Penafian Tuan Guru


Seringkali orang bertanya sama ada secara terus kepada Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din atau melalui anak murid beliau, Adakkah beliau pernah memindahkan jin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke suatu tempat lain dengan menggunakan bas? 

Cerita ini telah lama tersebar luar dan menjadi buah mulut orang ramai dan juga orang-orang kenamaan semenjak dahulu lagi. Cerita seumpama ini sebenarnya ini telah mengundang fitnah kepada Tuan Guru Dato’ Haron Din dan institusi Darussyifa' yang diasaskan oleh beliau.

Adalah DITEGASKAN di sini bahawa Tuan Guru Dato’ Haron Din tidak pernah melakukan kerja pemindahan jin seperti itu. 

Adalah DITEGASKAN juga bahawa cara dan kaedah pemindahan jin atau penangkapan jin TIDAK ADA dan BUKAN yang dipraktikkan oleh Tuan Guru dan Institusi Darussyifa’, baik di pusat atau mana-mana cawangannya. 

 Haruslah diingatkan bahawa kata-kata ulamak “Daging Para Ulamak itu Beracun”. Maksudnya orang yang memfitnah para ulamak dengan cerita bohong seperti memakan racun yang berbisa dan akan memusnahkan dirinya sendiri. Rasulullah bersabda, “Para ulamak itu adalah pewaris nabi-nabi”. Jadi dosa memfitnah para ulamak sepertilah dosa memfitnah para nabi. Diharapkan  dengan penafian ini akan menghentikan sebarang khabar berita palsu seumpama itu daripada terus menerus berleluasa dalam masyarakat.

Di sini direkodkan kenyataan beliau:
        “Adalah amat tidak benar saya pernah membuat satu usaha memindahkan jin dengan menggunakan bas. Tidak pernah berlaku dan tidak pernah saya buat kerja macam itu.” - Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
 Video Penjelasan Tuan Guru:

 
 
Link: http://www.youtube.com/watch?v=sZ4Qo95S_ms
 
Penafian Tuan Guru Penafian Tuan Guru Reviewed by dsbbst on 22:51 Rating: 5

2 comments:

  1. Masa kelas di Darussyifa' Caw Melaka hari tu pun ade yang bertanya.

    Memang berkali saya dengar penafian ini. Tapi sehingga hari ini masih lagi orang ramai menceritakan kehebatan dogeng ini .
    Pernah bapa mertua saya sendiri bertanya tentang perkara ini. Kepada Allah la kita bermohon dan mengadu akan masalah ini.

    ReplyDelete
  2. perjuangan para nabi amatlah susah..~

    ReplyDelete

Powered by Blogger.