AMALAN SALAH DALAM RAWATAN ALTERNATIF
1) Jampi Mentera
Bagi hal berkenaan jampi dan mentera, terdapat dalil yang
jelas daripada hadith Nabi (s.a.w) yang melarang menggunakan jampi dan mentera khususnya
daripada jenis jampi dan mentera yang memuja dan menyeru makhluk halus, mengandungi
kata-kata kufur atau kata-kata yang tidak difahami maknanya.
Daripada ‘Awf bin Malik al-Ashja‘i r.a.: “Ketika zaman Jahiliyyah,
kami melakukan jampi. Maka kami bertanyakan Rasulullah (tentang perkara itu): “Wahai
Rasulullah, bagaimanakah hukum, terhadap yang demikian?” Maka sabda Rasulullah
(s.a.w): “Kemukakan kepada ku jampi kamu itu; tidak mengapa menjampi selagi ia
tidak mengandungi syirik (kepada Allah)” (Riwayat Imam Muslim r.a.).
Menurut pandangan Tuan Guru Prof. Dr. Hj. Jahid Bin Hj. Sidek
al-Kholodi al-Naqsyabandiah dari Pusat Rawatan Islam al-Manarah mengatakan
bahawa mereka yang mengamalkan jampi mentera dalam perubatannya
adalah salah disisi agama dan ia bercanggahan dengan prinsip perubatan Islam
itu sendiri.
2) Ilmu Sihir untuk Melawan Sihir
Manakala penggunaan ilmu sihir untuk merawat sihir
larangannya adalah jelas berdasarkan kepada hadith Nabi (s.a.w) yang melarang
pendekatan sedemikian digunakan untuk merawat orang yang terkena sihir. Kaedah
ini dinamakan dalam hadith sebagai “al-Nushrah”.
Daripada Jabir r.a. berkata: “Rasulullah (s.a.w) telah
ditanya tentang al-Nushrah. Maka sabda Rasulullah (s.a.w): “(al-Nushrah) adalah
amalan syaitan.” Bahkan mempelajari sihir juga haram. Nabi (s.a.w) pernah
bersabda riwayat Ibn ‘Abbas r.a. berkata, Nabi (s.a.w) pernah bersabda:“Sesiapa yang
mempelajari satu cabang ilmu dari ilmu nujum (tilik), maka dia telah
mempelajari cabang ilmu (dari) sihir, maka ia akan bertambah dan terus
bertambah (kesyirikan dan ilmu sihirnya)” (Riwayat Imam Abu Dawud r.a.). Jadi,
apatah lagi mengamalkannya dan menghantarnya dengan cara saka dan santau untuk
menganiayai orang lain.
3) Tangkal dan Azimat
Tangkal dan azimat adalah budaya khurafat, tahyul dan
syirik yang sering dipaparkan dalam rawatan tradisional. Tujuannya adalah untuk
mengubati penyakit seperti sawan, cacing, demam, gangguan hantu syaitan,
menolak bala dan lain-lain. Dalam masyarakat Malaysia, fetish atau tangkal
dipakaikan pada kanakkanak, untuk mengelakkan daripada ditimpa penyakit sawan
dan lain-lain. Tangkal juga diletakkan depan pintu rumah supaya tidak dimasuki
makhluk halus dan orang yang jahat (Jawiah, 2010).
Perawat yang membuat tangkal lazimnya menggunakan ayat
al-Qur’an, gambar rajah, nombor, simbol dan perkataan Arab, yang mempunyai
makna tertentu pada sesuatu. Kemudiannya dibalut kemas dan di asapkan dengan
kemenyan lalu dipakaikan pada orang yang berhajat. Tangkal atau azimat banyak dipakaikan
kepada anggota badan dan digantung pada pintu rumah kononnya bagi mengelak penyakit, gangguan dan bala. Inilah cara yang lazim
menggunakan tangkal dan azimat.
Tangkal dan azimat adalah haram dan termasuk dalam
perbuatan sihir dan syirik bertepatan dengan sabda Nabi (s.a.w) melalui Abu
Hurairah r.a. yang bermaksud: “Sesiapa yang mengikat suatu ikatan (tangkal),
kemudian menghembus (menjampi) pada ikatan tersebut, ia telah melakukan
sihir, sesiapa yang melakukan sihir, maka dia telah berlaku syirik. Sesiapa yang
menggantung sesuatu (tangkal), maka dia telah bertawakkal dengannya” (Riwayat Imam
Nasa’i r.a.).
Syeikh ‘Atiyyah Saqar juga pernah mengucapkan “Sesiapa
yang mempercayai sesuatu khurafat seperti kayu kokka (sebagai tangkal pelindung
yang) dapat menghindarkan syaitan dan iblis, memurahkan rezeki dan menyembuhkan
penyakit adalah pelaku syirik kerana segala itu adalah hak Allah
(s.w.t) semata-mata” (Zaharuddin, 2011).
Hasil dari temu bual penulis dengan pengasas pusat
rawatan Islam Darussyifa’ Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haron Bin Din menyatakan bahawa
penggunaan tangkal azimat dalam perubatan adalah haram dan ia seolah-olah tidak
percaya terhadap kekuasaan Allah dalam menyembuhkan penyakit manusia.
4) Mandi Bunga
Amalan mandi bunga adalah sejenis khurafat yang diamalkan
dan dilakukan terutamanya di dalam amalan perubatan tradisional untuk membuang
sial, menghindari bala penyakit dan membawa tuah. Kononnya untuk membuang sial pada anak dara yang tidak mendapat jodoh meskipun
usia sudah lanjut. Nabi (s.a.w) pernah bersabda yang bermaksud: “Tiada penyakit
berjangkit dengan sendirinya tanpa takdir Allah (s.w.t), tiada tanda sial pada
burung (melalui burung berterbangan kiri atau ke kanan), tiada sial pada burung
hantu (tiada roh orang mati
dibunuh yang menuntut bela) dan tiada sial pada bulan
Safar” (Riwayat Imam Bukhari r.a.).
Dr. Yusuf al-Qaradawi juga menyatakan, “Kepercayaan sial
ini termasuklah menganggap sial pada haiwan, tempat dan masa. Sesiapa yang
mempercayai adanya sial, maka dia telah berlepas diri (tidak bertawakkal) pada
Allah (s.w.t)”. (Zulkili Hasan, 2013).
5) Menggunakan Ruqyah yang Tidak Difahami Ucapannya
Dalam bidang rawatan alternatif, ruqyah yang
diperbolehkan Rasullullah (s.a.w) mempunyai syarat-syarat tertentu. Selagi mana ruqyah
menggunakan lafaz yang difahami dan tidak ada unsur syirik, maka dibolehkan meruqyah
dengannya. Ruqyah yang dilakukan menggunakan bahasa yang tidak difahami dan mengarut
adalah salah dan boleh menimbulkan keraguan. Antara syarat ruqyah syar’iyyah
adalah perlu seeloknya menggunakan sumber dari Al-Qur’an dan Al-Sunnah, tiada
unsur syirik dan pemujaan, i’tiqad kesembuhan bukan pada ruqyah, tetapi pada
Allah (s.w.t), dan menggunakan bahasa yang boleh difahami dan bukannya kalam
orang yang kafir atau jahil yang boleh menimbulkan keraguan dan
itnah.
Rasullullah (s.a.w) pernah bersabda melalui ‘Auf bin
Malik al-Asyja’iy r.a., “Kami semasa zaman Jahiliyyah biasa melakukan jampi mentera,
lalu kami bertanya kepada baginda (s.a.w): Wahai Rasulullah !, Apakah pendapat kamu
di dalam masalah ini?. Maka baginda (s.a.w) pun bersabda “Tunjukkanlah kepadaku jampi-jampi kalian, tidak mengapa meruqyah selagi mana
tidak mengandungi syirik (Riwayat Imam Muslim r.a.).
6) Pengeras
Dalam mendatangi bomoh atau perawat, pastinya ada istilah
“pengeras”. Pengeras adalah ganjaran dan upah yang diberikan kepada bomoh atau
jin peliharaan atas tilikannya (bantuan jin). Pengeras boleh jadi berupa wang, haiwan,
makanan dan lain-lain.
Memberi pengeras adalah haram bersandarkan sabda Nabi
(s.a.w) dari Abi Mas’ud al-Ansari r.a.: “Sesungguhnya Rasullullah (s.a.w)
menegah (melarang) tentang jual beli anjing, wang hasil pelacuran dan memberi
pengeras (habuan) untuk bomoh (atas tilikan dan ramalannya)” (Riwayat Imam
Bukhari r.a.).
Malahan, begitu jua halnya apabila seseorang mendatangi
bomoh, jika tidak yakin kepada dukun, maka pesakit tidak akan berusaha sedaya upaya
untuk mencari dan memberi pengeras kepada bomoh tersebut walaupun pengerasnya cukup
pelik dan mahal sehingga membazir masa, wang dan tenaga, jadi, dia mesti yakin sepenuhnya
kepada bomoh tersebut (misalnya jikalau dia memberikan pengeras seperti yang diminta,
akan sembuh).
7) Mendatangi Dukun, Tukang Tilik dan Seumpamanya
Mendatangi dan menggunakan khidmat bomoh serta dukun
meskipun dalam mencari rawatan untuk kesembuhan adalah dilarang dalam Islam. Ia
menjadi khurafat apabila ia melibatkan sihir, dan perkara-perkara yang boleh
mendatangkan
syirik kepada Allah (s.w.t).
Sabda Nabi (s.a.w) riwayat Abu Hurairah r.a.:
Sesungguhnya Rasullullah (s.a.w) bersabda, “Sesiapa yang mendatangi (jima’)
perempuan yang haid, atau berjima’ dengan isterinya dari duburnya, atau mendatangi
dukun (bomoh) dan mempercayai ramalannya, maka ia telah kufur terhadap apa yang
diturunkan pada Nabi Muhammad (s.a.w) (agama Islam)” (Riwayat Imam Ibnu Majah r.a.)
Dr. Yusuf al-Qaradawi ada menyebutkan: “Amalan
(mempercayai bomoh) ini ialah syirik dan satu bentuk kezaliman yang paling
besar terhadap Allah (s.w.t) dan syariat-Nya. Islam menentang sebarang bentuk
khurafat seperti ini dan Islam adalah agama yang berdiri di atas keyakinan dan
bukannya sangkaan" (Basri Ibrahim, 2009).
Masyarakat perlu berwaspada kerana kadang kala bomoh
boleh menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat (tabib), wali, peramal bahkan
ustaz. “Tok bomoh” yang berperanan mengubati orang sakit, menghalau syaitan dan
lain-lain. Bomoh masih dipercayai sehingga kini kerana bomoh berupaya
menyembuhkan penyakit dari kuasa ghaib yang tidak dapat diubati perubatan
moden. Tok bomoh yang menggunakan khidmat jin suruhan akan membuat suatu
perjanjian sebelum bekerjasama. Semakin taat bomoh pada jin dengan mengikuti
segala perintahnya (berbuat maksiat), maka semakin taat pula jin kepadanya. Bomoh
yang mengubati pesakit menggunakan jin selalunya mengetahui keadaan pesakit sebelum
pesakit sampai kerana diberitahu oleh jin suruhannya. Di dalam amalan
perubatannya, bomoh menyeru dan memuja nama jinnya. (Wahid, 1996;
Mahyuddin Ismail, 2012)
8) Kemenyan
Kemenyan adalah suatu bahan perantaraan yang digunakan
oleh kebanyakan bomoh dalam perubatan tradisional, kebiasaannya ia dikaitkan
dengan sihir dan jin. Di antara tanda-tanda dukun, bomoh dan tukang sihir yang
bersahabat dengan jin dan syaitan adalah mereka menggunakan kemenyan. Dalam
amalan tangkal dan azimat, azimat yang siap dijampi di asapkan dengan kemenyan
dahulu. Bomoh akan memerintahkan jin suruhannya menjaga azimat tersebut
dan mendampingi orang yang memakainya.
Sebenarnya, asap kemenyan adalah sejenis seruan dari
bomoh untuk memanggil dan berdamping dengan jin syaitan supaya dapat memohon
pertolongan darinya. Ia adalah sebesar-besar kekufuran dan sebesar-besar pintu
kejahatan. Syaitan tidak melayani bomoh dan membantunya sehinggalah bomoh
tersebut kufur dan patuh pada hasutannya melalui perjanjian yang termeterai.
Sebagai balasan kepada jin, maka bomoh mensyaratkan pengeras yang pelik-pelik
seperti meminta darah ayam, pulut kuning, telur berwarna serta lain-lain (Jahid
Sidek, 2004).
Sabda Nabi (s.a.w) melalui Nu’man bin Bashir r.a., dia
mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Perkara halal itu jelas (terang) dan
perkara haram juga jelas (terang). Dan diantaranya terdapat perkara syubhat
(kesamaran) yang tidak ramai manusia mengetahuinya. Barang siapa yang menjauhi
perkara syubhat, maka dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Barang
siapa yang terdedah (melakukan) perkara syubhat, maka dia akan terdedah kepada
perkara haram, sepertimana pengembala yang mengembala gembalaannya di sekitar
(dekat) kawasan larangan, dan ditakuti dia dan gembalaannya akan termasuk (juga)
ke dalam kawasan larangan” (Riwayat Imam Abu Dawud r.a.).
9) Pemutus Ubat
Pemutus ubat adalah amalan yang perlu dilakukan apabila
mendapat kesembuhan (nazar). Dalam perubatan Islam, hanya doa dan kesyukuran
kepada Allah (s.w.t) menjadi tanda pemutus ubat bagi pesakit yang telah sembuh.
Inilah yang sebenar menurut Islam, iaitu memanjatkan kesyukuran kepada Rabb al-Jalil.
Antara amalan pemutus ubat khurafat yang sering ditonjolkan oleh perwat
tradisional ialah melepaskan binatang seperti ayam hitam ke kawasan yang tidak
dihuni dan menyembelih binatang yang bersifat tertentu. Hakikatnya, amalan itu
bertujuan seumpama nazar tanda terima kasih kepada jin dan syaitan yang membantunya.
Jika dilakukan, nescaya jin dan syaitan tidak akan mengganggunya kerana dia
telah bersekongkol dengan orang yang melakukan syirik pada Allah (s.w.t).
Rasullullah (s.a.w) telah menerangkan kesesatan perbuatan
mereka ini di dalam sabdanya. Dari ‘Amru bin Syu’aib r.a., diriwayatkan dari
bapa dan datuknya, Rasullullah (s.a.w) pernah bersabda: “Tiada nazar kecuali
kepada sesuatu yang bertujuan mendapat keredhaan Allah dan tiada sumpah di
dalam perkara yang bertujuan memutuskan tali silaturrahim” (Riwayat Imam Abu
Dawud r.a.).
Sabda Nabi (s.a.w) lagi dari ‘Aisyah r.a., Rasullullah
(s.a.w) pernah bersabda: “Tiada nazar dalam berbuat maksiat kepada Allah
(s.w.t)” (Riwayat Imam Nasa’I r.a.).
10) Bahan Perantaraan Perubatan
Dalam tradisi masyarakat Melayu, keris adalah bahan
perantaraan yang sering digunakan dan dipertontonkan dalam rawatan alternatif. Antaranya,
kita pernah mendengar istilah “keris berdiri” atau “keris menari dengan
sendiri” apabila bomoh yang menggunakan keris mula mengubati pesakitnya. Dalam
amalan perubatan, keris ini akan berdiri dan berjalan terapung di atas
anggota badan pesakit sehingga ia hanya berhenti di tempat yang sakit. Kononnya
keris dapat mencari bahagian anggota yang sakit dan bomoh akan terus menjampi
bahagian yang sakit menggunakan keris tersebut. Ini merupakan satu bentuk
penipuan secara terang-terangan kepada orang jahil (Hizwan, 2012).
Sebetulnya, jin dan syaitan yang menipu manusia yang
jahil dengan mengerakkan keris itu sehingga dapat berdiri dengan sendirinya dan
menari. Dengan itu, manusia yang melihatnya berasa kagum dan menyangka keris
tersebut mempunyai kuasa sakti. Mana mungkin keris yang pegun sebegitu dapat
melakukan sesuatu tanpa didorong oleh sesuatu. Ini semua adalah angkara jin
syaitan yang berusaha menyesatkan manusia. Maka, orang ramai akan terjerumus dalam
kesyirikan kerana mempercayai terdapat makhluk yang lebih berkuasa selain Allah
(s.w.t).
Sebenarnya, jenis benda perantaraan yang digunakan ketika
proses perubatan (ruqyah) adalah bersifat subjektif dan terpulang berdasarkan (
تجربه ) iaitu mengikut kepandaian dan kemahiran pengubat dan bomoh. Kaedah fiqh
ada menyebutkan, “asal segala sesuatu adalah harus”. Selagi mana bahan
perantaraan yang digunakan mempunyai khasiat khusus dalam perubatan dan mampu
merawat pesakit, tidak mengandungi unsur haram, makhluk halus, pujaan, kuasa
sakti dan boleh membawa kebaikan, maka harus berubat dengannya, digunapakai
kaedah serta memberi manfaat kepada orang lain (Zaharuddin A. Rahman, 2011).
