Hukum Memakan Tapai




Soalan: 
Assalamualaikum,masyarakat Islam di negeri saya memakan sejenis makanan yang dikenali sebagai tapai iaitu nasi yang diperam, pulut atau ubi kayu. Makanan ini mengandungi 5-10% alcohol. Seorang guru agama memberitahu saya ia halal' dimakan,selagi alkohol tersebut bukan dihasilkan daripada anggur. Adakah mana-mana fatwa mengenainya? 
S.Abdul Malik, Malaysia. 

Jawapan: 
Assalamualaikum tuan S Abdul. Fatwa guru anda itu salah sama sekali. Mana-mana produk yang diperam atau ditapaikan dengan cara anaerobic (tanpa kehadiran oksigen) mengeluarkan etil alkohol, dan oleh itu adalah haram. Jika produk itu ditapaikan dengan oksigen, ia dipanggil aerobik, dan mengeluarkan asid asetik (seperti cuka) dan tidak mengapa. Alkohol boleh dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan dan bukan hanya anggur. Anda boleh mendapat alkohol daripada epal, nasi, pic nenas, mangga, barli dan berjuta-juta lagi tumbuhan lain. Semua alkohol adalah memabukkan dan oleh itu adalah haram, tidak kira berapa banyak kandungan alkohol itu (hatta 0.5% pun adalah haram). Terima kasih kerana bertanya dan Wallahu a 'alam bishshawab. 

Jawapan: 
الحمدالله حمدا يوافى نعمه ويكافئ مزيده، اللهم صل وسلم على سيدنا ومولانا محمد وعلى آل سيدنا محمد صلاة تحيينا بها حياة طيبة ترضاها وتجعلنا بها هداة مهديين غير ضآلين ولامضلين، وبعد

Kenyataan yang diperolehi daripada mesej tersebut yang mengatakan bahawa tapai itu mengandungi alkohol adalah benar. Walau bagaimanapun untuk menghukumkan bahawa tapai tersebut haram dimakan kerana ia mengandungi alkohol dengan nisbah kandungannya seperti yang dinyatakan di dalam mesej tersebut adalah tidak memadai, bahkan ia memerlukan penjelasan yang terperinci. 

Pembuatan atau penyediaan makanan seperti tapai, sehingga terjadinya alkohol adalah termasuk dalam proses penapaian (fermentation). Alkohol yang wujud dalam tapai berkenaan jika belum sampai kepada tahap alkohol yang boleh memabukkan, maka tapai itu tidak haram dimakan.

Kedudukan perkara ini boleh disamakan dengan penyediaan nabidz. Nabidz ialah nira atau tuak daripada perahan buah¬buahan atau biji-bijian seperti anggur, kurma dan sebagainya. Dalam hal ini banyak hadis yang menjelaskan bahawa terdapat tahap-tahap atau peringkat-peringkat pemerosesan nabidz itu dianggap halal atau masih halal diminum dan ada peringkatnya ia sudah tidak lagi halal diminum kerana sudah mendidih (ada padanya unsur memabukkan). Hadis-hadis berkenaan adalah seperti berikut:

عن يحيى بن عبيد، أبي عمر البهرانى، قال: سمعت ابن عباس يقول: كان رسول الله عليه وسلم ينتبذ له اول الليل، فيشربه، إذا أصبح يومه ذلك، والليلة التى تجئ، والغد والليلة الأخرى والغد إلى العصر. فإن بقى شيئ، سقاه الخادم أو أمر به فصب.
(رواه مسلم)

Maksudnya: "Daripada Yahya bin Ubaid, Abu Umar al-Bahraniy, dia berkata: "Aku mendengar Ibnu 'Abbas berkata: "Biasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dibuatkan nabidz pada permulaan malam dan Baginda meminumnya di waktu pagi, hari itu dan malamnya, pada pagi (esoknya) dan malam berikutnya, serta keesokannya lagi sampai waktu Asar. Jika masih berbaki, maka Baginda berikan kepada khadam (pelayan) atau Baginda suruh membuangnya. 
(Hadis riwayat Muslim) 

عن ابن عباس، قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم ينقع له الزبيب. فيشربه اليوم والغد وبعد الغد إلى مساء الثالثة. ثم يأمر به فيسقى أو يهراق.
(رواه مسلم) 

Maksudnya: "Daripada Ibnu 'Abbas, beliau berkata: "Biasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam direndamkan untuk Baginda anggur kering (kismis), lalu Baginda meminumnya pada hari itu, keesokan harinya dan besoknya lagi hingga petang hari ketiga. Kemudian Baginda menyuruh berikan kepada orang lain atau ditumpahkan. " 
(Hadis riwayat Muslim) 

عن ابن عباس قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم ينبذ له الزبيب فى السقاء. فيشربه يومه والغد وبعد الغد. فإذا كان مساء الثالثة شربه وسقاه. فإن فضل شيئ اهراقه.
(رواه مسلم) 

Maksudnya: "Daripada Ibnu 'Abbas, beliau berkata: "Biasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dibuatkan nabidz kismis dalam gereba (bekas menyimpan air yang diperbuat daripada kulit binatang), lalu Baginda meminumnya pada hari itu, keesokan harinya dan besoknya lagi. Pada waktu petang hari ketiga, Baginda meminumnya dan memberikannya kepada orang lain. Jika masih ada berbaki, 

Baginda membuangnya. " 
عن يحيى أبى عمر النخعى قال: سأل قوم ابن عباس عن بيع الخمر وشرائها والتجارة فيها ؟
فقال: أمسامون أنتم ؟
قالوا:نعم.
قال: فإنه لا يصلح بيعها ولا شرائها ولا التجارة فيها.
قال: فسألوه عن النبيذ ؟ فقال: خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم فى سفر. ثم رجع وقد نبذ ناس من أصحابه فى حناتم ونقير ودباء. فأمر به فاهريق. ثم أمر بسقاء فجعل فيه زبيب وماء. فجعل من الليل فأصبح. فشرب منه يومه ذلك وليلته المستقبلة. ومن الغد حتى أمسى. فشرب وسقى. فلما أصبح أمر بما بقى منه فأهريق.
(رواه مسلم)

Maksudnya: "Daripada Yahya Abu Umar an-Nakha 'i berkata: 
"Ada satu kumpulan orang bertanya kepada Ibnu 'Abbas tentang memperjualbelikan dan memperdagangkan khamr." Ibnu 'Abbas bertanya: "Apakah kalian orang-orang Islam?"
Mereka menjawab: "Ya!" Ibnu 'Abbas berkata: "Tidak boleh memperjual belikan dalam memperdagangkannya. " Berkata Yahya Abu Umar an-Nakha 'iy: "Mereka bertanya lag tentang nabidz, " Ibnu 'Abbas menjawab: "Pernah Rasulullah Shallallahu 'alaih wasallam keluar dalam suatu perjalanan. Ketika Baginda( pulang, ada beberapa orang sahabat Baginda telah memproses dan menyimpan nabidz dalam tempayan-tempayan, kayu-kayu) yang dilubangi dan wadah daripada kulit labu, Lalu Baginda menyuruh menumpahkannya. Kemudian Baginda meminta gereba (bekas air diperbuat daripada kulit), lalu di dalamnya diletakkan kismis dan air. Rendaman kismis itu dibiarkan semalaman. Baginda meminumnya pada keesokan harinya dan malamnya, serta besoknya lagi sampai petang. Baginda minum dan memberikannya kepada orang lain. Ketika datang pagi, berikutnya, sisa rendaman kismis itupun ditumpahkan. " (Hadis riwayat Muslim)

عن ثمامة (يعنى ابن حزن القشيرى) قال: لقيت عائشة فسألتها عن النبيذ؟ فدعت عائشة جارية حبشية فقالت: سل هذه. فإنها كانت تنبذ لرسول الله صلى الله عليه وسلم فقالت الحبشية كنت أنبذ له فى سقاء من الليل. وأوكيه وأعلقه فإذا أصبح شرب منه.
(رواه مسلم)

Maksudnya: "Daripada Tsamamah (yakni Ibnu Hazn al-Qusyairiy): "Aku bertemu 'Aisyah, lalu aku bertanya kepada beliau ten tang nabfdz. 'Aisyah memanggil seorang jdriyah (budak perempuan) Habsyi dan berkata: "Tanyalah kepada orang ini kerana dialah yang biasa membuatkan nabfdz untuk Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam". Jariyah itu berkata: "Aku biasa membuatkan nabidz untuk Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dalam gereba di malam hari. Lalu gereba itu aku ikat dan aku gantungkan. Keesokan harinya, barulah Baginda minum nabidz itu. "(Hadis riwayat Muslim) 

عن عائشة قالت كنا ننبذ لرسول الله صلى الله عليه وسلم فى سقاء يوكى أعلاه، ننبذه غذوة، فيشربه عشاء، وننبذه عشاء، فيشربه غدوة.
(رواه مسلم)

Maksudnya: "Daripada 'Aisyah, beliau berkata: "Biasanya kami membuatkan nabidz untuk Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dalam gereba (bekas air daripada kulit) yang diikat bahagian atasnya, dan gereba itu mempunyai mulut. Kami membuat nabidz di pagi hari, lalu Baginda meminumnya di waktu 'Isya'. Kalau kami membuatnya di waktu 'Isya " Baginda meminumnya di pagi hari. " (Hadis riwayat Muslim)

AI-Imam an-Nawawi ketika menghuraikan hadis-hadis tersebut, berkata: 

فى هذه الأحاديث دلالة على جواز الانتباذ وجواز شرب النبيذ ما دام حلوا لم يتغير ولم يغل وهذا جائز بإجماع الأمة،
وأما سقيه الخادم بعد الثلاث وصبه فلأنه لا يؤمن بعد الثلاث تغيره وكان النبي صلى الله عليه وسلم يتنزه عنه بعد الثلاث.
وقوله: (سقاه الخادم أو صبه) معناه تارة يسقيه الخادم وتارة يصبه وذلك الاختلاف لاختلاف حال النبيذ، فإن كان لم يظهر فيهتغير ونحوه من مبادئ الإسكار سقاه الخادم ولا يريقه لأنه مال تحرم إضاعته ويترك شربه تنزها، وإن كان قد ظهر فيه شيء من مبادئ الإسكار والتغير أراقه لأنه إذا أسكار صار حراما ونجسا فيراق ولا يسقيه الخادم كما لا يجوز سقيه شربه، وأما شربه صلى الله عليه وسلم قبل الثلاث فكان حيث لا تغير ولا مبادىء تغير ولا شك أصلا والله أعلم.
وأما قوله فىحديث عائشة: (ينبذ غدوة فيشربه عشاء وينبذ عشاء فيشربه غدوة) فليس مخالفا لحديث ابن عباس فى الشرب إلى ثلاث لأن الشرب فى يوم لا يمنع الزيادة، وقال بعضهم: لعل حديث عائشة كان زمن الحر وحيث يخشى فساده فى الزيادة على يوم، وحديث ابن عباس فى زمن يؤمن فيه التغير قبل الثلاث، وقيل حديث عائشة محمول على نبيذ قليل يفرغ فى يومه، وحديث ابن عباس فى كثير لا يفرغ فيه. والله أعلم.
(صحيح مسلم بشرح النووى- المجلد السابع، ص:190)

Ertinya: "Di dalam hadis-hadis ini terdapat petunjuk tentang keharusan melakukan intibadz (merendam seperti kismis, kurma, gandum), dan keharusan meminum (air) rendaman nabidz itu selama mana ia masih terasa manis, belum berubah, dan belum menggelegak atau mendidih. Perkara ini harus hukumnya dengan ijma' ulama. 

Adapun perbuatan Nabi memberi minum kepada khadam dan menumpahkannya/membuangnya selepas tiga hari, kerana Baginda merasa tidak selamat tentang perubahannya selepas tiga hari itu dan adalah Nabi Shallallahu lalaihi wasallam menjauhi nabidz selepas tiga hari. 

Adapun maksud perkataannya (diberikannya minum kepada khadam atau ditumpahkannya/dibuangnya) ertinya kadang¬kadang Baginda memberikannya minum kepada khadam dan kadang-kadang Baginda menumpahkannya. Hal ini terjadi kerana adanya perbezaan, disebabkan perbezaan hal keadaan nabidz itu. 

Jika tidak nyata perubahan air rendaman nabidz itu dan lain¬lain seumpamanya daripada unsur-unsur yang memabukkan, Baginda memberikannya kepada khadam dan tidak menumpahkannya kerana ia dikira harta yang haram membuangnya dan Baginda tidak meminumnya adalah sebagai langkah berhati-hati untuk menghindar daripada melakukan perbuatan maksiat (meminum nabidz yang diharamkan). 

Tetapi jika telah nyata padanya ada sesuatu daripada unsur-unsur yang memabukkan dan perubahan, Baginda menumpahkannya kerana apabila ia memabukkan jadilah ia haram dan najis, lalu ditumpahkan dan tidak diberi minum kepada khadam, kerana yang memabukkan itu tidak harus diminum oleh khadam sebagaimana juga tidak harus ke atas Baginda sendiri meminumnya. 

Adapun Rasulullah Shallallahu lalaihi wasallam meminumnya sebelum tiga hari, itu adalah kerana belum ada perubahan, dan tidak ada unsur-unsur perubahan dan ia tidak diragui pada asalnya. Wallahu a 'lam. 

Adapun maksud perkataannya dalam hadis Aisyah: (Baginda merendam di waktu siang lalu meminumnya di waktu malam dan Baginda merendamnya di waktu malam kemudian meminumnya di waktu siang) tidaklah berlawanan dengan hadits Ibnu Abbas mengenai meminumnya sehingga masuk hari ketiga kerana meminum dalam waktu satu hari tidak bermakna ditegah lebih daripada itu. Setengah ulama hadis pula berkata: "Kemungkinan hadis 'Aisyah itu adalah di musim panas, kerana pada musim ini ditakuti ia akan rosak jika sudah lebih daripada satu hari, manakala hadis Ibnu 'Abbas pula adalah di musim yang dianggap selamat daripada perubahan sebelum tiga hari. Dan ada juga yang berpendapat bahawa: 

"Hadis 'Aisyah itu merujuk kepada air rendaman (nabidz) yang sedikit yang boleh dihabiskan dalam masa sehari dan hadis Ibnu 'Abbas pula merujuk kepada air rendaman yang banyak yang tidak boleh dihabiskan dalam masa sehari. Wallahua 'lam. " (Shahih Muslim dengan Syarah an-Nawawi: 7/195) 

Begitulah beberapa hadis yang dapat menjelaskan kedudukan alkohol dalam makanan seperti yang ada pada tapai yang belum sampai kepada tahap yang memabukkan. 
Andai kata alkohol yang ada pada tapai itu sudah sampai kepada tahap yang memabukkan, maka tidak syak lagi tapai itu haram dimakan. Tapai yang sifatnya memabukkan adalah sama seperti hukum arak (haram meminumnya) sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: 

كل مسكر خمر وكل مسكر حرام
(رواه مسلم)

Maksudnya: "Setiap yang memabukkan itu adalah khamr (arak) dan setiap yang memabukkan (juga) adalah haram. " (Hadis riwayat Muslim) 

Walau bagaimanapun apabila unsur memabukkan yang ada pada tapai itu hilang, maka tapai itu halal dimakan. Hal ini adalah berdasarkan kepada qiyds tentang hukum yang telah disepakati berhubung dengan air perahan daripada buah-buahan atau air perahan biji-bijian iaitu apabila ia disimpan buat seketika lamanya, maka air perahan itu akan mendidih (terdapat unsur memabukkan). Tetapi kemudian apabila ia turun dan berubah menjadi euka, maka euka itu halal dimakan dan ia suei selagi pertukarannya kepada euka itu terjadi dengan sendirinya (bukan dicampur dengan apa-apa bahan) kerana sifatnya yang memabukkan itu sudah tidak ada lagi. Akan tetapi jika ketika air perahan itu mendidih dan sifatnya memabukkan, maka haram diminum air perahan buah atau biji-bijian itu dan ia juga adalah najis. Apabila sifatnya yang memabukkan itu hilang, maka ia tidak lagi dihukumkan najis dan air perahan itu menjadi suel dan halal diminum. Begitulah dengan tapai, jika ia memabukkan haram dimakan, dan jika tidak, maka halallah memakannya.

Sumber:
Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned
Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
FATWA MUFTI KERAJAAN BRUNEI 2003


_______________________________________________________________

Iklaneka

Jualan buku karya ulama tersohor. 2 buah buku yang sangat bernilai ini seharusnya anda miliki. Menggabungkan antara kaedah dan hujahan menjadikan ia sangat berguna kepada semua. Selain dalil dan nas yang dikemukakan, kaedah/teknik merawat turut diajar bagi memastikan pembaca betul-betul memahami isu ini. Hubungi segera untuk dapatkan buku ini


Hukum Memakan Tapai Hukum Memakan Tapai Reviewed by dsbbst on 20:05 Rating: 5

2 comments:

  1. Cuba minum air tapai tu dua gelas, anda akan rasa mabuk... Sama saja dengan bir. Kalau minum satu gelas tak mabuk tapi kalau minum dua gelas memang mabuk.. Orang putih datang malaysia diberi makan tapai.. Dia komen rasa tapai sama macam wiski.. Kalau setitik bir haram, tapai macam mana??
    Orang kita ni.. Kalau benda yang dia suka.. Kalau boleh nak cari jugak jalan supaya jadi halal.. Jadi fikir fikirkan lah yee.

    ReplyDelete
  2. mula bilang Semua alkohol adalah memabukkan dan oleh itu adalah haram. tpi tapai punya alkohol ndak memabukkan lagi kunuk bilang. apa baini? ndak aku minum alkohol tpi mcm mabuk sdh aku gara statement urang2 ni!!!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.