1) Produk herba lazimnya ditakrifkan sebagai mengandungi bahan semulajadi herba, rempah, tumbuh-tumbuhan beraroma dan berubat, di samping hasilan laut dan haiwan. Bahan mentah, ekstrak dan minyak daripada tumbuhan herba digunakan dengan meluas dalam makanan dan minuman, bahan farmaseutikal, ubat tradisional, bahan penjagaan kesihatan, makanan kesihatan (nutriceutical), kosmetik dan produk penjagaan diri (toiletries).
2) Takrifan Herbalist : Herba ialah tumbuhan yang boleh digunakan sebagai bahan makanan, ubatan dan bahan aroma. Ini bermaksud, tidak hanya tumbuhan renek, bahkan pokok yang berkayu juga boleh di takrifkan sebagai herba jika ada potensi bagi mana-mana tiga kegunaan tersebut.
------------------------------------
Ini adalah sebahagian daripada isi pembentangan Dato' Abdul Rashid Bin Mat Amin (Lujnah Penyelidikan & Pembangunan), Darussyifa' Pusat yang bertajuk "Pengenalan Kepada Penggunaan Herba dan Tumbuh-tumbuhan".
Untuk bacaan lanjut, anda boleh memuatturun slaid pembentangan yang lengkap (klik sini). Semoga ia bermanfaat dan mohon sebarkan
Pengenalan Penggunaan Herba dan Tumbuhan
Reviewed by dsbbst
on
02:50
Rating:
No comments: