Hukum Interaksi Dengan Jin: Membunuh, Menarik Keluar, Memerangkap Jin
Membunuh Jin
Teknik membunuh jin kerap digunakan dalam merawat penyakit berkaitan rasukan makhluk halus. Perawat akan menggunakan pelbagai cara untuk membunuh jin yang mendiami tubuh pesakit. Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk membunuh jin seperti menyembelih jin dengan menggunakan alatan tertentu seperti kayu atau rotan, dilakukan isyarat sembelihan, meracun jin menggunakan air ruqyah dengan niat meracun jin yang berada dalam tubuh pesakit, atau membakar jin menggunakan ayat-ayat ruqyah (Khadher, A., & Rushdi, R. Hukum Semasa Dalam Rawatan Islam: Isu Terhadap Pengamalan Kaedah “Scanning” dalam Rawatan Penyakit Gangguan Makhluk Halus)
Namun, adakah manusia boleh membunuh jin sesuka hati dan benarkah jin dapat dibunuh dengan kaedah tersebut? Berhubung dengan membunuh jin, terdapat hadith yang menceritakan tentang seorang pemuda yang telah membunuh jin yang menyerupai seekor ular hitam sehingga menyebabkan beliau terbunuh. “Abu Sa‘id r.a. melanjutkan ceritanya: ‘Kami menghadap Rasulullah (s.a.w) dan menceritakan kejadian itu kepada baginda. Lalu kami berkata kepadanya: “ Mohonlah kepada Allah (s.w.t) agar menghidupkan kami dengan kebahagiaan kami. Baginda menjawab: “Mohonlah ampun untuk sahabat kalian itu.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya di Madinah terdapat golongan jin yang telah masuk Islam, maka jika kalian melihat sebahagian mereka –dalam rupa ular– berilah peringatan tiga hari. Apabila kamu masih melihatnya setelah itu, bunuhlah ia kerana sebenarnya itu adalah syaitan .” (Riwayat Imam Muslim r.a.)
Pada pandangan pengkaji, jin dapat dibunuh secara pasti apabila ia berupa sesuatu makhluk Allah seperti anjing hitam, kala jengking ataupun ular sepertimana dijelaskan dalam hadith. Walaupun demikian, apabila membunuh jin dengan keadaan asal kejadiannya, perkara ini sangat meragukan kerana tidak ada bukti yang jelas menunjukkan bahawa jin itu benar- benar telah terbunuh, tidak pula dapat dilihat dengan mata kasar dan kemungkinan besar ia penipuan semata-mata.
Menarik Keluar Jin
Kaedah menarik keluar atau menyedut jin adalah kaedah yang dilakukan oleh perawat dengan melakukan isyarat menarik menggunakan tangan pada bahagian kaki atau mana-mana anggota badan pesakit sambil membaca ruqyah tertentu. Kaedah ini dilaksanakan setelah perawat mengenalpasti keberadaan jin dalam tubuh pesakit dan ia enggan untuk berunding secara baik serta tidak mahu keluar dari tubuh pesakit.
Berhubung dengan masalah ini, pengkaji melihat bahawa jika dikatakan benar-benar menarik keluar seekor jin itu dari tubuh seseorang kemungkinan ia adalah perkara yang tidak logik. Namun, apa yang diperhatikan dan difahami perawat hanya melakukan isyarat tarik sahaja dengan menggunakan tangan dengan disertakan arahan supaya jin tersebut segera meninggalkan tubuh pesakit itu.
