Friday, 31 October 2014

Syirik dan Contoh-contohnya

Firman Allah Ta’ala ( al-Nisa 4:48):

﴿إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا﴾

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain daripada (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh dia telah melakukan dosa yang besar. 

Firman Allah Ta’ala ( al-Nisa’ 4:116):

﴿وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا﴾

Maksudnya: Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya dia telah tersesat sejauh-jauhnya.

Firman Allah Ta’ala ( al-Maidah 5:72):

﴿إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ﴾

Maksudnya: Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka.

Firman Allah Ta’ala ( al-Haj 22:31):

﴿وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيحُ فِي مَكَانٍ سَحِيقٍ﴾

Maksudnya: Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka  seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.

Syirik di sini yang mengeluarkan seseorang itu daripada agama Islam merangkumi orang yang kufur secara terang seperti golongan kafir Quraish dan orang yang kufur secara sembunyi seperti golongan munafiqin yang menzahirkan Iman dan menyembunyikan kekufuran.

Firman Allah Ta’ala ( al-Nisa’ 4:145-146):

﴿إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا . إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَاعْتَصَمُوا بِاللَّهِ وَأَخْلَصُوا دِينَهُمْ لِلَّهِ فَأُولَئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ وَسَوْفَ يُؤْتِ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ أَجْرًا عَظِيمًا﴾

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka. Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka kerana Allah.Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan pahala yang besar kepada irang-orang beriman.

Asal Usul Syirik

Firman Allah (Al-Baqarah 2: 213)

﴿كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ وَأَنْزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلَّا الَّذِينَ أُوتُوهُ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ فَهَدَى اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ﴾

Maksudnya: Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan.Tidaklah berselisih tentang kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya.Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.}

Al-Imam Ibn Kathir rahimahullah menyebutkan dalam Tafsir al-Quran al-Azhim:

Ini kerana manusia satu ketika dahulu mengikut agama nabi Adam ‘alaihissalam sehinggalah mereka menyembah berhala.Lalu Allah pun menghantar Nabi Nuh ‘alaihissalam kepada mereka, Nabi Nuh adalah rasul pertama yang Allah hantar ke muka bumi.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، صَارَتِ الْأَوْثَانُ الَّتِي كَانَتْ فِي قَوْمِ نُوحٍ فِي الْعَرَبِ بَعْدُ أَمَّا وَدٌّ كَانَتْ لِكَلْبٍ بِدَوْمَةِ الْجَنْدَلِ ، وَأَمَّا سُوَاعٌ كَانَتْ لِهُذَيْلٍ ، وَأَمَّا يَغُوثُ فَكَانَتْ لِمُرَادٍ ، ثُمَّ لِبَنِي غُطَيْفٍ بِالْجَوْفِ عِنْدَ سَبَإٍ ، وَأَمَّا يَعُوقُ فَكَانَتْ لِهَمْدَانَ ، وَأَمَّا نَسْرٌ فَكَانَتْ لِحِمْيَرَ لِآلِ ذِي الْكَلَاعِ ، أَسْمَاءُ رِجَالٍ صَالِحِينَ مِنْ قَوْمِ نُوحٍ ، فَلَمَّا هَلَكُوا أَوْحَى الشَّيْطَانُ إِلَى قَوْمِهِمْ أَنِ انْصِبُوا إِلَى مَجَالِسِهِمُ الَّتِي كَانُوا يَجْلِسُونَ أَنْصَابًا وَسَمُّوهَا بِأَسْمَائِهِمْ ، فَفَعَلُوا فَلَمْ تُعْبَدْ حَتَّى إِذَا هَلَكَ أُولَئِكَ ، وَتَنَسَّخَ الْعِلْمُ عُبِدَتْ ” .

Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa berhala yang disembah oleh kaum Nuh telah disembah kembali oleh bangsa Arab. Berhala bernama Wadd disembah oleh kabilah Kalb dari kawasan Daumat al-Jandal, berhala Suwa’ pula milik kabilah Huzail, berhala Yaghuts pula milik kabilah Murad kemudian menjadi milik Bani Ghutaif dari kawasan Saba’,  Ya’uq adalah milik kabilah Hamdan, Nasr adalah milik kabilah Himr yang merupakan keluarga Dzil Kala’. Kesemua nama berhala ini adalah nama-nama orang soleh daripada kaum Nuh. Apabila mereka meninggal dunia, syaitan membisikkan kepada kaum mereka untuk membuat patung di kawasan orang-orang soleh ini sering duduki, dan menamakan patunt itu dengan nama-nama orang soleh tersebut.Kaum nabi Nuh pun melakukan hal itu, tetapi ketika itu patung-patung tersebut tidak disembah.Apabila meninggalnya generasi itu, lalu tujuan asal patung itu tidak diketahui, lalu patung itu pun disembah.

[Sahih al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Quran, hadis no: 4564]

Contoh-Contoh Syirik Besar

1) Berdoa kepada selain daripada Allah

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ , قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَةً ، وَقُلْتُ أُخْرَى ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ مَاتَ وَهْوَ يَدْعُو مِنْ دُونِ اللَّهِ نِدًّا دَخَلَ النَّارَ ” , وَقُلْتُ : أَنَا مَنْ مَاتَ وَهْوَ لَا يَدْعُو لِلَّهِ نِدًّا دَخَلَ الْجَنَّةَ

‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu berkata : Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berkata dengan satu kalimah, dan aku berkata dengan perkataan yang lain, baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang mati dalam keadaaan meminta kepada selain Allah sebagai sekutu kepada Allah, dia masuk neraka. Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu berkata: Sesiapa yang mati dalam keadaan dia tidak meminta kepada selain Allah, dia akan masuk syurga. [Sahih al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Quran, hadis no: 4162]

Apakah maksud berdoa atau meminta kepada selain Allah?

Shaikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin menerangkan:

Meminta kepada selain Allah sebagai sekutu kepada Allah bermaksud menjadikan sekutu untuk Allah sama ada di dalam doa ibadah ataupun doa masalah. Ini kerana doa boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

الأول: دعاء عبادة، مثاله: الصوم، والصلاة، وغير ذلك من العبادات، فإذا صلى الإنسان أو صام، فقد دعا ربه بلسان الحال أن يغفر له، وأن يجيره من عذابه، وأن يعطيه من نواله، وهذا في أصل الصلاة، كما أنها تتضمن الدعاء بلسان المقال.ويدل لهذا القسم قوله تعالى: ﴿وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ﴾ [غافر: 60]، فجعل الدعاء عبادة، وهذا القسم كله شرك، فمن صرف شيئاً من أنواع العبادة لغير الله، فقد كفر كفراً مخرجاً له عن الملة، فلو ركع لإنسان أو سجد لشيء يعظمه كتعظيم الله في هذا الركوع أو السجود، لكان مشركاً،

Pertama: Doa Ibadah: Contohnya puasa, solat, dan lain-lain ibadah. Apabila seseorang mendirikan solat, berpuasa, sesungguhnya dia sedang memohon kepada Allah melalui perbuatannya supaya Allah mengampuninya, menyelamatkannya daripada azab Nya, memberikannya pahala.Ini merupakan asal kepada ibadah solat bahkan di dalam solat itu sendiri mengandungi doa-doa yang dibaca.

Ini berdalilkan firman Allah: Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”. (al-Ghafir 60). Untuk doa ibadah, kesemuanya adalah syirik (apabila dipohon daripada selain Allah).

Sesiapa yang memalingkan apa-apa sahaja daripada jenis ibadah kepada selain Allah, maka dia telah kufur dengan kekufuran yang akan mengeluarkannya daripada agama. Seandainya dia ruku’ kepada manusia, atau sujud kepada sesuatu untuk mengagungkannya sebagaimana pengagungan kepada Allah melalui cara ruku’ dan sujud, dia akan menjadi orang yang musyrik. …..

الثاني: دعاء المسألة، فهذا ليس كله شركاً، بل فيه تفصيل، فإن كان المخلوق قادراً على ذلك، فليس بشرك، كقوله: اسقني ماء لمن يستطيع ذلك. قال : “من دعاكم فأجيبوه”، وقال تعالى: ﴿وَإِذَا حَضَرَ الْقِسْمَةَ أُولُو الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينُ فَارْزُقُوهُمْ مِنْهُ﴾ [النساء: 8].فإذا مد الفقير يده، وقال: ارزقني، أي: اعطني، فليس بشرك، كما قال تعال: ﴿فَارْزُقُوهُمْ مِنْهُ﴾، وأما أن دعا المخلوق بما لا يقدر عليه إلا الله، فإن دعوته شرك مخرج عن الملة.مثال ذلك: أن تدعو إنساناً أن ينزل الغيث معتقداً أنه قادر على ذلك.

Kedua: Doa masalah. Untuk hal ini bukan kesemuanya menjadi syirik (apabila dipohon kepada selain Allah).Sebaliknya terdapat perincian padanya. Seandainya makhluk itu memang mampu ke atas apa yang dipohon, maka tidaklah ia menjadi syirik. Ia umpama perkataan: Berilah aku minum kepada sesiapa yang mampu untuk memberi minuman itu. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: Sesiapa yang meminta kepada kalian, tunaikanlah permintaannya [Musnad Ahmad, Abu Daud,, an-Nasaie, dan al-Hakim]. Allah Taala jua berfirman: Dan apabila sewaktu pembahagian itu hadir kerabat, anak yatim dan orang miskin, maka berilah mereka dari harta itu

Apabila seorang yang miskin menadahkan tangannya (kepada manusia), lalu berkata: Berikanlah rezeki kepada aku, ini bukanlah syirik. Ini sebagaimana firman Allah di atas: Berikanlah rezeki kepada mereka. Adapun jika seseorang memohon kepada makhluk sesuatu yang tiada sesuatu berkuasa ke atasnya melainkan Allah, maka permohonan atau doanya itu merupakan syirik yang mengeluarkan seseorang daripada agama.Contohnya memohon kepada seorang manusia untuk menurunkan hujan dan yakin dia mampu melakukannya.

والمراد بقول الرسول: “من مات وهو يدعو من دون لله نداً” المراد الند في العبادة، أما الند في المسألة، ففيه التفصيل السابق.ومع الأسف، ففي بعض البلاد الإسلامية من يعتقد أن فلاناً المقبور الذي بقى جثة أو أكلته الأرض ينفع أو يضر، أو يأتي بالنسل لمن لا يولد لها، وهذا – والعياذ بالله – شرك أكبر مخرج من الملة، وإقرار هذا أشد من إقرار شرب الخمر والزنا واللواط، لأنه إقرار على كفر، وليس إقراراً على فسوق فقط.

Jadi, yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam: Barangsiapa yang mati dalam keadaan meminta kepada selain Allah sebagai sekutu kepada Allah yang dimaksudkan disini ialah penyekutuan dalam doa ibadah. Adapun penyekutuan dalam hal doa masalah, maka ia diperincikan sebagaimana telah disebutkan.

Sungguh menyedihkan, di sebahagian negara Islam, terdapat manusia yang berkeyakinan bahawa seseorang yang telah dikuburkan mampu memberi manfaat atau mudharat, mampu memberikan zuriat kepada mereka yang tiada zuriat.Ini semua – semoga dilindungi Allah- merupakan syirik yang besar yang mengeluarkan seseorang daripada agama. Berkeyakinan dengan kepercayaan ini lebih teruk daripada minum arak, zina mahupun liwat, ini kerana ia merupakan perkara membawa kepada kekufuran dan bukan setakat kepada kemaksiatan sahaja. [Al-Qaul Al-Mufid]


2) Tangkal

عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ أَنَّ أَبَا بَشِيرٍ الْأَنْصَارِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَخْبَرَهُ أَنَّهُ كَانَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَعْضِ أَسْفَارِهِ ، قَالَ عَبْدُ اللَّهِ : حَسِبْتُ أَنَّهُ ، قَالَ : وَالنَّاسُ فِي مَبِيتِهِمْ ، فَأَرْسَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَسُولًا ” أَنْ لَا يَبْقَيَنَّ فِي رَقَبَةِ بَعِيرٍ قِلَادَةٌ مِنْ وَتَرٍ أَوْ قِلَادَةٌ إِلَّا قُطِعَتْ ” .

Daripada Abu Basyir al-Ansori radiallahu ‘anhu, beliau menyatakan bahawa beliau pernah bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebahagian musafir baginda. -Abdullah (perawi hadis) berkata: Aku rasa Abu Basyir ada berkata: orang ramai ketika itu berada di tempat tidur mereka-. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menghantar utusan  untuk memastikan tiada sebarang kalung di leher unta melainkan ia mesti dipotong. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jihad, hadis no: 2799]

عَنْ عِيسَى أَخِيهِ ، قَالَ : دَخَلْتُ عَلَى عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُكَيْمٍ أَبِي مَعْبَدِ الْجُهَنِيِّ أَعُودُهُ وَبِهِ حُمْرَةٌ ، فَقُلْنَا : أَلَا تُعَلِّقُ شَيْئًا ، قَالَ : الْمَوْتُ أَقْرَبُ مِنْ ذَلِكَ ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ تَعَلَّقَ شَيْئًا وُكِلَ إِلَيْهِ “

Isa bin Abdul Rahman berkata: Aku pernah menemui ‘Abdullah bin ‘Ukaim Abu Ma’bad al-Juhaniy untuk menziarahinya, dan dia menghidap penyakit Humrah. Aku pun berkata: Tidakkah sewajarnya engkau menggantungkan sesuatu? ‘Abdullah bin ‘Ukaim menjawab: Mati lebih baik daripada hal itu. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang menggantungkan sesuatu, dia akan diwakilkan kepadanya.

[Sunan at-Tirmizi, Kitab at-Tibb, hadis no: 1998 dan Musnad Ahmad, Hadis Abdullah bin ‘Ukaim, hadis no: 18401.  Imam at-Tirmizi berkata: Abdullah bin Ukaim tidak pernah mendengar daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam walaupun dia hidup di zaman nabi. Shaikh Syu’aib al-Arnaouth berkata: Hasan Lighairihi dan Abdullah bin Ukaim tidak pernah mendengar daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam]

عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ ، قَالَ : مَنْ قَطَعَ تَمِيمَةً عَنْ إِنْسَانٍ كَانَ كَعِدْلِ رَقَبَةٍ.

Sa’id bin Jubair berkata: Sesiapa yang memotong tangkal daripada seseorang, seolah-olah dia membebaskan seorang hamba [Musannaf Ibn Abi Syaibah, Fi Ta’liq at-Tamaim wa ar-Ruqo, no : 23939]

عَنْ إِبْرَاهِيمَ ، قَالَ : كَانُوا يَكْرَهُونَ التَّمَائِمَ كُلَّهَا ، مِنَ الْقُرْآنِ وَغَيْرِ الْقُرْآنِ.

Ibrahim Nakhaie berkata: Mereka (para sahabat nabi) membenci kesemua jenis tangkal, tidak kira ia diperbuat daripada ayat al-Quran atau bukan al-Quran [Musannaf Ibn Abi Syaibah, Fi Ta’liq at-Tamaim wa ar-Ruqo, no: 23933].

Dalil-dalil ini menunjukkan haramnya menggantung tangkal.Jika seseorang berkeyakinan bahawa tangkal itu yang memberi kesan, maka itu adalah syirik besar, dan jika dia berkeyakinan bahawa tangkal itu hanya usaha, yang memberi kesan ialah Allah, maka itu adalah syirik kecil.

Shaikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin pernah ditanya:

Jika seseorang memakai tangkal, contoh si isteri memakai tangkal untuk menundukkan suami supaya terus cinta kepadanya, adakah ia syirik kecil atau besar?

نقول: بحسب ما يريد الإنسان منها: إن اتخذها معتقدا أن المسبب للمحبة هو الله; فهي شرك أصغر، وإن اعتقد أنها تفعل بنفسها; فهي شرك أكبر.

Beliau menjawab: Kami berpendapat: Ia bergantung kepada apa yang dikehendaki individu tersebut. Jika dia masih berkeyakinan bahawa sebab kepada lahirnya perasaan cinta adalah Allah, maka ia hanya syirik kecil. Jika dia berkeyakinan bahawa tangkal itu yang melahirkan rasa cinta, maka ia syirik besar [al-Qaul al-Mufid]

Apakah maksud “Sesiapa yang memotong tangkal daripada seseorang, seolah-olah dia membebaskan seorang hamba”

المشابهة بين قطع التميمة وعتق الرقبة أنه إذا قطع التميمة من إنسان; فكأنه أعتقه من الشرك، ففكه من النار، ولكن يقطعها بالتي هي أحسن; لأن العنف يؤدي إلى المشاحنة والشقاق، إلا إن كان ذا شأن; كالأمير، والقاضي، ونحوه ممن له سلطة; فله أن يقطعها مباشرة.

Persamaan yang ada antara memotong tangkal dan membebaskan hamba ialah apabila seseorang memotong tangkal daripada insan lain, seolah-olah dia sudah membebaskan orang itu daripada syirik, menjauhkannya dari neraka. Akan tetapi hendaklah memotongnya dengan cara yang baik. Ini kerana kekerasan akan membawa kepada penentangan dan permusuhan, melainkan jika ia dilakukan orang seperti pemimpin, qadhi, dan sesiapa yang mempunyai kuasa. Mereka hendaklah memotongnya serta merta. [al-Qaul al-Mufid]

Adapun tangkal dengan ayat al-Quran seperti mana kepercayaan jika menggantung ayat Kursi atau tiga Qul, nescaya syaitan tidak akan masuk ke rumah adalah kepercayaan yang tiada asas di dalam Islam.

Di dalam Fathul Majid disebutkan:

اعلم أن العلماء من الصحابة والتابعين فمن بعدهم اختلفوا فى جواز تعليق التمائم التى من القرآن أسماء الله وصفاته فقالت طائفة يجوز ذلك وهو قول عبد الله بن عمرو بن العاص وهو ظاهر ما روى عن عائشة وبه قال أبو جعفر الباقر وأحمد فى رواية وحملوا الحديث على التمائم التى فيها شرك

Ketahuilah bahawa ulama di kalangan sahabat dan tabiin dan ulama-ulama selepas mereka berbeza pendapat tentang keharusan menggunakan tangkal daripada ayat al-Quran dan nama-nama Allah. Sekelompok ulama membenarkan perbuatan tersebut. Ini merupakan pendapat Abdullah bin Amr bin al-‘As. Ia juga merupakan apa yang tampak daripada riwayat ‘Aisyah, dan jua merupakan pendapat Abu Ja’far al-Baqir, dan Imam Ahmad dalam satu riwayat pendapatnya. Hadis yang melarang tangkal pula dimaksudkan dengan tangkal yang mempunyai unsur syirik.

