Sunday, 2 October 2016

Rawatan Bagi Demam Biasa & Demam Panas

Penyebab demam biasanya berkaitan jangkitan kuman, seperti virus yang meyebabkan selsema, sakit kerongkong atau demam denggi, jangkitan bakteria seperti radang paru-paru, sakit telinga, batuk kering atau jangkitan saluran urinari. Demam juga boleh berpunca dari penyakit sendi (arthritis), gout, ubatan tertentu atau gangguan sistem imunologi.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Sayyidatina Aisyah RA: Maksudnya;

Terjemahan 
“Demam itu merupakan ledakan daripada neraka, maka sejukkanlah ia dengan air” 
(al-muwatta)

Justeru, bagi pesakit demam panas hendaklah sentiasa menyejukkan diri dengan mandi atau dilap badan dengan air.  Manakala bagi bayi dan kanak-kanak disarankan memakai pakaian nipis, berkipas dan sentiasa minum air secukupnya.

Gambar Hiasan

1) Kaedah dan Rawatan Demam Panas:

Rawatan penyakit demam panas ialah dengan menggunakan air yang telah didoakan untuk diminum dan mandi. 

Mandi sebaiknya dilakukan pada waktu petang antara asar dengan maghrib.  Tidak digalakkan mandi pada waktu tengahari.

Cara mandi yang disarankan dan telah menjadi amalan orang-orang tua dahulu adalah memulakan mandi bermula dari bahagian bawah, dengan;

1) Membasahkan kaki terlebih dahulu 
2) Diikuti lutut, 
3) Pinggang 
4) Seterusnya naik sampai ke kepala. 

Setelah selesai mandi, jadikan air yang telah didoakan sebagai bilasan terakhir dan biarkan air itu kering sendiri tanpa dilap. Kaedah mandi seperti ini juga dapat elakkan dari penyakit Sakit Kepala.

Kombinasi doa yang dibaca dan ditiupkan pada air tersebut ialah:

i. Surah Al-Fatihah ( Penawar Seribu Guna)

ii. Ayat Pemecah Kebuntuan  (Surah al-Hasyr ayat 21 – 24)


iii. Doa Rawatan Demam Panas


iv. Doa Penyejuk


2) Kaedah Tambahan Rawatan Penyakit Demam Panas

Terdapat juga beberapa kaedah tradisional dalam merawat demam panas antaranya dikenali dengan jaram. Ada 2 cara menjaram;

a) Bagi Kanak2 / Bayi

Memastikan kanak2/ bayi sentiasa sejuk dengan meletakkan kain putih yang basah di dahi dan sentiasa menukar kain tersebut apabila kering. Selain itu sentiasa mengelap bahagian celah ketiak dan celah kelangkang selang beberapa minit atau setiap kali kering

b) Bagi Orang Dewasa

Digantung bekas air atau baldi seterusnya dititiskan air pada dahi pesakit yang berbarung secara berterusan pada waktu malam. Air tersebut telah dicampur dengan pelbagai daun herba seperti daun mengkudu, inai, daun gandarusa dan buah delima.Boleh juga dicampur dengan rias (bahagian tengah) pokok pisang (sebaiknya pisang raja)

3) Satu Lagi Kaedah Guna Pucuk Daun Pisang

Satu Lagi Kaedah Guna Pucuk Daun Pisang yang Masih Bergulung, pesakit dibaringkan di atas pucuk daun yang dihamparkan.

Kemudian dihamburkan air menggunakan mulut bermula dari kaki ke atas. Kemudian pesakit diselimutkan dengan kain putih yang nipis lalu dilakukan cara yang sama seperti tadi.

Setelah 5 minit, angkat kain perlahan-lahan dan tudung semula ke tubuh pesakit dan diulang kaedah tadi. Lakukan berulang-ulang sehingga suhu badan pesakit turun.

Sumber:
Rawatan Penyakit-penyakit Jasmani (II) (Edisi Rintis) Darussyifa'

Location via Google Maps

Kalam Indah

Sumbangan Dana

Sumbangan Dana

Waktu Rawatan Ramadhan

Rawatan Bangunan

RAWATAN RUMAH & BANGUNAN

Rawatan rumah/ bangunan dijalankan pada HARI KHAMIS (Minggu Pertama & Ketiga) bermula dengan Solat Maghrib sehingga Solat Isyak di tempat tersebut.


Borang rawatan rumah & bangunan boleh diambil dan diisi di Pusat Rawatan Kecil Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi.

Bidara Syifa - 012 344 7697

Bidara Syifa -  012 344 7697
Hubungi Ust Kamil

Wangian Doa Syifa'

Wangian Doa Syifa'

Jual Beli Hartanah

Vitamin Untuk Kesihatan

Artikel Pilihan