Asas Pengubatan Islam Darussyifa'

Darussyifa' merupakan sebuah klinik rawatan yang terkenal di Malaysia samada di kalangan masyarakat Islam maupun bukan Islam, ia menjadi satu altematif kepada orang ramai dalam usaha mencari kesembuhan penyakit selepas mendapatkan rawatan dari klinik dan hospital. “Darussyifa'“ merupakan nama sebuah bangunan yang digunakan untuk kegiatan pengubatan Islam. Perkataan Darussyifa' adalah gabungan daripada perkataan dar (rumah) dan as-Syifa' (kesembuhan) yang bererti Klinik Rawatan. Idea penubuhan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia yang menaungi Darussyifa’ ini lahir daripada seorang pensyarah dan juga seorang tokoh ulama terkenal di tanah air, Yang Berbahagia Dato' Dr. Haron bin Din , lebih dikenali dengan pangilan Ustaz Haron Din pada 17hb. April 1988. Sekarang cawangan-cawangannya telah dibuka di seluruh tanahair Malaysia termasuk Negara Brunei Darussalam.

Kebanyakan pesakit yang datang bukan hanya mengalami penyakit fizikal tetapi juga melibatkan penyakit rohani seperti terkena ganguan makhluk halus dan seumpamanya. Dengan kaedah yang diamalkan oleh Darussyifa' iaitu menggunakan ayat-ayat al-Qur'an, Hadith dan Doa-doa menambahkan lagi keyakinan orang ramai terhadapnya. Di samping itu pula,  rawatan yang diberikan ada secara percuma, tanpa sebarang bayaran dikenakan samada sebelum, semasa atau selepas rawatan.

Perkembangan ilmu pengetahuan akan terus maju menurut perkembangan daya fikir manusia.  Di Malaysia, amalan merawat pesakit dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, hadis, contoh sunnah Rasulullah, doa-doa yang digunakan oleh para anbiya' adalah merupakan satu bidang yang masih agak baru. Usaha untuk mengatur segala bentuk rawatan pesakit melalui cara ini dalam satu kaedah yang jelas, teratur dan dapat dimanfaatkan boleh dikatakan amat berkurangan biar pun memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat ramai para pengamal perubatan Melayu tradisional yang menyumbangkan tenaga mereka dengan menggunakan kaedah ini.

  Perlu dijelaskan bahawa sesungguhnya Darussyifa' hanya menggunakan dengan cara yang teratur dan tersusun ayat-ayat al-Quran, amalan sunnah Rasulullah dan kaedah-kaedah lain yang selaras dengan syarak dalam tujuan mencari ikhtiar untuk merawat pesakit sama ada sakit fizikal atau spiritual.  Sila rujuk buku-buku Pengajian  Pengubatan Islam terbitan Darussyifa’.

            Rawatan yang diamalkan oleh Darussyifa' ini tidak boleh dimasukkan dalam kategori perubatan Melayu tradisional kerana rangkaian al-Quran yang dibaca itu jelas ayat-ayatnya, hadis-hadis dan sunnah Rasulullah itu nyata sumbernya manakala doa-doa yang dipohon juga jelas maksud dan susunan katanya.  Memang terdapat beberapa rangkaian kata Melayu yang digunakan dalam kaedah ini, tetapi penggunaan rangkaian kata yang dapat difahami maknanya serta tidak mengandungi ungkapan kata yang menyalahi hukum yang diharamkan Allah di samping tidak mengandungi kata-kata yang membawa syirik. Semua yang diamalkan ini adalan tidak bersalahan dengan ajaran Islam.


Pada hakikatnya, usaha membongkar kandungan al-Quran dan sunnah Rasulullah untuk tujuan rawatan penyakit, adalah masih di peringkat awal. la memerlukan keikhlasan, minat, pengamatan yang serius serta ketabahan yang berterusan.  Kejayaan usaha seumpama ini adalah bergantung kepada usaha-usaha yang dijelaskan diatas.

Pendedahan kandungan al-Quran, contoh-contoh sunnah Rasulullah dan doa-doa yang dijelaskan yang berkaitan dengan sumber wahyu dan sejarah Islam boleh memberi satu kesedaran yang agong kepada umat Islam untuk mengkagumi dan menghargai betapa besamya peranan Kitab Allah yang selama ini menjadi panduan dalam kehidupan seseorang.  Kesedaran ini boleh menjadikan seseorang itu menyedari keesaan Allah.  Semuanya ini adalah di antara jalan utama dalam tujuan memperkuatkan iman seseorang terhadap Allah s.w.t.

          Perubatan dengan menggunakan ayat-ayat seperti yang dijelaskan di atas bukanlah merupakan satu amalan baru di kalangan umat Islam biarpun ramai orang yang masih meragui kesahihannya.  Keraguan itu timbul ialah kerana kurangnya pemahaman terhadap sejarah ilmu perubatan dan al-Quran sendiri.  Sebagai contoh, al-Quran mengulangi beberapa kali ungkapan yang membawa makna kesembuhan penyakit.  Antaranya (Surah al-Isra':82)



Mahfumnya: "Dan Kami turunkan dari al-Quran, ayat-ayat  sebagai penawar  serta  rahmat untuk orang-orang yang beriman.."

Di dalam al-Quran terdapat enam ayat yang menyentuh penggunaan perkataan yang membawa makna kesembuhan.  Ayat-ayat itu dikenali sebagai " Ayat Ash-Syifa' ". (Sila rujuk al-Quran, At-Taubah:14, Yunus:57, Al-Nahl:69, Al-Israa':82, Asy-Syu'araa':80 dan Fussilat:44)

            Di dalam al-Quran terdapat enam ayat yang menyentuh penggunaan perkataan yang membawa makna kesembuhan.  Ayat-ayat itu dikenali sebagai " Ayat Ash-Syifa' ".                  (Sila rujuk al-Quran, At-Taubah:14, Yunus:57, Al-Nahl:69, Al-Israa':82, Asy-Syu'araa':80 dan Fussilat:44) 



Sehubungan dengan ini pernah berlaku suatu kisah, di mana seorang Sahabat Nabi mengalami sejenis penyakit yang sudah puas diubati dengan berbagai cara perubatan, tetapi tidak juga sembuh.  Pada suatu hari pesakit itu telah diziarahi oleh seorang temannya.  Pesakit tersebut mengadu halnya yang telah puas berikhtiar tetapi masih belum disembuhkan Allah.  Teman tersebut bertanya sama ada dia telah membaca " Ayat Ash-Syifa' " . Pesakit itu mengatakan belum, lalu teman tadi pun membaca " Ayat Ash-Syifa' " yang akhirnya dengan izin Allah s.w.t. ia pun sembuh.

Ulama-ulama terdahulu telah banyak membicarakan tentang rawatan secara ini dan mengumpulkannya dalam beberapa buah buku yang terkenal antaranya: At-Tibbu 'n-Nabawi, At-Tibb wa 'r-Rahmah, Zadu 'l Ma'ad fi Hadyi Khairi 'l-'Ibad dan lain-lain lagi.

Sekiranya sesuatu penyakit terjadi, kita memang menasihati pesakit-pesakit supaya mengutamakan rawatan biasa, iaitu di hospital-hospital atau di klinik-klinik.  Setelah rawatan itu diusahakan tetapi tidak juga berjaya, maka barulah perubatan cara ini perlu dikhtiarkan.

Apa yang diusahakan di Darussyifa' ini adalah sebahagian kecil dari ilmu yang sangat luas yang telah lama diamalkan oleh ulama-ulama Islam terdahulu.Sekiranya sesuatu penyakit terjadi, kita memang menasihati pesakit-pesakit supaya mengutamakan rawatan biasa, iaitu di hospital-hospital atau di klinik-klinik.  Setelah rawatan itu diusahakan tetapi tidak juga berjaya, maka barulah perubatan cara ini perlu dikhtiarkan.

Sekiranya sesuatu penyakit terjadi, kita memang menasihati pesakit-pesakit supaya mengutamakan rawatan biasa, iaitu di hospital-hospital atau di klinik-klinik.  Setelah rawatan itu diusahakan tetapi tidak juga berjaya, maka barulah perubatan cara ini perlu dikhtiarkan. Apa yang diusahakan di Darussyifa' ini adalah sebahagian kecil dari ilmu yang sangat luas yang telah lama diamalkan oleh ulama-ulama Islam terdahulu.

KLINIK RAWATAN ISLAM DARUSSYIFA’ BBST

Bangunan Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi

Alhamdulillah, dengan rahmat dan hidayah Allah, sebuah lagi cawangannya telah selamat dibuka di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor, ianya beroperasi di premis milik Pengasas dan Penasihat Darussyifa’ sendiri, Yang Berbahagia Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din , di No 11, Jalan 6, Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang yang mula beroperasi secara rasminya pada hari Ahad 15hb. Mei 2011.Perawat-perawat di sini terdiri daripada ahli-ahli Darussyifa sekitar Sepang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan yang telah menerima ijazah perubatan Islam daripada Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din. Klinik ini menyediakan perkhidmatan rawatan Islam secara percuma dengan tempat yang berkondusif dan berinformasi.

Kepada Allah kita memohon rahmat dan berkat semoga Dia sentiasa mengabulkan usaha kita semua dan menjadikan amalan kita yang tidak seberapa ini sebagai amalan soleh. Apa yang diusahakan di Darussyifa' ini adalah sebahagian kecil dari ilmu yang sangat luas yang telah lama diamalkan oleh ulama-ulama Islam terdahulu.
Asas Pengubatan Islam Darussyifa' Asas Pengubatan Islam Darussyifa' Reviewed by dsbbst on 00:14 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.