1) Kaedah Jampi dan Mentera
Jelas diharamkan berdasarkan terdapat dalil dari hadith yang melarang menggunakan
jampi atau mentera.
2) Kaedah “Scanning”(Diagnosis)
Kaedah ini dilarang sekiranya disertakan dengan dakwaan secara pasti jumlah
jin yang berada dalam tubuh seseorang pesakit. Sekirannya dikenalpasti hanya
melalu tanda-tanda tertentu atau melalui pengalaman perawat, maka ia
dibenarkan.
3) Kaedah Batin Atau Kekuatan Jiwa
Penggunaan kaedah ini dalam rawatan banyak menimbulkan keraguan. Bahkan,
kesahihan rawatan sedemikian turut diragui. Tambahan pula, menggunakan khidmat
jin dalam rawatan adalah suatu perbuatan yang dilarang dalam Islam kerana
makhluk tersebut tidak mendatangkan kebaikan kepada manusia melainkan
menambahkan lagi kesesatan
4) Kaedah Ilmu Sihir Untuk Merawat Sihir
Kaedah ini jelas diharamkan kerana sesuatu yang jahat atau tidak baik bukanlah
ubat kepada sesuatu yang daripada unsur jahat jua.
5) Kaedah Rawatan Jarak Jauh
Kaedah ini adalah kaedah yang dibenarkan sekalipun perawat dan pesakit
tidak bersemuka. Namun, apa yang lebih utama adalah rawatan tersebut perlulah
menggunakan ruqyah yang dibenarkan, menggunakan bahan yang halal, tiada
pemujaan atau memohon pertolongan makhluk halus.
6) Kaedah Membunuh Jin
Jin boleh dibunuh sekiranya mengancam nyawa manusia. Pembunuhan itu
boleh sekiranya dalam bentuk penyamaran dengan rupa binatang seperti ular
hitam, kala jengking dan lain-lain. Namun, jika membunuh jin dalam rupa bentuk
asal perkara tersebut meragukan kerana tidak ada bukti yang dapat menunjukkan
bahawa jin tersebut tersebut atau terbakar. Tambahan lagi tidak dapat dilihat
dengan mata kasar.
7) Kaedah Menarik dan Menyedut Keluar Jin
Kaedah ini meragukan dari sudut sama ada jin tersebut benar-benat dapat
ditarik keluar ataupun tidak. Namun, dari sudut cara tarikan dengan menggunakan
isyarat dan arahan yang jelas adalah tidak menyalahi hukum.
8) Kaedah Memerangkap Jin
Kaedah ini meragukan dari sudut sama ada jin tersebut boleh ditangkap dan
dikurung dalam satu bekas. Tiada dalil yang jelas berhubung perkara ini.
9) Kaedah Dialog dan Mengislamkan Jin
Kaedah ini boleh dilakukan dengan tujuan untuk berdakwah kepada jin. Namun,
amat perlu untuk berhati-hati.
Sumber: Research Paper Rawatan Islam Di Nusantara: Analisa Terhadap Pengamalan Kaedah Rawatan Yang Meragukan. Khadher Ahmad, Sedek Ariffin, Thuraya Ahmad, Norhasrina Ibrahim
Disunting oleh: Unit Dakwah & Penerangan, Pusat Rawatan Islam Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi. Putrajaya
Keterangan Ringkas Berhubung Status Rawatan Menurut Islam
Reviewed by dsbbst
on
19:47
Rating:
No comments: