Pengenalan
Seperti yang kita sedia maklum, amalan perubatan tradisional telah lama
diamalkan sejak zaman berzaman lagi. Begitu banyak teknik dan kaedah
yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional ini terutamanya
amalan jampi.
Amalan Jampi dalam perubatan
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
“Dari ‘Auf Ibn Malik, katanya: Dahulu kamu melakukan jampi di zaman
jahiliah, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat tuan
dalam hal ini? Beliau bersabda: Perlihatkanlah kepadaku jampi-jampimu
itu. Tidak mengapa melakukan jampi-jampi itu selama tidak mengandungi
hal-hal syirik.” (Hadith Riwayat Muslim)
Menurut Dr. Yusuf al-Qardawi di dalam Kitab Fatawa al-Mu’asirah, suatu
jampi itu harus dilakukan berdasarkan kepada tiga (3) syarat:
- Ia mesti disasarkan kepada Allah S.W.T dan nama-namaNya.
- Ia mestilah dituturkan dalam bahasa Arab dan kata yang boleh difahami maknanya.
- Beriktikad bahawa ianya tidak memberi kesan dengan sendirinya, tetapi dengan takdir Allah S.W.T.
Jampi yang diharamkan
Antara ciri jampi yang diharamkan adalah seperti berikut
- Jampi yang mengandungi unsur syirik, pemujaan jin, syaitan, menggunakan ilmu hitam atau sihir.
- Menggunakan bahasa yang tidak difahami atau bercampur aduk seperti memulakan jampi dengan “Bismillah atau Alhamdulillah” kemudian diselangi dengan nama-nama hantu atau jin seterusnya disudahi dengan ucapan “Berkat kata Lailahaillallah Muhammadar Rasullulah” atau seumpanya.
- Menggunakan azimat atau tangkal sebagai pelindung
Firman Allah, Surah Yunus: ayat 106 yang bermaksud:
“Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang
tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat
mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang
demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap
diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)”.
Contoh amalan perubatan tradisional yang tidak mengikut syariat Islam
- Pengamal menggunakan pertolongan jin (termasuk jin Islam) dalam rawatan perubatan.
- Pengamal menggunakan sihir, ilmu hitam, silap mata, tukang nujum atau ramalan tapak tangan.
- Pengamal mengaitkan suatu pengeras dengan suatu akibat.
- Pengamal melakukan perkara syirik seperti sembelih binatang, sembah pantai, buang ancak dan lain-lain.
- Pengamal menggunakan bacaan jampi yang tidak difahami.
- Penggunakan menggunakan tangkal dan azimat yang berupa rajah atau bercampuraduk dengan ayat Al-Quran.
- Pengamal membaca ayat Al-Quran secara terbalik.
- Pengamal memberikan syarat yang bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam. (contoh: pesakit wanita perlu bersendirian dengan pengamal)
- Pengamal mengaitkan amalan perubatannya bersumberkan daripada Rasulullah dan Al-Quran tetapi tidak boleh membuktikannya.
Pembedahan Batin…Adakah Haram atau dibenarkan dalam Islam?
Kebiasaanya dilakukan oleh individu yang menggelarkan dirinya ustaz,
atau berpakaian seperti guru agama, kelihatan warak serta menggunakan
gelaran tertentu.
Apa kata mereka?
- Mereka meyakinkan anda bahawa rawatan pembedahan batin ini berupaya menggantikan pembedahan moden bagi penyakit kornik seperti masalah jantung, barah otak, barah hati dan lain-lain penyakit.
- Mereka meyakinkan orang ramai bahawa kaedah pembedahan ini tidak menyakitkan walaupun tiada ubat bius digunakan.
- Tempoh masa untuk sembuh adalah singkat.
- Mereka di beri mukjizat untuk menjalankan pembedahan batin, atau mereka tergolong dalam golongan orang yang menerima keistemewaan (karamah, maunah atau kasyaf).
Fakta sebenar
- Tiada bukti dalam Al-Quran dan Hadis bahawa amalan pembedahan batin ini mengikut syariat Islam.
- Amalan ini HARAM dilakukan kerana pengamal mungkin menggunakan ilmu hitam, silap mata, perantaraan jin atau syaitan atau sihir semasa merawat.
