Bolehkah Pukul atau Bunuh Jin? - Pandangan Perawat

Ada yang bertanya tentang jin yang degil, bolehkah dipukul? Kalau dibunuh pula atas sebab apa jin dibunuh? Adakah kesalahan yang mereka buat membolehkah kita bunuh dia? maka ulasan saya begini;

Menangani makhluk ghaib ini memerlukan penelitian yang antara lain;
1. Mengenalpasti jenis apa; iblis, ifrit, syaitan, jin biasa, bunian dsb sebab antara mereka mempunyai ciri-ciri gangguan tersendiri.
2. Sebahagian mereka bertindak kerana membalas dendam atau perintah tukang sihir atau tak sengaja masuk badan akibat kelalaian manusia atau angkara saka dsb.
3. Perawat kena mengambil beberapa pendekatan; mendakwah kpd Islam, menyuruh keluar dari badan pesakit dan hentikan gangguan, membatalkan perjanjian dengan tukang sihir atau pengupah, menyakitinya dengan meneruskan ruqyah, mengancam dengan laknat Allah dan balasan neraka dsb. Jangan asal ganggu saja terus nak bunuh.


4. Memandangkan makluk-makhluk ini bersifat halus. lembut, bersifat etheric dan tidak berjisim seperti manusia, maka pukulan adalah simbolik agar mereka keluar dan kecederaan mereka bukan kerana pukulan tetapi kerana kesan ruqyah ke atas pesakit yang ditepuk atau dipukul menerusi tangan perawat yang membaca ruqyah. Kalau Allah izinkan ia tercedera maka tercederalah ia, kalau diizinkan terbakar maka terbakarlah ia, begitu juga kalau terbunuh. Janganlah kita mendabik dada bahawa kita boleh bunuh jin dsb seolah-olah mengambil tempat dan hak Allah swt. 
5. Memandangkan makhluk-makhluk ini berakal, berkemampuan bergerak dan berlari dalam badan dan saluran darah manusia, maka mereka boleh beralih tempat setelah dipukul dan adakalanya memperdayaa perawat seolah-olah pesakit merasai kesakitan pada anggota tertentu, sedangkan jin sudah keluar atau berpindah tempat, maka disangka tempat tertentu ada jin berkumpul, maka dipukul bertalu-talu di tempat itu. 
6. Memahami helah dan tipudaya makhluk-makhluk bukan saja menerusi dialog atau interaksi sewaktu rawatan, bahkan secara perbincangan, khususnya yang beriman dan bertaubat untuk tidak mengkhianati manusia lagi. 
7. Sentiasa memohon petunjuk Allah sepanjang sesi rawatan agar penipuan makhluk-makhluk tersebut terbongkar dan perawat dapat mengambil langkah berjaga-jaga.
Wallah a`lam
Artikel ini adalah pandangan peribadi Dr Abdullah Yusuf (Perawat Darussyifa') boleh rujuk pandangan beliau di laman web beliau: http://abdy-darussyifa.blogspot.com/
Bolehkah Pukul atau Bunuh Jin? - Pandangan Perawat Bolehkah Pukul atau Bunuh Jin? - Pandangan Perawat Reviewed by dsbbst on 03:01 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.