Monday, 26 September 2016

Hukum Interaksi Dengan Jin: Membunuh, Menarik Keluar, Memerangkap Jin

Hukum Interaksi Dengan Jin: Membunuh, Menarik Keluar, Memerangkap Jin

Membunuh Jin 

Teknik membunuh jin kerap digunakan dalam merawat penyakit berkaitan rasukan makhluk halus. Perawat akan menggunakan pelbagai cara untuk membunuh jin yang mendiami tubuh pesakit. Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk membunuh jin seperti menyembelih jin dengan menggunakan alatan tertentu seperti kayu atau rotan, dilakukan isyarat sembelihan, meracun jin menggunakan air ruqyah  dengan niat meracun jin yang berada dalam tubuh  pesakit, atau membakar jin menggunakan ayat-ayat ruqyah  (Khadher, A., & Rushdi, R. Hukum Semasa Dalam Rawatan Islam: Isu Terhadap Pengamalan Kaedah “Scanning” dalam Rawatan Penyakit Gangguan Makhluk Halus)

Namun, adakah manusia boleh membunuh  jin sesuka hati dan benarkah jin dapat dibunuh dengan kaedah tersebut? Berhubung dengan membunuh jin, terdapat hadith yang menceritakan tentang seorang pemuda yang telah membunuh jin yang menyerupai seekor ular hitam sehingga menyebabkan beliau terbunuh. “Abu Sa‘id r.a. melanjutkan ceritanya: ‘Kami menghadap Rasulullah (s.a.w) dan menceritakan kejadian itu kepada baginda. Lalu kami berkata kepadanya: “ Mohonlah kepada Allah (s.w.t) agar menghidupkan kami dengan kebahagiaan kami. Baginda menjawab: “Mohonlah ampun untuk sahabat kalian itu.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya di Madinah terdapat golongan jin yang telah masuk Islam, maka jika kalian melihat sebahagian mereka  –dalam rupa ular– berilah peringatan tiga hari. Apabila kamu masih melihatnya setelah itu, bunuhlah ia kerana sebenarnya itu adalah  syaitan .” (Riwayat Imam Muslim r.a.)

Pada pandangan pengkaji, jin dapat dibunuh secara pasti apabila ia berupa sesuatu makhluk Allah seperti anjing hitam, kala jengking ataupun ular sepertimana dijelaskan dalam hadith. Walaupun demikian, apabila membunuh jin dengan keadaan asal kejadiannya, perkara ini sangat meragukan kerana tidak ada bukti yang jelas menunjukkan bahawa jin itu benar- benar telah terbunuh, tidak pula dapat dilihat dengan mata kasar dan kemungkinan besar ia  penipuan semata-mata.

Menarik Keluar Jin

Kaedah menarik keluar atau menyedut jin adalah kaedah yang dilakukan oleh perawat dengan melakukan isyarat menarik menggunakan tangan pada bahagian kaki atau mana-mana anggota badan pesakit sambil membaca ruqyah tertentu. Kaedah ini dilaksanakan setelah  perawat mengenalpasti keberadaan jin dalam tubuh pesakit dan ia enggan untuk berunding secara baik serta tidak mahu keluar dari tubuh  pesakit.

Berhubung dengan masalah ini, pengkaji melihat bahawa jika dikatakan benar-benar menarik keluar seekor jin itu dari tubuh seseorang kemungkinan ia adalah perkara yang tidak logik. Namun, apa yang diperhatikan dan difahami perawat hanya melakukan isyarat tarik sahaja dengan menggunakan tangan dengan disertakan arahan supaya jin tersebut segera meninggalkan tubuh pesakit itu. 

Dalam konteks tersebut, terhadap hadith yang menyebutkan  bahawa Nabi (s.a.w) mengarahkan agar syaitan yang merasuk dalam tubuh seseorang sahabat itu keluar. Daripada ‘Uthman bin Abi al-‘As r.a. berkata: Maksudnya: “Ketika Rasulullah (s.a.w) melantik aku sebagai gabenor di Taif, ada sesuatu yang mendatangiku di dalam solat sehingga aku tidak mengetahui solatku itu.  Apabila aku melihat keadaan demikian, aku pergi menemui Nabi (s.a.w). Baginda bertanya (kepadaku): “(Kamu) Ibn Abi al-‘As?” Aku menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Sabda Nabi (s.a.w): “Apakah yang menyebabkan engkau datang kemari?” Aku menjawab: “Wahai  Rasulullah, ada sesuatu yang mendatangiku ketika dalam solatku sehingga aku tidak mengetahui hal keadaan solatku itu.” Sabda  Nabi (s.a.w): “Itu adalah syaitan (yang mengganggu mu), dekatkan lah dirimu”. Maka aku mendekati baginda (s.a.w) dan aku duduk dihujung atas tapak kakiku.” Lalu baginda (s.a.w) memukul dadaku dengan tangannya dan meludahi mulutku, sambil berkata: “Keluarlah wahai musuh Allah!” Baginda mengulanginya tiga kali lalu bersabda: “Kembalilah kepada tugasmu”. Kata Uthman: “Sesungguhnya aku tidak menyangka ada lagi yang menggangguku  selepas itu .” (Riwayat Imam Ibnu Majah r.a.)