- Pengguna ditipu dengan janji manis keberkesanan rawatan ini di samping bayaran yang tidak munasabah.
- Mukjizat adalah suatu perkara yang luar biasa yang dikurniakan oleh Allah untuk para nabi dan rasulNya, yang bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada waktu yang tertentu,ia yang mesti ditunjukkan kepada umatnya sebagai bukti kenabian dan kerasulan mereka
- Karamah ialah suatu perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada orang yang soleh yang dikasihi Allah, yang bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada waktu tertentu secara mendadak semasa hidupnya, tetapi tidak boleh diprogramkan dan dipertontonkan kepada orang lain dan ianya khusus sebagai tanda kemuliaan yang diberikan kepada golongan yang taat kepadaNya.
- Maunah ialah suatu perkara luar biasa yang berupa pertolongan yang dikurniakan oleh Allah kepada orang-orang tertentu, yang bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada waktu itu dengan tujuan untuk menambahkan lagi keyakinannya kepada Allah dan tidak wajar diperhebahkan.
- Kasyaf ialah penyingkapan rahsia-rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati. Ia termasuk karamah yang mencarik adat yang dikurniakan kepada wali Allah SWT dan mestilah tidak bercanggah dengan kaedah agama dan hukum syarak yang telah disepakati.
Renungan bersama…
Memang satu kewajipan untuk kita terus berusaha mencari penawar bagi
setiap penyakit yang dihadapi. Seperti terkandung dalam hadis:
“Tidak ada penyakit yang Allah turunkan itu melainkan ada ubatnya…”
Tetapi berwaspadalah kita, dengan setiap cara untuk kita berubat atau berikhtiar, perkara HARAM tetap menjadi HARAM dan alasan tidak akan menghalalkan cara.
Rujukan
- http://islam.gov.my/e-rujukan/khurafat.htm
- http://www.e-fatwa.gov.my
- Jabatan Kemajuan Islam Kebangsaan (JAKIM)
- Kementerian Kesihatan Malaysia
Untuk keterangan lanjut, hubungi kami di:
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari
Kementerian Kesihatan Malaysia
Blok E, Jalan Cenderasari,
50590 Kuala Lumpur. No.
Tel: 03-2698 5077
No. Faks: 03-2691 1259
Emel:
tcm@moh.gov.my Laman Sesawang:
Pembedahan Batin dalam Penilaian Islam
Reviewed by dsbbst
on
21:35
Rating:
Salam..
ReplyDeleteAda seorang ustaz yg mendakwa sebagai pengamal perubatan islam. Tapi apa yang memushkilkan saya ialah dia ada menawarkan khidmat pembedahan batin menggunakan jin islam. Bila diajukan tentang hukum, dia membenarkan dgn alasan menggunakan jin islam. Tapi apa yg saya tahu, dan hasil pencarian sy, haram menggunakan jin termasuklah jin islam..
Mohon pandangan ustaz.
Rujuk Fatwa Ibnu Taimiyah. Boleh gunakan khidmat jin. Dlm hal tiada beza manusia dan jin. Jika minta tolong buat benda baik dapat pahala. Jika minta buat benda haram dapat dosa.
DeleteRujuk Fatwa Ibnu Taimiyah. Boleh gunakan khidmat jin. Dlm hal tiada beza manusia dan jin. Jika minta tolong buat benda baik dapat pahala. Jika minta buat benda haram dapat dosa.
Deletetolong kemukakan rujukan mana fatwa Ibnu Taimiyah. Minta tlg dari jin jelas dalam nas (surah jin) tak boleh. dan jika khilaf pun ia dalam bab fitnah
Deletewslm. isu pembedahan batin telah dibincangkan. pembedahan batin tak dibenarkan kerana menggunakan khidmat jin. sama ada jin islam atau jin kafir.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteada seorang ustaz yang kononnya pengamal perubatan islam...
Beliau melarang bacaan ayat2 sifa dan melarang pesakit minum air zam-zam sepanjang beliau mengubati pesakit.
beliau juga mendakwa boleh menggantikan organ dalam pesakit yang telah rosak dengan organ yang baru melalui bacaan2 ayat yang beliau amalkan....
Mohon pencerahan dalam hal ini
1. Pembedahan batin dan lain-lain dakwaan adalah mengaburi semata
Delete2. Sebaiknya menggunakan bacaan Al-Quran dan ayat2 tertentu yg seseuai dijadikan syifa (diambil dari Al-Quran). Tiada mudarat bagi Al-Quran yang suci selain kebaikan.
3. Garam, ayat suci Al-Quran dan air zam-zam adalah antara elemen yang sangat menyakiti Jin, Jika pengamal perubatan merawat menggunakan bantuan Jin, ianya mmg akan menjadi pantang larang.
4. Sebaiknya pengamal perubatan itu terdiri dari kalangan orang yang beriman, agar pengikutnya tidak sesat dengan fahaman yang mungkin salah. Jika membaca, biar jelas setiap sebutannya agar tidak timbul fitnah dan sebutan yang tidak jelas sediri pun tidak elok. biar didengar, jangan kumat kumit acah membaca doa dan ayat quran sahaja.
5. Berdoa pada Allah sepenuh hati. Memohon keampunan sepenuh hati. Sebab sepenuhi hati kita percaya Allah yang membantu dan mendengarlagi melihat setiap apa kita lakukan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam.. saya ingin minta pendapat mengenai situasi saya. 2bln lps sy ada bawa anak saya yg mengidap penyakit buah pinggang bocor untuk pertama kalinya untuk berubat dgn seseorang lelaki yg menyediakan khidmat mengubati sebarang penyakit. Pertama kali saya dtg beliau scan jari kaki anak saya. Kemudian beliau ada tulis nama2 ubat dan menyuruh saya cari ubat2 tu di pharmacy dn beri pd anak sy. Sblm blk beliau pesan pd sy jika anak masih belum pulih minta dtg semula jmp beliau. Minggu lps iaitu kali ke dua saya dtg semula jmp beliau kerana penyakit anak sy msh belum pulih. Tetapi beliau cuma tnya keadaan anak sy tnpa scan jari kaki anak. Kemudian dia minta saya dtg semula pd tarikh yg ditetapkan. Katanya dia ingin membuat 'sesuatu'. Beliau srh teruskan beri mkn ubat seperti yg beliau pesan pd pertama kali dtg. Sblm blk beliau ada tulis di kertas brg yg perlu saya bawa pd tarikh yg ditetapkan. iaitu kain putih 2meter setengah dan ubat xyloproct I-tube.
ReplyDeleteKemudian ada perkara2 yg saya tidak faham dgn cara dan tmpt perubatan tersebut. Seperti cth tidak
-Dibenarkan bwk brg2 yg berbunyi atau digital sprti hp/jam digital. Alasan yg diberitahu kerana jika ada bunyi hp/jam digital ia boleh mengganggu perubatan hr tersebut. Dan perubatan pesakit yg hadir semua akan dibatalkan.
-Tidak boleh jerit akinat kesakitan semasa beliau scan jari kaki.
-Tidak dibenarkan memakai pkaian yg tidak menutup aurat. TETAPI salah seorang pekerja beliau wanita warga asing memakai pakaian yg tidak sempurna menutup aurat. (Tugas wanita tu hnya arrage tmpt2 utk org yg dtg buat rawatan).
Semua perkara tersebut berlaku pada hr ke dua sy dtg(pd minggu lps). Ada salah seorg wanita yg ingin buat rawatan, tb2 jam wanita tersebut berbunyi. Lalu perawat tersebut tnya "siapa pnya jam tu bunyi?".. smbil geleng kepala beliau kata "nanti la ye, sy cuba..." kemudian dia pergi ke belakang(ruang belakang sperti dapur). Tidak lama kemudian dia dtg semula duduk di tempatnya dn tutup lngsir. Smbil itu beliau ada baca ayat2 yg sy tak clear apa dia bc kerana jarak antara kami. Apa yg sy dgr beliau ada sebut perkataan salam salam salam.. byk kali.