 وقالت طائفة لا يجوز ذلك وبه قال ابن مسعود وابن عباس وهو ظاهر قول حذيفة وعقبة بن عامر وابن عكيم وبه قال جماعة من التابعين منهم أصحاب ابن مسعود وأحمد فى رواية اختارها كثير من أصحابه وحزم بها المتأخرون واحتجوا بهذا الحديث وما فى معناه

Sekelompok ulama pula berkata: Tidak dibenarkan. Ini merupakan pendapat Ibn Mas’ud, Ibn Abbas, dan ini merupakan zahir pendapat Huzaifah, Uqbah bin ‘Amir, Ibn ‘Ukaim, dan ini juga pendapat sekelompok ulama tabiin seperti anak-anak murid Ibn Mas’ud, dan ini juga pendapat Imam Ahmad yang menjadi pilihan kebanyakan anak muridnya. Ia juga merupakan pendirian ulama terkemudian dan mereka berhujah dengan hadis yang melarang penggunaan tangkal.

 قلت : هذا هو الصحيح لوجوه ثلاثة تظهر للمتأمل : الأول : عموم النهى ولا مخصص للعموم. الثانى : سد الذريعة فإنه يفضى إلى تعليق ما ليس كذلك .الثالث : أنه إذا علق فلابد أن يمتهنه المتعلق بحمله معه فى حال قضاء الحاجة والاستنجاء ونحو ذلك

Aku berkata: Pendapat yang melarang inilah yang benar berdasarkan tiga hujah: Pertama: Keumuman larangan tangkal dan tiada dalil mengkhususkan. Kedua: Sebagai langkah menutup pintu kerosakan, kerana membenarkannya akan menyebabkan digantung tangkal-tangkal yang lain. Ketiga: Apabila dipakai, pasti yang memakainya akan membawa tangkal itu ketika membuang air, bersuci dan sebagainya.

Peringkat-Peringkat Manusia Dalam Kebergantungan Kepada Allah

Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin menghuraikan di dalam Al-Qaul Al-Mufid:

الأول: ما ينافي التوحيد من أصله، وهو أن يتعلق بشيء لا يمكن أن يكون له تأثير، ويعتمد عليه اعتمادا معرضا عن الله، مثل تعلق عباد القبور بمن فيها عند حلول المصائب، ولهذا إذا مستهم الضراء الشديدة يقولون: يا فلان! أنقذنا; فهذا لا شك أنه شرك أكبر مخرج من الملة.

Pertama: Jenis yang akan menafikan tauhid daripada asalnya. Iaitu bergantung kepada sesuatu yang tidak mungkin mampu memberi kesan, bergantung pula kepadanya dengan pergantungan yang memalingkan daripada Allah. Contohnya bergantungnya seorang penyembah kubur dengan orang yang ada dalam kubur apabila mencari penyelesaian untuk musibah yang dihadapi. Insan sebegini, apabila keburukan yang hebat menimpanya, dia akan berkata: Wahai fulan ! Selamatkanlah kami. Tanpa syak lagi ia merupakan syirik besar yang mengeluarkan daripada agama sebenar.

الثاني: ما ينافي كمال التوحيد، وهو أن يعتمد على سبب شرعي صحيح مع الغفلة عن المسبب، وهو الله عزوجل وعدم صرف قلبه إليه; فهذا نوع من الشرك، ولا نقول شرك أكبر; لأن هذا السبب جعله الله سببا.

Kedua: Yang menafikan kesempurnaan tauhid. Iaitu seseorang berpegang dengan sesuatu sebab yang syarie, tetapi dalam masa yang sama dia lalai daripada sebab sebenar iaitu Allah sehingga hati mereka tidak berpaling kepada Allah pun. Ini juga adalah daripada syirik, akan tetapi kita tidak menyatakan ia syirik besar. Ini kerana sebab yang mereka ambil adalah sesuatu sebab yang Allah telah jadikan sebagai sebab.

الثالث: أن يتعلق بالسبب تعلقا مجردا لكونه سببا فقط، مع اعتماده الأصلي على الله; فيعتقد أن هذا السبب من الله، وأن الله لو شاء لأبطل أثره، ولو شاء لأبقاه، وأنه لا أثر للسبب إلا بمشيئة الله عزوجل؛ فهذا لا ينافي التوحيد لا كمالا ولا أصلا، وعلى هذا لا إثم فيه.

Ketiga: Bergantung kepada sebab kerana keadaanya yang memang sebagai sebab, dalam masa yang sama pergantungan asalnya adalah kepada Allah. Dia menyakini bahawa sebab ini adalah daripada Allah. Allah jika Mahu, dia mampu untuk menghapuskan kesan-kesanya, dan jika dia Mahu, dia akan biarkan sahaja. Dia tidak terkesan dengan sebab sebaliknya dia terkesan dengan kehendak Allah.Maka tiada apa-apa yang menafikan tauhid, tidak juga menafikan kesempurnaan tauhid. Maka orang ini tidak berdosa.

3) Jampi

Apakah hukum ruqyah/jampi?

Terdapat tiga buah hadis yang perlu kita kaji untuk memahami hukum jampi-jampian dalam Islam:

Hadis Pertama:

عَنْ زَيْنَبَ ، امْرَأَةِ عَبْدِ اللهِ عَنْ عَبْدِ اللهِ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ : إِنَّ الرُّقَى ، وَالتَّمَائِمَ ، وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ قَالَتْ : قُلْتُ : لِمَ تَقُولُ هَذَا ؟ وَاللَّهِ لَقَدْ كَانَتْ عَيْنِي تَقْذِفُ وَكُنْتُ أَخْتَلِفُ إِلَى فُلاَنٍ الْيَهُودِيِّ يَرْقِينِي فَإِذَا رَقَانِي سَكَنَتْ ، فَقَالَ عَبْدُ اللهِ : إِنَّمَا ذَاكَ عَمَلُ الشَّيْطَانِ كَانَ يَنْخُسُهَا بِيَدِهِ فَإِذَا رَقَاهَا كَفَّ عَنْهَا ، إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكِ أَنْ تَقُولِي كَمَا كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ : أَذْهِبِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ ، اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي ، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا.

