Pengubatan Islam
Satu ikhtiar penyembuhan penyakit jasmani dan rohani, oleh seorang Islam yang
mahir dalam kaedah rawatan dengan mengunakan ayat-ayat Al-Quran atau hadis,
atau amalan salaf al-soleh, dan ulamak muktabar, atau kesemuanya sekali serta
mengunakan kaedah-kaedah atau bahan-bahan yang dibenarkan syarak.
Ruqyah
Doa yang berasaskan ayat-ayat Al-Quran dan hadis, yang bertepatan dengan
syarak bagi tujuan pengubatan dan kesejahteraan atau kebaikan.
Penyakit jasmani atau fizikal
Penyakit jasmani atau fizikal ialah jenis penyakit yang telah di kenalpasti oleh
pengamal Perubatan Alopati.
Penyakit rohani
Penyakit yang tidak dapat dipastikan penyebabnya walaupun telah berjumpa
dengan pengamal Perubatan Alopati seperti kemurungan yang melampau, was-
was, baran yang melampau, resah, anxiety dan lain-lain.
Penyakit qolbu
Penyakit-penyakit atau sifat-sifat mazmumah yang ada dalam hati manusia seperti
Gangguan makhluk halus
Satu bentuk gangguan terhadap pesakit dari segi perasaan, kesihatan, dan tingkah
lakunya dengan gejala dan tanda yang mana puncanya tidak dapat dikesan oleh
Perubatan Alopati.
Makhluk halus
Sebahagian daripada makhluk Allah SWT seperti jin dan syaitan yang tidak dapat
dilihat dengan mata kasar.
Sihir / santau
Satu ilmu yang menghasilkan kesan luar biasa yang tidak dapat diterangkan
puncanya secara logik, yang terhasil melalui penglibatan jin, syaitan dan iblis
dengan mengunakan peralatan dan kaedah yang tertentu.
Jampi
Kata-kata, seruan, mentera dan serapah yang diucapkan dan bercanggah dengan
syarak untuk tujuan penyembuhan penyakit atau lain-lain (contohnya untuk memuja
jin dan roh-roh jahat).
Azimat / tangkal /wafak
Bahan-bahan seperti tulisan, rajah, huruf-huruf, simbol, nombor-nombor atau
bahan dari alam semula jadi seperti bahagian-bahagian daripada tumbuhan, kain,
anggota haiwan, batu, logam dan lain-lain yang dipakai atau disimpan dengan
berkeyakinan dapat memberi kesan kepada penggunanya.
Bedah batin
Prosedur atau amalan pembedahan yang berlawanan dengan prosedur
pembedahan dalam Perubatan Alopati.
Ilmu hitam
Ilmu hitam adalah salah satu daripada ilmu sihir.
Menurun
Satu upacara pemujaan yang melibatkan penyerapan makhluk halus ke dalam
tubuh bagi sebarang tujuan.
Jin
Makhluk Allah yang diciptakan daripada api yang juga dikenali sebagai khadam,
qarin, syaitan, iblis, hantu, rijalul ghaib dan lain-lain.
Pengeras
Sesuatu bahan atau bayaran yang ditetapkan sebagai syarat untuk rawatan.
Sumpah / ikrar / taat setia / bai’ah
Kata-kata, lafaz, pengakuan, jaminan yang bertujuan untuk kebaikan atau
keburukan.
Penunggu
Makhluk halus yang menjaga sesuatu.
Saka
Makhluk halus yang diwarisi dari keturunan secara rela atau tidak.
Al-Ain
Sejenis gangguan syaitan yang berpunca daripada pandangan mata yang dengki
dan sebagainya.
Histeria
Satu bentuk gangguan makhluk halus yang mengakibatkan gangguan emosi dan
kelakuan yang tidak dapat dikawal.
Sampuk
Gangguan kesihatan akibat rasukan makhluk halus.
Pengijazahan
Satu pengiktirafan kepada perawat untuk mengamalkan ilmu yang diterima
daripada guru.
