Tuesday, 25 April 2017

Adakah Ada Kaitan Gangguan Ibu Terhadap Anak?

Ini jawapan dari Ustaz Faizar dari Indonesia berkenaan adakah ada kaitan gangguan ibu terhadap anak

Dalam kitab Ahkaamu atta'aamuli ma'al jinni wa adabur ruqaa asy-Syar'iyyah terbitan Maktabah Al-Imam Al-Wadi'iy hal.74, syaikh Abu Nashr Muhammad bin Abdillah Al-Imam mengatakan :
و قد يكون متلبسا به، فهذا أخطر و مؤاذاته أشد، و قد يكون الجني متلبسا بأمه فيؤذيه تبعا لمؤاذاته لأمه
"Dan terkadang jin bisa merasuk ke tubuh anak kecil, gangguan semacam ini lebih berbahaya dan lebih parah. Keadaan yg smacam itu bisa terjadi saat jin merasuk pada tubuh ibunya lalu kemudian mengganggu anaknya sebagai EFEK LANJUTAN atas gangguannya terhadap sang ibu..."

Selanjutnya layari facebook beliau Muhammad Faizar

Tuesday, 4 April 2017

Benarkah Sebaik-baik Jin Adalah Sejahat-jahat Manusia? Ust Abdullah Bukhari

Artikel asal oleh Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim dinukil dari facebook beliau.

Benarkah Sebaik-baik Jin Adalah Sejahat-jahat Manusia? Ust Abdullah Bukhari


Seringkali disebut dalam cerita seram yang ditayang di TV bahawa “sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia”. Asas pertama yang perlu dipegang apabila membicarakan perihal jin dan malaikat ialah keimanan kepada perkara ghaib. 

Oleh kerana alam jin adalah alam ghaib yang terhalang daripada alam nyata (al-A’raf [7.27]), manusia tidak boleh berbicara tentang jin kecuali mengikut neraca al-Quran dan al-Sunnah. Tanpa asas keduanya, sebarang kenyataan dan kepercayaan berkaitan jin boleh dianggap sebagai khurafat, tidak berasas, rapuh dan tidak boleh dipegang sama sekali.

Kenyataan itu juga sebenarnya salah dan bercanggah dengan al-Quran, al-Sunnah dan akal yang sihat. Terdapat banyak hujah yang menyangkal kenyataan tersebut:

1) Seperti manusia, jin juga dipertanggung jawabkan dengan taklif agama. Firman Allah:
سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَا الثَّقَلَانِ (31) فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (32)
Ertinya: Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (al-Rahman[55:31-32]).

Dengan taklif agama mereka akan diberikan ganjaran pahala dan balasan dosa atas semua perbuatan baik dan buruk mereka. Perbuatan baik pastinya akan diberikan ganjaran syurga, manakala perbuatan jahat akan diberikan balasan neraka di akhirat kelak. Sekiranya kenyataan di atas diterima, nescaya semua jin walaupun yang soleh akan tetap dihumban ke neraka. Kezaliman sebegini juga mustahil bagi Allah yang Maha Adil.

2) Allah mengiktiraf ada jin yang soleh dan layak ke syurga. FirmanNya:
وَأَنَّا مِنَّا الصَّالِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَلِكَ كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا
Ertinya: `Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan (al-Jinn[72:11]).
Juga firmanNya:
وَأَنَّا مِنَّا الْمُسْلِمُونَ وَمِنَّا الْقَاسِطُونَ فَمَنْ أَسْلَمَ فَأُولَئِكَ تَحَرَّوْا رَشَدًا
Ertinya: `Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar, (al-Jinn[72:14]).

3) Allah mengiktiraf para utusan, pendakwah dari golongan Jin (Tafsir Ibn Kathir pada tafsiran ayat berikut):
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آَيَاتِي وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا شَهِدْنَا عَلَى أَنْفُسِنَا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَشَهِدُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِينَ
Ertinya: WAHAI SEKALIAN JIN DAN MANUSIA! BUKANKAH TELAH DATANG KEPADA KAMU PARA RASUL DARI KALANGAN KAMU SENDIRI, yang menyampaikan kepada kamu ayatKu (perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? (al-An’am [6:130]).

Mereka ini adalah generasi awal jin yang memeluk Islam setelah mendengar nabi SAW membaca al-Quran, firmanNya:
وَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآَنَ فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوا أَنْصِتُوا فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوْا إِلَى قَوْمِهِمْ مُنْذِرِينَ (29) قَالُوا يَا قَوْمَنَا إِنَّا سَمِعْنَا كِتَابًا أُنْزِلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَى مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى طَرِيقٍ مُسْتَقِيمٍ (30) يَا قَوْمَنَا أَجِيبُوا دَاعِيَ اللَّهِ وَآَمِنُوا بِهِ يَغْفِرْ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ وَيُجِرْكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (31) وَمَنْ لَا يُجِبْ دَاعِيَ اللَّهِ فَلَيْسَ بِمُعْجِزٍ فِي الْأَرْضِ وَلَيْسَ لَهُ مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءُ أُولَئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ (32)
Ertinya: Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. Mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (ugama Islam). "Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. "Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka dia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja dia melarikan diri) di bumi, dan dia tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - sebagai pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata” (al-Ahqaf [46:29-32]).

