Sehari di Seminar Herba untuk Kesihatan dan Kesejahteraan

Pada 11 November 2014 (Selasa), pihak Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi telah menghantar 3 orang wakil perawat ke Seminar Herba untuk Kesihatan dan Kesejahteraan anjuran Institut Pembangunan Bioproduk UTM.

Seminar yang berlangsung di UTM KL ini disertai oleh peserta dari pelbagai latar belakang termasuk usahawan herba, pegawai FRIM, mahasiswa dan lain-lain.


Berikut adalah gambar sekitar seminar

Poster seminar

Prof. Ramlan Aziz
Pengarah Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) UTM
"Ke arah Industri Herba yang Berimpak kepada Komuniti"

 Prof. Dr. Mohd Roji Sarmini
Timbalan Pengarah Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) UTM
"Nutrien untuk Kesihatan"

Prof. Madya Dr. Azila Abd Aziz
Pengurus Cawangan Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) UTMKL
"Herba dalam Kosmetik"

Ustaz Wan Asrul Affendi Wan Hussein
Penasihat Pusat Rawatan al-Fatah Melaka
"Manfaat Pemakanan Sunnah dalam Kehidupan"

Prof. Dr. Latifah Abd Latiff
Pengarah Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE), 
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM
"Penggunaan Herba untuk Mengekalkan Kesihatan dan 
Mencegah Penyakit-penyakit Kronik"

Gambar peserta yang turut hadir 

wakil Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi dan staf Syarikat Thoyyib Pharma Industries (Nilai)

Tujuan pihak DSBBST menghantar wakil perawat ke seminar tersebut adalah bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan perawat berkenaan dengan herba iaitu dari sudut khasiat, cara penggunaan dan teknik perawatan.


Sehari di Seminar Herba untuk Kesihatan dan Kesejahteraan Sehari di Seminar Herba untuk Kesihatan dan Kesejahteraan Reviewed by dsbbst on 00:47 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.