGUNAN

Rawatan rumah/ bangunan dijalankan pada HARI KHAMIS (Minggu Pertama & Ketiga) bermula dengan Solat Maghrib sehingga Solat Isyak di tempat tersebut.


Borang rawatan rumah & bangunan boleh diambil dan diisi di Pusat Rawatan Kecil Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi.

Bidara Syifa - 012 344 7697

Bidara Syifa -  012 344 7697
Hubungi Ust Kamil

Wangian Doa Syifa'

Wangian Doa Syifa'

Jual Beli Hartanah

Vitamin Untuk Kesihatan

Artikel Pilihan