Sabda Nabi (s.a.w), “Ada seseorang bertanya pada Nabi
(s.a.w): Wahai Rasullullah,
adakah engkau telah berhenti dari melakukan jampi?, Maka
Rasullullah (s.a.w) pun bersabda: “Sesiapa yang mampu dari kamu untuk memberi
manfaat kepada saudaranya, maka, lakukanlah” (Riwayat Ibnu Hibban r.a.).
11) Roh dan Tahdir al-Arwah
Roh bukanlah benda atau sesuatu yang dapat dilihat dan
disaksikan dengan mata kasar, walau dengan cara yang paling canggih sekalipun. Seseorang
itu tidak mampu mengetahui hal roh walau sehebat mana pun ilmunya. Allah
(s.w.t) beriman dalam Al-Quran (17:85), “Katakanlah (wahai Muhammad): “Roh itu
termasuk di dalam urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi
pengetahuan kecuali sedikit”. Apabila roh berpisah dari jasad, ia akan berada
di alam yang dinamakan barzakh. Ia tidak mampu kembali ke alam dunia sama ada
dalam keadaan baik atau buruk. Roh-roh orang mukmin diberikan nikmat di alam
barzakh dan roh orang kafir diazab sehingga kiamat.
Ini bermakna, paparan roh orang mati boleh kembali semula
walaupun telah lama mati adalah tidak benar dan khurafat. Jika kelihatan
makhluk berupa si mati, maka ulama berpendapat ia hanyalah angkara jin iblis
yang menyerupai si mati. Dakwaan bahawa roh orang mati tidak boleh kembali
berdasarkan irman Allah (s.w.t) (23:99-100), “Demikianlah keadaan orangorang kair
itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, Dia berkata: “Ya Tuhanku
kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang
telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang
diucapkannya saja. Di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan”.
Prof. Ahmed Azzedine Al-Bayanuny juga menyatakan:
“Dakwaan orang yang mampu bertemu dengan roh si mati dengan teknik jampian khas
adalah penipuan yang menggunakan jin dan syaitan. Ia bukannya roh
sebenar”.
12) Istighathah Kepada Selain Allah
Istighathah dengan kuasa ghaib yang bertujuan untuk
perubatan dan selainnya sudah lama wujud dalam budaya masyarakat Melayu.
Istighathah yang dilarang adalah istighathah kepada jin dan syaitan, roh, kubur
atau sihir. Hal ini tiada gunanya kerana semua makhluk adalah lemah di sisi Allah
(s.w.t) dan perbuatannya termasuk dalam perbuatan syirik pada Allah (s.w.t). Istighathah
sesama makhluk dengan meyakini bahawa makhluk tersebut dapat memberi kesan kepada
permintaannya adalah sama seperti orang lemas meminta tolong kepada orang lemas
dan banduan dengan banduan (Khadher, 2012).
Antara ucapan istighathah lain yang dilarang ialah
meminta tolong dengan berkata: “Wahai jembalang air, tolonglah saya dan
lepaskan saya dan mereka dari kesusahan dan penyakit ini, sembuhkanlah saya”.
Istighathah kepada selain Allah (s.w.t) seperti kepada roh orang yang telah
mati atau memohon kesembuhan di kuburan wali atau alim ulama’ ialah budaya syirik
sedangkan orang yang mati itu sudah terputus hubungan dengan orang masih hidup.
Nabi (s.a.w) pun pernah bersabda: “Apabila mati seorang anak Adam, terputus
segala amalannya kecuali tiga benda, sedekah jariah, ilmu yang memberi
manfaat kepada orang lain, dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kepadanya” (Riwayat
Imam Abu Dawud r.a.).
Imam Qurtubi pernah mengucapkan “Tidak dinafikan bahawa
memohon pertolongan jin dan makhluk halus adalah satu bentuk khurafat,
kemusyrikan dan kekafiran. Ini telah menyebabkan jatuh hukum syirik ke atasnya kerana
meletakkan kebergantungan dan kesembuhan pada jinnya dan bukan pada Allah
(s.w.t)".
Tajuk asal jurnal ialah, "Seni Perubatan Alternatif Di Malaysia: Analisis
Permasalah Metode Rawatan"
Disediakan oleh
Mohd Farhan Md Arifin (Universiti Malaya)
Khadher Ahmad (Universiti Malaya)
Nor Izati Samsudin (Universiti Malaya)
Mohamad Zaim Isamail (Universiti Malaya)
Muhammad Ikhlas Rosele (Universiti Malaya)
_______________________________________________________________
Iklaneka
Jualan buku karya ulama tersohor. 2 buah buku yang sangat bernilai ini seharusnya anda miliki. Menggabungkan antara kaedah dan hujahan menjadikan ia sangat berguna kepada semua. Selain dalil dan nas yang dikemukakan, kaedah/teknik merawat turut diajar bagi memastikan pembaca betul-betul memahami isu ini. Hubungi segera untuk dapatkan buku ini
_______________________________________________________________
Iklaneka
Jualan buku karya ulama tersohor. 2 buah buku yang sangat bernilai ini seharusnya anda miliki. Menggabungkan antara kaedah dan hujahan menjadikan ia sangat berguna kepada semua. Selain dalil dan nas yang dikemukakan, kaedah/teknik merawat turut diajar bagi memastikan pembaca betul-betul memahami isu ini. Hubungi segera untuk dapatkan buku ini
Amalan Salah Dalam Rawatan Alternatif
Reviewed by dsbbst
on
01:54
Rating:
As salam Darusyifa..sy ingin bertanyakan...ada kawan sy ingin berjumpa seorang ustaz ni untuk kembali pulihkan hubungan die dan pasangannye..tetapi ustaz ini minta bawak gambar pasangan tersebut dan beri nama mereka dan ibu mereka..kemudian ustaz tersebut akan menanam gambar itu dengan paku..adakah rawatan alternatif tersebut syirik?
ReplyDeleteSyirik tuan. Rawatan islam yg ada cuma rukyah. Tiada istilah scan dari jarak jauh hanya beri nama. Jauhilah perkara syirik kerana ia di tegah agama dan pastinya memberi kemudaratan
Deletesaya juga ingin mengetahui mengenai perkara tersebut.
ReplyDelete0196847839
Banyakkan mendalami ilmu yang luas
ReplyDeletesy ada berjumpa dgn ustaz untuk rawatan memperbaikan hubungan dengan suami yang sudah retak menanti belah. Bila saya tunjuk gambar saya dan suami, ustaz terus kata bahawa saya dan suami telah disihir. jadi dia akan merawat saya dengan cara mengislamkan jin2 kafir yang dihantar untuk merosakkan hubungan saya dan suami menggunakan jin2 yang telah bertaubat. Adakah kaedah rawatan ini syirik ustaz? Mohon pencerahan
ReplyDeletePadu naaa komen
ReplyDeleteKISAH CERITA AYAH SAYA SEMBUH BERKAT BANTUAN ABAH HJ MALIK IBRAHIM
ReplyDeleteAssalamualaikum saya atas nama Rany anak dari bapak Bambang saya ingin berbagi cerita masalah penyakit yang di derita ayah saya, ayah saya sudah 5 tahun menderita penyakit aneh yang tidak masuk akal, bahkan ayah saya tidak aktif kerja selama 5 tahun gara gara penyakit yang di deritanya, singkat cerita suatu hari waktu itu saya bermain di rmh temen saya dan kebetulan saya ada waktu itu di saat proses pengobatan ibu temen saya lewat HP , percaya nda percaya subahana lah di hari itu juga mama temen saya langsung berjalan yang dulu'nya cuma duduk di kursi rodah selama 3 tahun,singkat cerita semua orang yang waktu itu menyaksikan pengobatan bapak kyai hj Malik lewat ponsel, betul betul kaget karena mama temen saya langsung berjalan setelah di sampaikan kepada hj Malik untuk berjalan,subahanallah, dan saya juga memberanikan diri meminta no hp bapak kyai hj malik, dan sesampainya saya di rmh saya juga memberanikan diri untuk menghubungi kyai hj Malik dan menyampaikan penyakit yang di derita ayah saya, dan setelah saya melakukan apa yang di perintahkan sama BPK kyai hj Malik, 1 jam kemudian Alhamdulillah bapak saya juga langsung sembuh dari penyakitnya lewat doa bapak kyai hj Malik kepada Allah subahanallah wataala ,Alhamdulillah berkat bantuan bpk ustad kyai hj Malik sekarang ayah saya sudah sembuh dari penyakit yang di deritanya selama 5 tahun, bagi saudara/i yang mau di bantu penyembuhan masalah penyakit gaib non gaib anda bisa konsultasi langsung kepada bapak kyai hj Malik no hp WA beliau 0823-5240-6469 semoga lewat bantuan beliau anda bisa terbebas dari penyakit anda. Terima kasih