Dgn rs rendah diri dn kurang mengetahuan, sy ingin minta pencerahan tuan. Trm ksh.
wslm. berkenaan dengan hal itu. Tuan?Puan rasa mcm mana? sekiranya rasa sangsi dan tidak sedap hati elok tinggalkan
DeleteSalam, saya rasa kes saudara saya sama dgn Zila kas.Cuma saya harap ada jawapan yg jelas segi diharamkan atau tidak cara rawatan begitu. Tk
DeleteAssalam..sy ingin bertanya..berkaitan rawatan batin..berkaitan anak sy berusia 2 bulan kerap menangis kuat..pernah terdengar ada suara perempuan memanggil nma anak sy..sy dh berubat di darul shifa dn ustaz menjelaskan anak sy tiada sebrg gangguan..sy juga ada mendapatkan khidmat rawatan batin atas saranan kawn..tp agak mencurigakan sy..org yg merawat org biasa shja pda pndangan sy (bukn ustaz)..dia menjelaskan anak sy ada pengasuh di kalangan jin islam..dan ada kalung di leher yg tidak nmpk dgn mata kasar..rawtan pula sy tidak mendengar sbrg ayat quran yg dibaca..org tersebut hnya meminta nama anak sy dh diam sejenak..kemudian memberitahu perkara seperti di atas..sy ingin tahu adakah rawatan dan apa yg diperkatan itu wujud..tlg sy sgt risaukan keadaan anak
ReplyDeleteAssalamualaikum ustaz. Sy nak bertanya berkaitan pembedahan secara batin dimana pengamal perubatan akan menggunakan tepung yang dibuat secara bulat & kemudian akan mengolekkan tepung tersebut diatas perut. Apabila tepung tersebut dibelah akan ada darah ditepung tersebut. Apa pandangan ustaz.
ReplyDeleteAssalamualaikum.saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga/wali di badan pesakit, beberapa bahagian utama pesakit telah dikunci, dan juga dikenakan sihir patung, menyebabkan pesakit diganggu tidak kira masa. Lokasi Pasir Mas Kel. tolong mesej alamat/tel.nombor perawat, email kepada saya : tubuhsatu@gmail.com
ReplyDeleteKISAH CERITA AYAH SAYA SEMBUH BERKAT BANTUAN ABAH HJ MALIK IBRAHIM
ReplyDeleteAssalamualaikum saya atas nama Rany anak dari bapak Bambang saya ingin berbagi cerita masalah penyakit yang di derita ayah saya, ayah saya sudah 5 tahun menderita penyakit aneh yang tidak masuk akal, bahkan ayah saya tidak aktif kerja selama 5 tahun gara gara penyakit yang di deritanya, singkat cerita suatu hari waktu itu saya bermain di rmh temen saya dan kebetulan saya ada waktu itu di saat proses pengobatan ibu temen saya lewat HP , percaya nda percaya subahana lah di hari itu juga mama temen saya langsung berjalan yang dulu'nya cuma duduk di kursi rodah selama 3 tahun,singkat cerita semua orang yang waktu itu menyaksikan pengobatan bapak kyai hj Malik lewat ponsel, betul betul kaget karena mama temen saya langsung berjalan setelah di sampaikan kepada hj Malik untuk berjalan,subahanallah, dan saya juga memberanikan diri meminta no hp bapak kyai hj malik, dan sesampainya saya di rmh saya juga memberanikan diri untuk menghubungi kyai hj Malik dan menyampaikan penyakit yang di derita ayah saya, dan setelah saya melakukan apa yang di perintahkan sama BPK kyai hj Malik, 1 jam kemudian Alhamdulillah bapak saya juga langsung sembuh dari penyakitnya lewat doa bapak kyai hj Malik kepada Allah subahanallah wataala ,Alhamdulillah berkat bantuan bpk ustad kyai hj Malik sekarang ayah saya sudah sembuh dari penyakit yang di deritanya selama 5 tahun, bagi saudara/i yang mau di bantu penyembuhan masalah penyakit gaib non gaib anda bisa konsultasi langsung kepada bapak kyai hj Malik no hp WA beliau 0823-5240-6469 semoga lewat bantuan beliau anda bisa terbebas dari penyakit anda. Terima kasih