Zainab radiallahu ‘anha, isteri kepada ‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu meriwayatkan daripada suaminya, beliau berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya jampi, tamaim, dan tiwalah adalah syirik. Zainab berkata: Kenapa engkau berkata begitu? Sesungguhnya mata aku sering berair, lalu aku pergi menemui seorang yahudi dan dia menjampi aku. Apabila dia menjampi aku, maka mata aku, mata aku akan kembali tenang. Lalu ‘Abdullah pun berkata: Sesungguhnya itu adalah kerja syaitan yang mana dia mengusik dengan tangannya, apabila bomoh itu menjampinya, maka syaitan itu berhenti. Sesungguhnya cukup untuk engkau membaca apa yang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sering baca: Hapuskanlah kesusahan wahai Tuhan kepada manusia, sembuhkanlah sesungguhnya engkau Maha Penyembuh. Tiada penyembuh melainkan sembuhan Mu yang tidak akan meninggalkan sebarang penyakit [Sunan Abi Daud, Kitab at-Tibb, hadis no: 3883. Shaikh al-Albani mensahihkannya]

Hadis Kedua:

عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ الْأَشْجَعِيِّ ، قال : كُنَّا نَرْقِي فِي الْجَاهِلِيَّةِ ، فَقُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، كَيْفَ تَرَى فِي ذَلِكَ ؟ ، فَقَالَ : ” اعْرِضُوا عَلَيَّ رُقَاكُمْ لَا بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ شِرْكٌ

Auf bin Malik al-Asyja‘iy radhiallahu ‘anhu berkata: Kami di zaman Jahiliyyah mempraktikkan jampi-jampian. Maka kami bertanya: “Ya Rasulullah, apakah pendapat anda tentang hal ini?” Rasulullah menjawab: Tunjukkan kepada aku jampi-jampian kamu. Tidak mengapa dengan jampi-jampian yang di dalamnya tidak mengandungi syirik. [Sahih Muslim, Kitab as-Salam, hadis no: 4086]

Hadis ketiga:

قَالَ أَبُو الزُّبَيْر : وَسَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ ، يَقُولُ : لَدَغَتْ رَجُلًا مِنَّا عَقْرَبٌ وَنَحْنُ جُلُوسٌ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ رَجُلٌ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَرْقِي ، قَالَ : ” مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَنْفَعَ أَخَاهُ فَلْيَفْعَلْ

Abu Zubair berkata: Aku mendengar Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Kala jengking telah menyengat seorang lelaki daripada kami ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah, aku boleh menjampi. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Sesiapa di kalangan kalian yang mampu memberi manfaat kepada saudaranya, maka lakukanlah. [Sahih Muslim, Kitab as-Salam, hadis no: 4083]

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata: dalam Fathul Bari:

وقد أجمع العلماء على جواز الرقي عند اجتماع ثلاثة شروط أن يكون بكلام الله تعالى أو بأسمائه وصفاته وباللسان العربي أو بما يعرف معناه من غيره وأن يعتقد أن الرقية لا تؤثر بذاتها بل بذات الله تعالى

Dan sesungguhnya telah sepakat para ulama’ atas kebolehan jampi-jampian, kesepakatan ini adalah berdasarkan 3 syarat: (1) Bahawasanya ia adalah dengan Kalam Allah Ta‘ala atau Nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya, (2) Dan (ia adalah) dengan bahasa Arab atau dengan apa yang dikenali maknanya, jika ia daripada selain (bahasa Arab), (3) Dan bahawasanya dia berkeyakinan bahawa jampi-jampian tersebut, bukanlah ia yang berpengaruh, tetapi yang berpengaruh adalah Allah Ta‘ala.[Fathul Bari, Bab ar-Ruqo, juzuk 10, m/s 195]

Persoalan, bagaimana kita tahu yang dibaca oleh bomoh atau ustaz itu ayat al-Quran jika ia dibaca dengan berbisik-bisik?

4) Sial

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : الطِّيَرَةُ شِرْكٌ الطِّيَرَةُ شِرْكٌ ثَلَاثًا ، وَمَا مِنَّا إِلَّا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُذْهِبُهُ بِالتَّوَكُّلِ “

Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:At-Thiyarah (sial) itu syirik, sial itu syirik (sebanyak tiga kali.(Abdullah bin Mas’ud berkata): Tidaklah kita terlepas (daripada terfikir tentang kesialan sesuatu) melainkan Allah menghapuskannya dengan sifat tawakkal

[Sunan Abu Daud, Kitab at-Thibb, Bab at-Thiyarah, hadis no: 3413, Shaikh Al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Abu Daud]

وكانت العرب معروفة بالتطير، حتى لو أراد الإنسان منهم خيراً ثم رأى الطير سنحت يميناً أو شمالاً حسب ما كان معروفاً عندهم، تجده يتأخر عن هذا الذي أراده، ومنهم من إذا سمع صوتاً أو رأى شخصاً تشاءم، ومنهم من يتشاءم من شهر شوال بالنسبة للنكاح،

Masyarakat arab terkenal dengan kepercayaan kepada sial. Hinggakan jika seseorang itu mahu melakukan sesuatu kemudian, kemudian mereka terlihat burung terbang di kiri atau kanan mereka, mereka akan membuat penafsiran yang bukan-bukan menurut apa yang mereka percayai selama ini. Kalian akan mendapati mereka menangguhkan daripada melakukan apa yang mereka ketahui itu. Sebahagian mereka jua apabila mendengar sesuatu bunyi, atau melihat sesuatu mereka akan percaya ia membawa sial, begitu juga sebahagian mereka percaya kepada sial jika bernikah pada bulan Syawal (Al-Qaul Al-Mufid).

5) Bomoh

عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً

Sebahagian isteri-isteri nabi sallallahu ‘alaihi wasallam meriwayatkan bahawa nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang datang kepada bomoh, lalu bertanya kepadanya sesuatu, maka solatnya tidak akan diterima selama 40 hari. [Sahih Muslim, Kitab as-Salam, hadis no: 4144]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَنْ أَتَى كَاهِنًا ” ، قَالَ مُوسَى فِي حَدِيثِهِ : فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ثُمَّ اتَّفَقَا أَوْ أَتَى امْرَأَةً ، قَالَ مُسَدَّدٌ : امْرَأَتَهُ حَائِضًا أَوْ أَتَى امْرَأَةً ، قَالَ مُسَدَّدٌ : امْرَأَتَهُ فِي دُبُرِهَا فَقَدْ بَرِئَ مِمَّا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ .

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang pergi berjumpa bomoh, lalu membenarkan apa yang dikatakan oleh bomoh itu, atau sesiapa yang mendatangi isteri yang haidh atau pada duburnya, maka dia telah berlepas diri daripada apa yang diturunkan kepada Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam. [Sunan Abi Daud, Kitab at-Thib, hadis no: 3407, Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Abi Daud]

Apakah beza dua hadis di atas?

Shaikh Ibn al-Uthaimin rahimahullah berkata:

القسم الأول: أن يسأله سؤالا مجردا; فهذا حرام لقول النبي صلى الله عليه وسلم ” من أتى عرافا “؛ فإثبات العقوبة على سؤاله يدل على تحريمه; إذ لا عقوبة إلا على فعل محرم.

Pertama: Seseorang bertanya kepada bomoh sekadar suka-suka, ini adalah perbuatan yang haram berdasarkan sabda nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesiapa yang berjumpa bomoh” lalu ditetapkan hukuman kepadanya, ia menunjukkan perbuatan itu. Ini kerana tiada hukuman akan dijatuhkan melainkan jika perbuatan itu haram.

القسم الثاني: أن يسأله فيصدقه، ويعتبر قوله; فهذا كفر لأن تصديقه في علم الغيب تكذيب للقرآن، حيث قال تعالى: ﴿قُلْ لا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ الْغَيْبَ إِلاَّ اللَّهُ﴾

Kedua: Bertanya kepada bomoh dan membenarkan kata-kata bomoh, dan mengambil kira pandangan bomoh. Ini merupakan bentuk kekufuran kerana membenarkan bomoh tersebut dalam perkara ghaib dan pendustaan ke atas al-Quran kerana Allah berfirman: Katakanlah (wahai Muhammad), tidaklah makhluk yang dilangit atau di bumi mengetahui perkara-perkara ghaib kecuali Allah. [an-Naml : 65] [Al-Qaul Al-Mufid]

Persoalan: Kadang-kala berita yang bomoh sampaikan adalah benar-benar berlaku?

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّهَا سَمِعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” إِنَّ الْمَلَائِكَةَ تَنْزِلُ فِي الْعَنَانِ وَهُوَ السَّحَابُ فَتَذْكُرُ الْأَمْرَ قُضِيَ فِي السَّمَاءِ فَتَسْتَرِقُ الشَّيَاطِينُ السَّمْعَ ، فَتَسْمَعُهُ فَتُوحِيهِ إِلَى الْكُهَّانِ فَيَكْذِبُونَ مَعَهَا مِائَةَ كَذْبَةٍ مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ “

‘Aisyah radiallahu ‘anha pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya malaikat turun ke awan, lalu mereka membincangkan perkara-perkara yang diputuskan di langit. Lalu syaitan mencuri-curi dengaradiallahu ‘anhupabila mereka dapat mendengarnya, mereka pun menyampaikan berita itu kepada bomoh-bomoh, dan mereka menambah-nambah dalam berita itu 100 pembohongan yang mereka cipta sendiri. [Sahih al-Bukhari, Kitab Bad’ al-Khalqi, hadis no: 2989]

6) Sihir

Firman Allah (al-Baqarah 2 : 102)

﴿وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ﴾

Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman [dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir], padahal Sulaiman tidak kafir [tidak mengerjakan sihir], hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir [mengerjakan sihir]. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan [sesuatu] kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cubaan [bagimu], sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari daripada kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang [suami] dengan isterinya.Dan mereka itu [ahli sihir] tidak mampu memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat.Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya [kitab Allah] dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.

Maksud sihir:

Daripada sudut bahasa:

ماخفي ولطف سببه

 : Apa-apa yang tersembunyi sebab-sebabnya [al-Qaul al-Mufid]

Daripada sudut syara’:

الأول: عقد ورقى; أي: قراءات وطلاسم يتوصل بها الساحر إلى استخدام الشياطين فيما يريد به ضرر المسحور

Pertama: Ikatan/simpulan dan jampi serapah. Iaitu bacaan-bacaan dan tangkal-tangkal yang digunakan oleh ahli sihir untuk mendapatkan khidmat syaitan-syaitan dalam usaha memudharatkan orang yang disihir.

الثاني: أدوية وعقاقير تؤثر على بدن المسحور وعقله وإرادته وميله

Kedua: Dadah atau ubat-ubatan yang akan memberikan kesan kepada tubuh badan, mental dan emosi orang yang disihir.

فمن كان سحره بواسطة الشياطين; فإنه يكفرلأنه لايتأتى ذلك إلا بالشرك غالبا

Shaikh al-Uthaimin berkata: Sesiapa yang sihirnya adalah dengan perantaraan syaitan, sesungguhnya dia telah kufur. Ini kerana sihir yang seumpama itu kebiasaannya tidak akan berlaku melainkan dengan syirik.

Hukuman Kepada Pelaku Sihir:

Dalam sebuah riwayat Mauquf daripada Jundub radiallahu ‘anhu:

حَدُّ السَّاحِرِ ضَرْبَةٌ بِالسَّيْفِ

Hukuman kepada ahli sihir ialah dipenggal dengan pedang. [Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Hudud, hadis no: 1376]

Imam at-Tirmizi rahimahullah menyebutkan:

وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ بَعْضِ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَغَيْرِهِمْ , وَهُوَ قَوْلُ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ , وقَالَ الشَّافِعِيُّ : إِنَّمَا يُقْتَلُ السَّاحِرُ إِذَا كَانَ يَعْمَلُ فِي سِحْرِهِ مَا يَبْلُغُ بِهِ الْكُفْرَ , فَإِذَا عَمِلَ عَمَلًا دُونَ الْكُفْرِ , فَلَمْ نَرَ عَلَيْهِ قَتْلًا .

Sebahagian ulama daripada generasi sahabat radiallahu ‘anhum ajma’in dan selain mereka beramal dengan riwayat ini. Ini juga merupakan pendapat Imam Malik bin Anas rahimahullah. Imam al-Syafie rahimahullah berkata: Sesungguhnya ahli sihir perlu dibunuh apabila dia beramal dengan sihir yang membawa kepada kekufuran, apabila dia beramal dengan sihir yang tidak membawa ke tahap kufur, kami tidak melihat dia perlu dibunuh.

Bolehkah sihir dilawan dengan sihir?

Shaikh Hafiz al-Hakami berkata:

النشرة هي حل السحر عن المسحور فإن كان ذلك بسحر مثله فهي من عمل الشيطان ، وإن كانت بالرقى والتعاويذ المشروعة فلا بأس بذلك .

An-Nusyrah iaitu usaha membuang sihir daripada yang disihir. Seandainya ia dilakukan dengan sihir seumpamanya, maka ia adalah amalan syaitan. Seandainya ia dilakukan dengan jampi-jampi yang disyariatkan, maka ia tidak mengapa. [A’lam as-Sunnah al-Mansyurah]

7) Berhukum dengan selain hukum Allah

Firman Allah [al-Syura 42:21]

﴿أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ﴾

Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah?Sekiranya tak ada ketetapan yang menentukan [daripada Allah] tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperolehi azab yang amat pedih. (21)

Firman Allah (At-Taubah 9 : 31)

﴿اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ﴾

Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah , dan [juga mereka mempertuhankan] Al Masih putera Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan [yang berhak disembah] selain Dia. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan. (31)

Dalam sebuah riwayat yang lemah disebutkan:

عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ ، قَالَ : أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِي عُنُقِي صَلِيبٌ مِنْ ذَهَبٍ ، فَقَالَ : ” يَا عَدِيُّ ، اطْرَحْ عَنْكَ هَذَا الْوَثَنَ ، وَسَمِعْتُهُ يَقْرَأُ فِي سُورَةِ بَرَاءَةٌ اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ سورة التوبة آية 31 ، قَالَ : ” أَمَا إِنَّهُمْ لَمْ يَكُونُوا يَعْبُدُونَهُمْ ، وَلَكِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا أَحَلُّوا لَهُمْ شَيْئًا اسْتَحَلُّوهُ وَإِذَا حَرَّمُوا عَلَيْهِمْ شَيْئًا حَرَّمُوهُ “

‘Adiy bin Hatim berkata: Aku pergi berjumpa dengan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, ketika itu pada leher aku terdapat salib yang diperbuat daripada emas. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Ya ‘Adiy, buanglah berhala ini daripada tubuh mu. Aku mendengar baginda sallallahu ‘alaihi wasallam membaca “Mereka menjadikan orang-orang alim dan ahli-ahli ibadah mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menerangkan: Sesungguhnya mereka tidaklah menyembah mereka (sebagaimana menyembah berhala), tetapi apabila orang-orang alim itu menghalalkan sesuatu, mereka pun menghalalkannya, apabila orang alim itu mengharamkan sesuatu, mereka pun mengharamkannya.

[Sunan at-Tirmizi, Kitab Tafsir al-Quran, hadis no: 3039. Imam at-Tirmizi berkata: Hadis ini gharib. Kami tidak mengetahuinya melainkan daripada riwayat Abdussalam bin Harb. ‘Uthoif bin A’yan bukanlah perawi yang dikenali dalam bidang hadis]

Mentaati seseorang dalam melakukan maksiat adalah termasuk syirik ketaatan:

Shaikh al-Uthaimin berkata:

فهؤلاء جعلوا الأحبار شركاء في الطاعة، كلما أمروا بشيء أطاعوهم، سواء وافق أمر الله أم لا. إذا; فتفسير التوحيد أيضا بلا إله إلا الله يستلزم أن تكون طاعتك لله وحده،

Mereka menjadi orang alim mereka sebagai sekutu (kepada Allah) dalam bab ketaatan. Setiap kali alim ulama ini menyuruh sesuatu, mereka akan mentaatinya tidak kira sama ada hal itu bersamaan dengan suruhan Allah atau tidak. Oleh kerana itu, huraian kepada tauhid iaitu tiada yang berhak disembah selain Allah juga menuntut agar ketaatan hanya diberikan kepada Allah sahaja.
______________________________________
Petikan daripada Nota Seminar Syahadah

https://archive.org/details/Syahadah

http://alkahfi.com.my/seminar-syahadah/
http://alkahfi.com.my/syirik-dan-contoh-contohnya/

Soalan Tentang Penyakit al-Ain & Taqdir

Saya pernah terbaca hadis bahawa penyakit ‘Ain boleh mendahului taqdir. Benarkah?

Jawapan:

Tidak benar. Hadis yang dimaksudkan ialah:

الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا.

Penyakit al-‘Ain memang ada. Seandainya ada yang dapat mendahului taqdir, tentulah ia didahului oleh penyakit al-‘Ain. Justeru apabila kamu disuruh mandi, maka mandilah.[1]

Al-‘Ain ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata. Orang dengki lagi jahat, dengan sebab pandangan matanya saja sudah cukup untuk mengenakan orang yang dipandangnya dengan sesuatu penyakit. Akan tetapi ada sebahagian orang yang menolak penyakit al-‘Ain kerana pada perkiraannya ia mustahil. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membetulkan penolakan ini dengan penetapan: “Penyakit al-‘Ain memang ada.” 

Akan tetapi walau dengan pandangan mata yang amat “berkuasa” sekalipun, ia tidak akan memberi pengaruh kepada orang yang dipandangnya melainkan dengan kehendak Allah Subhanahu waTa’ala. Ini kerana pandangan mata hanyalah sebab manakala musababnya tetap bergantung kepada qadar dan qadha Allah.

Adapun maksud sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam: “Seandainya ada yang dapat mendahului taqdir, tentulah ia didahului oleh penyakit al-‘Ain” , maka ia seperti berikut: Semua penyakit termasuk al-‘Ain berlaku dengan kehendak Allah. Tidak ada penyakit yang dapat mendahului taqdir.


Seandainya ada yang dapat mendahului taqdir, maka yang pertama sekali ialah penyakit al-‘Ain. Ini sebagai satu perumpamaan bagi menunjukkan betapa benar dan berkuasa penyakit al-‘Ain itu.

Antara cara memelihara diri dari penyakit al-‘Ain dan mengubati diri seandainya terkena penyakit al’Ain ialah mandi. Inilah maksud penghujung hadis: “Justeru apabila kamu disuruh mandi, maka mandilah.”