Oleh itu, dalam konteks menarik keluar jin dari tubuh seseorang, pengkaji melihat bahawa perawat hanya melakukan isyarat untuk menarik sahaja dan belum tentu jin mengikut arahan yang diberikan untuk keluar dari tubuh tersebut. Hal ini bermakna, kaedah ini boleh dilakukan dengan arahan yang jelas disertakan dengan isyarat menarik keluar, tetapi dari sudut kesahihan sama ada jin itu benar-benar keluar atau tidak dari tubuh badan pesakit itu hanya  berserah pada Allah (s.w.t). Mungkin selepas tarikan itu dibuat, perawat perlu membacakan ruqyah  lagi bagi mengetahui keadaan sebenar pesakit.

Memerangkap Jin

Kaedah memerangkap jin ini dilakukan setelah proses rundingan antara perawat dengan jin yang menguasai tubuh pesakit gagal dan enggan keluar secara baik dari tubuh. Perawat akan memasukkan tapak tangan sehingga pergelangan tangan pesakit ke dalam balang kaca tersebut dan ditarik jin masuk ke dalam botol itu sambil membaca ruqyah  serta menggunakan isyarat tangan menarik jin ke dalam balang kaca itu Berhubung dengan kaedah memerangkap jin, tiada dalil yang menyatakan bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah berbuat demikian. 

gambar hiasan

Walaupun  begitu, terdapat hadith yang menyebutkan  bahawa Nabi (s.a.w) pernah bercadang untuk menangkap ifrit  atau iblis  yang datang mengganggu baginda solat. Namun, apabila  baginda teringat doa Nabi Sulaiman (a.s), baginda membatalkan niat tersebut. Dari hadith berkenaan dapat difahami bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) hanya berusaha untuk mengelak atau berlindung daripada gangguan itu, bukan bertujuan untuk menangkap atau memerangkap jin tersebut. Bahkan, secara logik akalnya, golongan jin ini tidak terperangkap dengan sesuatu bekas kerana mereka bebas  bergerak dan dapat menembusi sesuatu jirim atau benda (Khadher, A., & Ishak, S. Hadith-Hadith Mengenai Sihir dan Rawatannya dalam Al-Kutub Al-Sittah: Satu Analisis Kualitatif) & (Khadher, A., & Mohd Farhan, M. A. Khurafat Tahyul dan Teknik Mistik dalam Rawatan Alternatif)

Oleh yang demikian, menangkap jin dan mengurungnya dalam sesuatu bekas adalah perkara yang meragukan sehingga tidak terdapat bukti jelas bahawa golongan tersebut dapat diperangkap sedemikian rupa.

Sumber: Seni Perubatan Alternatif Di Malaysia: Analisis Permasalahan Metode Rawatan
Mohd Farhan Md Arifin, Khadher Ahmad, Nor Izati Samsudin, Mohamad Zaim Isamail &
Muhammad Ikhlas Rosele

Friday, 16 September 2016

Perginya Seorang Murabbi, Guru dan Ayah

Pagi ini ( 16 September 2016) kami di Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi (DSBBST) terasa hiba dengan berita pemergian Guru, Ayah dan Murabbi kami, yang telah mendidik ribuan anak murid iaitu rakan seperguruan kami semua iaitu Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Sehari sebelum (15 September 2015), bertalu-talu mesej berita yang tidak sahih tersebar tentang status almarhum di US. Kami ambil jalan selamat hanya tunggu berita dari ahli keluarga almarhum sendiri dan juga dari Pengerusi Darussyifa'

Sesungguhnya kami di DSBBST banyak mendapat sentuhan dari almarhum selain dari ilmu yang dicurahkan sepanjang pengajian kami bersama almarhum

Beberapa kali, sesi khas antara almarhum dan kami diadakan. Antaranya Majlis Perasmian Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi (Kini dipanggil Pusat Rawatan Kecil Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi)


Pengurus DSBBST yang pertama (alllahyarham Ust Hamdan Muda) sangat rapat dengan almarhum. Almarhum turut hadir di majlis tahlil di rumah allahyarham di Salak Tinggi.


Selepas ketiadaan Ust Hamdan Muda (kini amanah tersebut dipikul oleh Ust Yusof Abdul Rahman), satu sesi pertemuan khas antara perawat DSBBT bersama almarhum Tuan Guru bertempat di DSBBST


Tiada apa yang kami ucapkan selain kebaikan, kebajikan dan akhlak mulia alhmarhum. Pesanan almarhum sentiasa dipegang dan perjuangan dakwah akan terus digerakkan. Semoga Allah cucuri rahmatNya

Sesi bersama perawat di DS Bangi

Amanah yang sangat ditekankan oleh almarhum
 
Pesanan almarhum kepada anak-anak murid

Location via Google Maps

Kalam Indah

Sumbangan Dana

Sumbangan Dana

Waktu Rawatan Ramadhan

Rawatan Bangunan

RAWATAN RUMAH & BANGUNAN

Rawatan rumah/ bangunan dijalankan pada HARI KHAMIS (Minggu Pertama & Ketiga) bermula dengan Solat Maghrib sehingga Solat Isyak di tempat tersebut.


Borang rawatan rumah & bangunan boleh diambil dan diisi di Pusat Rawatan Kecil Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi.

Bidara Syifa - 012 344 7697

Bidara Syifa -  012 344 7697
Hubungi Ust Kamil

Wangian Doa Syifa'

Wangian Doa Syifa'

Jual Beli Hartanah

Vitamin Untuk Kesihatan

Artikel Pilihan