Dalam konteks tersebut, terhadap hadith yang menyebutkan bahawa Nabi (s.a.w) mengarahkan agar syaitan yang merasuk dalam tubuh seseorang sahabat itu keluar. Daripada ‘Uthman bin Abi al-‘As r.a. berkata: Maksudnya: “Ketika Rasulullah (s.a.w) melantik aku sebagai gabenor di Taif, ada sesuatu yang mendatangiku di dalam solat sehingga aku tidak mengetahui solatku itu. Apabila aku melihat keadaan demikian, aku pergi menemui Nabi (s.a.w). Baginda bertanya (kepadaku): “(Kamu) Ibn Abi al-‘As?” Aku menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Sabda Nabi (s.a.w): “Apakah yang menyebabkan engkau datang kemari?” Aku menjawab: “Wahai Rasulullah, ada sesuatu yang mendatangiku ketika dalam solatku sehingga aku tidak mengetahui hal keadaan solatku itu.” Sabda Nabi (s.a.w): “Itu adalah syaitan (yang mengganggu mu), dekatkan lah dirimu”. Maka aku mendekati baginda (s.a.w) dan aku duduk dihujung atas tapak kakiku.” Lalu baginda (s.a.w) memukul dadaku dengan tangannya dan meludahi mulutku, sambil berkata: “Keluarlah wahai musuh Allah!” Baginda mengulanginya tiga kali lalu bersabda: “Kembalilah kepada tugasmu”. Kata Uthman: “Sesungguhnya aku tidak menyangka ada lagi yang menggangguku selepas itu .” (Riwayat Imam Ibnu Majah r.a.)
Oleh itu, dalam konteks menarik keluar jin dari tubuh seseorang, pengkaji melihat bahawa perawat hanya melakukan isyarat untuk menarik sahaja dan belum tentu jin mengikut arahan yang diberikan untuk keluar dari tubuh tersebut. Hal ini bermakna, kaedah ini boleh dilakukan dengan arahan yang jelas disertakan dengan isyarat menarik keluar, tetapi dari sudut kesahihan sama ada jin itu benar-benar keluar atau tidak dari tubuh badan pesakit itu hanya berserah pada Allah (s.w.t). Mungkin selepas tarikan itu dibuat, perawat perlu membacakan ruqyah lagi bagi mengetahui keadaan sebenar pesakit.
Memerangkap Jin
Kaedah memerangkap jin ini dilakukan setelah proses rundingan antara perawat dengan jin yang menguasai tubuh pesakit gagal dan enggan keluar secara baik dari tubuh. Perawat akan memasukkan tapak tangan sehingga pergelangan tangan pesakit ke dalam balang kaca tersebut dan ditarik jin masuk ke dalam botol itu sambil membaca ruqyah serta menggunakan isyarat tangan menarik jin ke dalam balang kaca itu Berhubung dengan kaedah memerangkap jin, tiada dalil yang menyatakan bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah berbuat demikian.
gambar hiasan |
Walaupun begitu, terdapat hadith yang menyebutkan bahawa Nabi (s.a.w) pernah bercadang untuk menangkap ifrit atau iblis yang datang mengganggu baginda solat. Namun, apabila baginda teringat doa Nabi Sulaiman (a.s), baginda membatalkan niat tersebut. Dari hadith berkenaan dapat difahami bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) hanya berusaha untuk mengelak atau berlindung daripada gangguan itu, bukan bertujuan untuk menangkap atau memerangkap jin tersebut. Bahkan, secara logik akalnya, golongan jin ini tidak terperangkap dengan sesuatu bekas kerana mereka bebas bergerak dan dapat menembusi sesuatu jirim atau benda (Khadher, A., & Ishak, S. Hadith-Hadith Mengenai Sihir dan Rawatannya dalam Al-Kutub Al-Sittah: Satu Analisis Kualitatif) & (Khadher, A., & Mohd Farhan, M. A. Khurafat Tahyul dan Teknik Mistik dalam Rawatan Alternatif)
Oleh yang demikian, menangkap jin dan mengurungnya dalam sesuatu bekas adalah perkara yang meragukan sehingga tidak terdapat bukti jelas bahawa golongan tersebut dapat diperangkap sedemikian rupa.