Peralatan perubatan alopati
Peralatan yang telah didaftarkan sebagai alat perubatan, digunakan semasa
prosedur diagnostic, klinikal atau pembedahan dan dilakukan oleh Pengamal
Perubatan Alopati.
Steril (sucihama)
Keadaan peralatan yang telah dibersihkan mengikut piawaian.
Disinfeksi (nyahkuman)
Prosedur pembersihan peralatan menggunakan bahan nyahkuman (antiseptik).
Scan / imbasan penyakit / bahth atau fahs
Satu kaedah mengenalpasti punca penyakit dengan kaedah-kaedah yang tidak
menyalahi syarak. Contoh kaedah yang menyalahi syarak adalah seperti menilik,
meramal dan yang seumpama dengannya.
Diagnosa (diagnosis)
Proses menentukan jenis penyakit.
Tawassul
Bermohon pertolongan dari Allah SWT dengan syafaat Nabi Muhammad SAW dan
keberkatan orang-orang yang soleh.
Salaf al-Soleh
Golongan ulama di kalangan para sahabat, tabii, dan tabii tabiin yang meliputi
kata-kata, perbuatan dan hukum hakam yang lahir pada zaman-zaman tersebut.
Ulamak muktabar
Ulama yang pendapatnya diterima oleh arus perdana Islam, pandangan yang tidak
terpencil dan bersumberkan Al-Quran, sunnah, ijmak, qiyas, dan sumber-sumber
Islam yang lain pada sesuatu zaman.
Mukjizat
Suatu perkara luar biasa (yang mencarik atau berlawanan adat) yang dikurniakan
oleh Allah SWT hanya kepada para Nabi dan RasulNya, yang bersifat hakiki dan
betul-betul terjadi pada waktu yang tertentu, ia yang mesti ditunjukkan kepada
umatnya sebagai bukti kenabian dan kerasulan mereka.
Karamah
Suatu perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada orang yang soleh
yang dikasihi Allah, yang bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada waktu
tertentu secara mendadak semasa hidupnya, tetapi tidak boleh diprogramkan
dan dipertontonkan kepada orang lain dan ianya khusus sebagai tanda kemuliaan
yang diberikan kepada golongan yang taat kepadaNya.
Maunah
Suatu perkara luar biasa yang berupa pertolongan yang dikurniakan oleh Allah
kepada orang-orang tertentu, yang bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada
waktu itu dengan tujuan untuk menambahkan lagi keyakinannya kepada Allah dan
tidak wajar diperhebahkan.
Istidraj
Suatu perkara luar biasa yang dikurniakan Allah dalam keadaan murka kepada
orang fasik atau orang yang selalu membuat maksiat, yang bersifat hakiki dan
betul-betul terjadi dan boleh berterusan, dengan tujuan untuk menambahkan lagi
kesesatannya.
Silap mata
Perkara luar biasa yang boleh dipelajari tetapi tidak dituntut oleh syarak, berlaku
sama ada secara helah, tipu daya atau sihir dengan tujuan/niat memperdayakan
orang lain.
Kasyaf / Ilham / Laduni
Penyingkapan rahsia-rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati. Ia termasuk
karamah yang mencarik adat yang dikurniakan kepada wali Allah SWT dan
mestilah tidak bercanggah dengan kaedah agama dan hukum syarak yang telah
disepakati.
Kahanah
Orang yang boleh meramal perkara yang akan berlaku atau mengkhabarkan
perkara-perkara ghaib dan apa yang tersirat dalam hati dengan pertolongan
makhluk halus.
Arraf
Mendakwa mengetahui perkara-perkara tertentu dengan beberapa pendahuluan
atau petanda seperti mengetahui kecurian, tempat kehilangan dan tempat sesuatu
benda.
Tanasukh al-Arwah
Proses berkomunikasi dengan roh-roh si mati yang didakwa para wali bagi tujuan
Definisi Istilah-istilah Berkaitan Perubatan
Reviewed by dsbbst
on
17:55
Rating:
No comments: