Tanggal 15 Mei 2012 ini, genaplah setahun Darussyifa’ Bandar Baru Salak Tinggi beroperasi. Selama setahun ini dengan kekuatan modal insan seramai 25 ahli Darussyifa’ yang telah sempurna diijazah, dengan penuh ikhlas dan iltizam mereka mengharungi cabaran dan dugaan merintis sebuah impian bagi merealisasikan cita-cita dan perjuangan, pengasasnya ikon ulamak tanahair Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din.
Berbekalkan doa Tuan Guru ketika menyerahkan premisnya untuk dijadikan gelanggang perjuangan ini “sir ala barakatillah”, anak-anak muridnya yang dapat dikumpulkan di sekitar daerah Sepang dan Nilai ini dari pelbagai profesion; guru, imam, pensyarah, pentadbir, usahawan, hakim, pekerja am, pelajar dan penjawat awam dengan semangat jitu menyahut cabaran ini.
Pada peringkat awalnya, tiada sebarang dana kewangan dan modal permulaan, hanya berbekalkan usaha dan bantuan masyarakat setempat prasarana asas pusat rawatan ini dapat dibangunkan. Hasil jualan air doa dan sumbang peribadi masyarakat setempat sedikit demi sedikit pusat rawatan ini dibangun dan dimajukan sehinggalah pusat rawatan ini berjaya menyediakan tempat rawatan yang kondusif dan berinformasi kepada pengunjungnya dalam tempoh lima bulan pertama beroperasi. Sehingga ini kos pembangunannya telah menelan belanja hampir RM40,000.00.
Darussyifa BBST juga telah disempurnakan perasmiannya pada 12 Februari 2012 oleh Pengasas dan Penasihat Darussyifa’ Malaysia yang juga pemilik premis Darussyifa’ ini Yang Berbahagia Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din ( Hafizohullah).
Di kesempatan ini, kami merakamkan jutaan terimakasih kepada semua penyumbang dan penderma untuk memaju dan meninggikan syiar Allah melalui Darussyifa’ ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati amalan kita semua.
Kepada sahabat-sahabat seperjuangan semua; teruskan berjihad pada jalanNya, semoga Allah memberi kekuatan pada kita semua untuk memberikan khidmat rawatan Islam secara percuma kepada masyarakat yang memerlukan khidmat. Kerana kita yakin sepenuhnya apa yang Allah balas kepada kita adalah lebih baik daripada apa yang dapat dibalas oleh manusia kepada kita.
Akhir kalam, kami Darussyifa’ BBST memohon ke hadrat Ilahi supaya dianugerahkan kesembuhan dan kesejahteraan kepada Tuan Guru kita tersayang dan kami doakan semoga semua tempat pusat rawatan Islam Darussyifa’ di seluruh tanahair bergerak maju menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat.
Waffaqonallahu jamian fi ma tuhibbu ta watardho.
Sekian, terimakasih. Wassalam.
Hamdan B Muda
Pengerusi,
Darussyifa’ Bandar Baru Salak Tinggi
Secebis kenangan
Hidangan paling istimewa
khusyuk menonton video sambil menunggu jamuan
semua masih bujang
bahagian wanita dan kanak-kanak
taklimat ringkas dari Pengerusi Darussyifa' BBST
lamanyer, bila nak makan?
antara juadah yang melazatkan
selepas setahun
Menelurusi Setahun Penubuhan Darussyifa BBST
Reviewed by dsbbst
on
02:49
Rating:
No comments: