Menurut para ulama Mazhab Syafie, diharamkan bagi seorang wanita yang
berada di dalam keadaan haid membaca Al-Quran. Ini bersandarkan kepada
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Diriwayatkan oleh Saidina Ibn Umar katanya: Sabda Baginda SAW:
"Seorang wanita yang didatangi haid dan seorang yang berada di dalam
keadaan junub tidak boleh bagi mereka membaca sedikit pun daripada
Al-Quran".
Keputusan:
Oleh yang demikian, seorang wanita yang uzur syarie adalah diharamkan
membaca Al-Quran walaupun ketika dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Sumber: Portal Rasmi Fatwa Malaysia
TAMBAHAN:
Bagi perempuan yang mengalami masalah gangguan digalakkan agar mengamalkan ruqyah syar'iyyah dari as-Sunnah (boleh rujuk di dalam buku ruqyah). Walaupun hukum ini adalah khilaf (perbezaan) pandangan ulama, yang lebih baik adalah keluar dari khilaf
Hukum Bacaan Al-Quran Bagi Perempuan Uzur - Fatwa Malaysia
Reviewed by dsbbst
on
20:42
Rating:
assalamualaikum..
ReplyDeletejika baca ayat kursi dan 3 qul didalam hati ketika haid, bolehkah?
Very creaative post
ReplyDelete