Hadis ini juga memiliki beberapa pengajaran penting di sebaliknya: Semua penyakit berlaku kerana qadar dan qadha Allah Subhanahu waTa’ala. Sebab-sebab penyakit ada pelbagai seperti pemakanan yang salah, cuaca, bakteria dan virus yang tersebar, jangkitan dan rasukan jin. 

Namun semua ini adalah sebab yang dapat memberi pengaruh namun musababnya – yakni penyakit – hanya akan berlaku jika Allah mengkehendakinya berlaku. Sebab-sebab penyakit dipertanggungjawabkan atas manusia. Maka hendaklah kita berusaha untuk menjauhi sebab-sebab yang memberi pengaruh kepada penyakit. Jika sudah terkena penyakit, maka hendaklah kita mengusahakan sebab-sebab penyembuhannya.

Musabab penyakit disandarkan kepada Allah kerana ia hanya dapat menimpa seseorang dengan kehendak Allah. Allah menjadikan penyakit itu berlaku sebagai ujian kepada hamba-Nya, penghapus dosa, merehatkan badan, peringatan kepada yang leka dan pelbagai hikmah yang lain.

[1] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 4058 (Kitab al-Salam, Bab penjelasan tentang pengubatan, sakit dan ruqyah).

Sumber:
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/47QNQ/S38.htm

Friday, 24 October 2014

Pengambilan Pelajar Baru Darussyifa Pusat Sesi 2014/15

PENGAMBILAN PELAJAR BARU KUMPULAN KE-27 DARUSSYIFA' PUSAT 
SESI 2014/2015

Tarikh Tutup Permohonan: 31-Oktober-2014
Tarikh Temuduga: 15-Nov-2014 (Sabtu) & 16-Nov-2014 (Ahad) @ 8:00 pg ~ 10:00 pg

Borang Permohonan:
SILA KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN (PDF)

Butiran Permohonan

1. Tarikh Tutup Permohonan: 31-Oktober-2014 
2. Tarikh Temuduga: 15-Nov-2014 (Sabtu) & 16-Nov-2014 (Ahad) @ 8:00 pg ~ 10:00 pg
3. Sila layari laman web Darussyifa' http://www.darussyifa.org untuk maklumat dan pengumuman terkini.

Syarat-syarat permohonan:-

a. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap. 

b. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.

c. Pemohon yang bukan warganegara Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

d. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan satu salinan Kad Pengenalan.

e. Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

f. Setelah permohonan diproses, satu sesi temuduga akan diadakan untuk memilih calon-calon yang benar-benar layak sahaja.

g. Pemohon yang gagal hadir untuk temuduga, maka dengan sendirinya permohonan akan ditolak. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan dan anda boleh membuat permohonan semula ditahun-tahun yang akan datang.

h. Pemohon yang telah berjaya diterima dan lulus temuduga, hendaklah sanggup dan mampu membayar yuran sejumlah RM600 setahun (bayaran ini untuk pendaftaran, buku teks, yuran ahli seumur hidup dan yuran pengajian). Pada hari pendaftaran bayaran minimum ialah RM 300.00.

i. Pemohon yang telah berjaya diterima juga dimestikan untuk menghadiri sepenuhnya kuliah pengubatan setiap hari Isnin malam Selasa selama setahun di Bangunan Darussyifa' Bandar Baru Bangi. Jika sekiranya pemohon didapati lemah dalam ilmu bacaan al-Quran, pemohon dimestikan untuk menghadiri kelas Tajwid dan kelas-kelas lain yang ditentukan kemudian.

Sebarang pertanyaan sila emailkan ke darussyifa.malaysia@gmail.com  atau telepon pejabat Darussyifa': 03-89250443 atau hubungi Ustaz Zafran (012-680 7992) atau Ustaz Jufry (019-3634124) dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang sahaja.

Buang Saka Supaya Mayat Dapat Meninggal Dunia

Dalam halaqah tauhid tadi ada soalan:

Bolehkah jumpa bomoh untuk buang saka supaya mayat dapat meninggal dunia. Pendek kata: Sebab saka itu si nazak tidak mati-mati,

Jawapan saya (tetapi bila jawab lisan macam tidak teratur sangat, tak macam di bawah)

1) Kematian itu hadir tanpa cepat sesaat atau lewat sesaat.
2) Jika ajal belum sampai, dia tidak akan mati walau secebis saka pun tiada.
3) Jika ajal sampai, dia akan mati walau ada 1000 saka dalam badan.
4) Ini semua ujian kepada Tauhid. Berapa ramai yang jumpa bomoh siam akhirnya sembuh, itu semua ujian keimanan.

Status Facebook:
Ustaz Masri Mohd Ramli

Sunday, 19 October 2014

Status Wuduk Bila Tersentuh Jin Betina

Seorang manusia lelaki menyentuh jin betina atau sebaliknya, adakah ia membatalkan wudu' atau tidak?

Ini antara khilaf yang masyhur di antara dua orang ulama muta'akhir mazhab Syafi'ie iaitu al-Imam Ibn Hajar al-Haitami dan Imam Syamsuddin al-Ramli. 

Imam Ibn Hajar berpendapat tidak membatalkan, manakala ia membatalkan wudu' menurut Imam al-Ramli.

Khilaf ini berpaksi pada perbezaan pendapat di kalangan ulama-ulama Syafi'iyyah tentang hukum bernikah dengan jin. Bagi ulama yang berpendapat manusia tidak boleh bernikah dengan jin, maka hukum sentuhan itu tidak membatalkan wudu'. Manakala ulama yang mengharuskan berpendapat ia membatalkan wudu'.

Wallahu A'lam
Abu Ruqayyah Ba 'Alawi
(Ustaz Syed SHahridzan)

Location via Google Maps

Kalam Indah

Sumbangan Dana

Sumbangan Dana

Waktu Rawatan Ramadhan

Rawatan Bangunan

RAWATAN RUMAH & BANGUNAN

Rawatan rumah/ bangunan dijalankan pada HARI KHAMIS (Minggu Pertama & Ketiga) bermula dengan Solat Maghrib sehingga Solat Isyak di tempat tersebut.


Borang rawatan rumah & bangunan boleh diambil dan diisi di Pusat Rawatan Kecil Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi.

Bidara Syifa - 012 344 7697

Bidara Syifa -  012 344 7697
Hubungi Ust Kamil

Wangian Doa Syifa'

Wangian Doa Syifa'

Jual Beli Hartanah

Vitamin Untuk Kesihatan

Artikel Pilihan