Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din sedang menjalani saat-saat getir pembedahan jantungnya di Stanford Hospital, San Francisco, USA. Proses pembedahan jantung bermula pada 2-April-2012 @ 8:00 pagi (11:00 malam waktu Malaysia) dan dijangka akan berakhir dalam masa 8 hingga 10 jam kemudian. Kemudian dijangkakan mengambil masa sebulan untuk pulih
sebelum boleh pulang ke tanah air.
Pesanan Tuan Guru kepada kita semua "Kenang Daku Dalam Doa Mu"
Maklumat Terkini:
2-Apr-2012 (Isnin) @ 8:00 pagi (11:00 mlm waktu Malaysia) :
- Tuan Guru masuk bilik pembedahan
2-Apr-2012 (Isnin) @ 6:30 petang (3-Apr-2012 @ 9:30 pagi waktu Malaysia) :
- Pembedahan selesai dengan selamat. Tuan Guru dijangka akan ditempatkan di ICU selama 4 hari sehingga keadaan jantung stabil.
3-Apr-2012 (Selasa) @ 1:00 pagi (3-Apr-2012 @ 4:00 petang waktu Malaysia) :
- Keadaan Tuan Guru bertambah stabil. Cuma TGUH kehilangan banyak darah. Tuan Guru telah mula sedar dan mengadu kesakitan kesan pembedahan, maka telah diberi ubat sedatif yang kuat.
4-Apr-2012 (Rabu)
- Keadaan Tuan Guru bertambah baik. Tuan Guru masih dalam keadaan kawalan ubat penenang (sedatif). Moga kita semua masih belum jemu memanjatkan doa untuknya.

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah berangkat ke San Francisco untuk menjalani pembedahan jantung pada hari Ahad 18-Mac-2012 jam 2:00 pagi. Rombongan yang bersama-sama menemani Tuan Guru ialah isteri beliau Ustazah Datin Khadijah, anak sulung, kedua dan keempat beliau iaitu Dr. Huda, Ustaz Hj. Hamdi dan Ustaz Hj. Najmi. Juga turut serta menantu beliau suami kepada Dr. Huda iaitu Dr. Azlin Azzudin.
Secara umumnya masalah jantung Tuan Guru ialah terdapat banyak saluran darah (artery) pada jantung yang tersumbat menyebabkan jantung tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Keadaan ini menyebabkan Tuan Guru sering mengalami serangan sakit jantung secara puratanya 10 kali sehari. Bagi mengatasinya Tuan Guru terpaksa menggunakan spray GTN untuk meredakan kesakitan.
Tuan Guru kerap menjalani rawatan jantung di IJN bagi mengatasi sakit jantung tersebut. Bagaimanapun pelbagai ikhtiar telah dilakukan oleh doktor-doktor pakar di IJN, mereka akhirnya menasihatkan Tuan Guru mendapatkan rawatan seterusnya di Stanford Hospital, San Francisco, USA.
Rawatan kali ini agak rumit kerana kaedah memasukkan stent untuk mengatasi saluran darah yang tersumbat tidak boleh dilakukan. Jantung Tuan Guru terpaksa dibedah dari bahagian belakang melalui kaedah 'sternotomy'. Untuk mengetahui bagaimana kaedah ini dilakukan boleh lihat lihat di youtube (http://www.youtube.com/watch?v=r7RsB0BA4EI ). ". Pembedahan akan dilakukan pada pagi Isnin 2-April-2012 jam 8:00 pagi waktu San Francisco USA (11:00 malam waktu Malaysia). Jika tidak ada kerumitan insya-Allah pembedahan akan selesai dalam masa kurang 6 jam.
Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT memudahkan urusan pembedahan ini dan berakhir dengan kesembuhan yang berpanjangan kepada kesihatan Tuan Guru.

Ya Allah sesungguhnya kami bermohon kepadaMu dengan penyaksian kami bahawa Engkau lah Allah tiada Tuhan melainkan Engkau yang Maha Esa yang ditujukan kepada Engkau-lah segala permintaan, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan dan yang tiada bagiNya sesuatu yang menyerupaiNya, yang tidak mengambil sesiapa sebagai isteri dan anak, yang tiada bagiNya sekutu dalam pemerintahanNya, yang telah menjadikan setiap sesuatu dan menetapkan baginya ketetapan yang sesuai baginya. Ya Allah sesungguhnya kami mengadu kepadaMu kelemahan upaya kami dan kekurangan usaha kami, wahai yang Maha Penyembuh setiap orang yang sakit, sembuhkan lah hambaMu ini (Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din), berlembutlah dengannya wahai Allah yang Maha Penyantun mengatasi segala yang penyantun, berpihaklah kepadanya (dengan mengurniakan kesembuhan) bukan ke atasnya (dengan sesuatu yang tidak baik) dalam semua urusannya wahai Allah yang Maha Mendengar semua pengaduan, wahai Allah yang Maha Mengetahui semua bisikan, wahai Allah yang Maha Menghindari segala keburukan, dengan hak junjungan besar nabi Muhammad SAW.
Pembedahan Jantung Tuan Guru Di Stanford Hospital USA
Reviewed by dsbbst
on
23:35
Rating:
Salam..mohon guna doa ini untuk sendiri bole tuan
ReplyDeletewslm. boleh
DeleteSalam Tuan, saya mohon untuk menggunakan doa ini buat bapa saya boleh?
ReplyDeleteSalam Tuan, saya mohon untuk menggunakan doa ini untuk anak saya boleh?
ReplyDelete