4) Generasi awal jin diiktiraf sebagai para sahabat nabi oleh ulama Hadith. Mereka juga menyenaraikan generasi awal jin ini dalam senarai para sahabat nabi. Antara yang disebut adalah: Zawba’ah, al-Arqam, al-Adras, Hasir, Khasir dan sebagainya (al-Isabah fi Ma’rifat al-Sahabah & Mustadrak al-Hakim dalam tafsir surah al-Ahqaf).

Sekiranya kenyataan tersebut dipakai, nescaya kita akan menghukum para sahabat nabi sebagai makhluk yang jahat, sedangkan para ulama’ sepakat menyatakan para sahabat semuanya adil (Dr. Muhammad Abu Layth,’Ulum al-hadith, Asiliha Wa Mu’asiriha, ms 103).

Selain itu banyak sekali ayat al-Quran yang menyokong fakta keadilan para sahabat nabi seperti seperti (al-Tawbah[9:100], al-Fath[48:18], al-Hasyr[59:8-9]). Huraian lanjut mengenai perkara ini sudah dibincangkan pada bab kelima terdahulu.

5) Nabi SAW memuji para sahabatnya dari kalangan jin yang sensitif terhadap ayat Allah ketika mendengar surah al-Rahman. Sebuah hadith menyebut:
خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَصْحَابِهِ فَقَرَأَ عَلَيْهِمْ سُورَةَ الرَّحْمَنِ مِنْ أَوَّلِهَا إِلَى آخِرِهَا فَسَكَتُوا فَقَالَ لَقَدْ قَرَأْتُهَا عَلَى الْجِنِّ لَيْلَةَ الْجِنِّ فَكَانُوا أَحْسَنَ مَرْدُودًا مِنْكُمْ كُنْتُ كُلَّمَا أَتَيْتُ عَلَى قَوْلِهِ
{ فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ } قَالُوا لَا بِشَيْءٍ مِنْ نِعَمِكَ رَبَّنَا نُكَذِّبُ فَلَكَ الْحَمْدُ
Ertinya: Rasulullah keluar membaca surah al-Rahman kepada para sahabatnya dari awal sehingga akhir surah. Mereka hanya diam. Baginda lalu bersabda: Aku pernah membacanya (surah al-Rahman) kepada para jin pada malam jin (malam baginda bertemu dan berdakwah kepada para jin). Reaksi mereka jauh lebih baik berbanding kamu semua. Setiap kali aku membaca (فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ -Maka yang mana satukah antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan - wahai umat manusia dan jin?) *, mereka akan berkata: Tiada satupun antara ni’matMu wahai Tuhan kami yang kami dustai, maka bagiMu sahajalah segala pujian (Sunan al-Tirmidhi & Tafsir Ibn Kathir).
ayat ini berulang sebanyak 31 kali dalam surah al-Rahman.

6) Allah menyediakan syurga untuk manusia dan jin yang beriman. FirmanNya:
فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ
Ertinya: Dalam syurga itu terdapat bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), YANG TIDAK PERNAH DISENTUH SEBELUM MEREKA OLEH MANUSIA DAN JIN; (al-Rahman[[55:56]).

Ayat ini menunjukkan jin yang beriman dan beramal soleh seperti manusia layak ke syurga (Tafsir Ibn Kathir &Tafsir al-Qurtubi pada tafsiran (al-Rahman[[55:56]).

 Rencana penulis berkaitan tajuk ini pernah disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 28 Januari 2011.


KESIMPULAN

1) Kenyataan yang mengatakan “sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia” adalah tidak berasas, khurafat dan perlu dibendung penularannya.

2) Kenyataan tersebut secara tidak langsung menzalimi golongan jin Islam yang soleh. Banyak hujah yang menyangkal kenyataan tersebut, antaranya:
 Jin juga dipertanggungjawabkan dengan taklif agama Allah yang memungkinkan mereka ke syurga atau neraka.
 Allah mengiktiraf kewujudan golongan jin yang soleh dan layak ke syurga.
 Allah mengiktiraf para utusan, pendakwah dari golongan Jin.
 Generasi awal jin yang memeluk Islam di tangan Rasulullah diiktiraf sebagai para sahabat nabi oleh ulama Hadith.
 Nabi SAW memuji para sahabatnya dari kalangan jin yang sensitif terhadap ayat Allah ketika mendengar surah al-Rahman.
 Allah menyediakan syurga untuk manusia dan jin yang beriman.

Petikan dari buku AYAT-AYAT SYAITAN - BAB 10.

Buku ini sudah dihentikan penerbitannya oleh PTS. Saya sedang berusaha edit untuk terbitan semula. Doakan!

Location via Google Maps

Kalam Indah

Sumbangan Dana

Sumbangan Dana

Rawatan Bangunan

RAWATAN RUMAH & BANGUNAN

Rawatan rumah/ bangunan dijalankan pada HARI KHAMIS (Minggu Pertama & Ketiga) bermula dengan Solat Maghrib sehingga Solat Isyak di tempat tersebut.


Borang rawatan rumah & bangunan boleh diambil dan diisi di Pusat Rawatan Kecil Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi.

Bidara Syifa - 012 344 7697

Bidara Syifa -  012 344 7697
Hubungi Ust Kamil

Wangian Doa Syifa'

Wangian Doa Syifa'

Jual Beli Hartanah

Vitamin Untuk Kesihatan

Artikel Pilihan