Perkembangan Terkini Tuan Guru Haron Din di IJN

Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din, Pengasas dan Penasihat Darussyifa’ Malaysia yang telah dimasukkan ke Intitut Jantung Negara, Kuala Lumpur kerana serangan jantung selepas menghadiri Majlis Kesyukuran anjuran Darussyifa ‘ Malaysia di Hotel Pan Fasific, KLIA pada pagi Sabtu 10 November jam 7.00 pagi telah semakin pulih.

Beliau telah menjalani rawatan angiogram  dengan selamatnya di IJN pada 5.20 petang hingga 7.35 petang pada hari tersebut dan kembali sedar  jam 9.30 malam. 



Coronary angiogram  ialah satu cara rawatan jantung  digunakan untuk mengidentifikasi lokasi yang tepat dan tahap keparahan penyakit jantung. Sepanjang rawatan, beliau telah ditemani oleh ahli keluarganya yang terdekat.

Seluruh warga perawat Darussyifa’ Bandar Baru Salak Tinggi memohon ke hadrat Ilahi Rabbul Izzati agar menganugerahkan kepada Yang Berbahagia Tuan Guru Dato’ Haron Din kesembuhan dan kesejahteraan. Kami juga memohon kepada semua yang mengenali beliau agar dapat mendoakan kesembuhannya dan supaya diberi kekuatan serta ketabahan untuk seluruh ahli keluarga beliau sepanjang menjaganya.- Amin Ya Rabbal A’lamiin.
Perkembangan Terkini Tuan Guru Haron Din di IJN Perkembangan Terkini Tuan Guru Haron Din di IJN Reviewed by dsbbst on 19:28 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.