Sumber: Seni Perubatan Alternatif Di Malaysia: Analisis Permasalahan Metode Rawatan
Mohd Farhan Md Arifin, Khadher Ahmad, Nor Izati Samsudin, Mohamad Zaim Isamail &
Muhammad Ikhlas Rosele
Hukum Interaksi Dengan Jin: Membunuh, Menarik Keluar, Memerangkap Jin
Reviewed by dsbbst
on
09:23
Rating:
Saya penderita sihir, selama 20 tahun ini saya di serang setiap hari, Badan saya terasa Panas Menggelegak, Kaki terasa seperti terkena renjatan elektrik, Di hidung terasa seperti di Cucuk Jarum, Di Mata-Telinga-Leher seperti ada benda Panas yang begerak-gerak, dibahagian Belakang Kepala Terasa berat - Sakit. Di sebelah Malam tidur saya diganggu, saya hanya dapat tidur 2 jam setiap hari. Penyihir itu telah mengunci dengan sihir, fikiran saya - hati - mata dan mengetahui dimana saya pergi - Dengan siapa saya berjumpa. saya sangat bimbang diperangkap.Mohon doakan..
ReplyDeleteLemal
pergi buast rawatan islam...amalkan bismillah 5, terutama pada ayat bismillahillazi layadhuru...ayat kursi (baca 9 wakaf), yasif ayat 1-insyaAllah
DeleteMasyallah...sebenarnya sihir INI tiada kekuatan pun melainkan diri kita yg lalai dan alpa...apapun Allah syg dgn diberi ujian sebegini...berjumpalah dan rawat dgn perubatan islam... Insyallah pulih la nti
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteCuba amalkan bacaan zikir Ratib Alhadad dan manzil.
ReplyDeleteNiat ruqyah diri Dari segala gangguan dan buatan sihir.
Alhamdulillah kesan2 sihir dibadan saya kurang.
Saya juga amalkan ayat 7 untuk Pagar diri.
In Sha Allah semoga diberi kesembuhan.
KISAH CERITA AYAH SAYA SEMBUH BERKAT BANTUAN ABAH HJ MALIK IBRAHIM
ReplyDeleteAssalamualaikum saya atas nama Rany anak dari bapak Bambang saya ingin berbagi cerita masalah penyakit yang di derita ayah saya, ayah saya sudah 5 tahun menderita penyakit aneh yang tidak masuk akal, bahkan ayah saya tidak aktif kerja selama 5 tahun gara gara penyakit yang di deritanya, singkat cerita suatu hari waktu itu saya bermain di rmh temen saya dan kebetulan saya ada waktu itu di saat proses pengobatan ibu temen saya lewat HP , percaya nda percaya subahana lah di hari itu juga mama temen saya langsung berjalan yang dulu'nya cuma duduk di kursi rodah selama 3 tahun,singkat cerita semua orang yang waktu itu menyaksikan pengobatan bapak kyai hj Malik lewat ponsel, betul betul kaget karena mama temen saya langsung berjalan setelah di sampaikan kepada hj Malik untuk berjalan,subahanallah, dan saya juga memberanikan diri meminta no hp bapak kyai hj malik, dan sesampainya saya di rmh saya juga memberanikan diri untuk menghubungi kyai hj Malik dan menyampaikan penyakit yang di derita ayah saya, dan setelah saya melakukan apa yang di perintahkan sama BPK kyai hj Malik, 1 jam kemudian Alhamdulillah bapak saya juga langsung sembuh dari penyakitnya lewat doa bapak kyai hj Malik kepada Allah subahanallah wataala ,Alhamdulillah berkat bantuan bpk ustad kyai hj Malik sekarang ayah saya sudah sembuh dari penyakit yang di deritanya selama 5 tahun, bagi saudara/i yang mau di bantu penyembuhan masalah penyakit gaib non gaib anda bisa konsultasi langsung kepada bapak kyai hj Malik no hp WA beliau 0823-5240-6469 semoga lewat bantuan beliau anda bisa terbebas dari penyakit anda. Terima kasih