Jangan Tertipu Dengan Jin - Oleh Ustaz Abdullah Bukhari

Jangan Tertipu Dengan Jin




Nota Kuliah Maghrib Masjid Jamiatus Solahiah, Sungai Tua, Selayang (al-Jinn [72:6]) pada 19 Ogos 2017. Antara isunya adalah larangan meminta perlindungan daripada jin.

“Datuk Nenek! Cucu tumpang lalu, tumpang tinggal. Jangan kacau anak cucu.”

Itu dialog yang biasa diucapkan oleh sesetengah orang Melayu apabila melalui tempat yang dirasakan keras atau berpenunggu. Tujuannya tidak lain agar tuan punya tempat tidak mengganggu atau memberi mudarat kepadanya.

Benar! Kita perlu beradab ketika masuk ke tempat orang atau ke rumah orang. Allah sendiri menegaskan perkara itu:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (
27)
Ertinya: Wahai orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu) (al-Nur [24:27]).

Ayat ini mengajar kita adab sosial sesama manusia dan bukannya hubungan merentas alam jin sehingga mendesak kita merendah diri meminta restu mereka. Berdiri tegak! Kita adalah khalifah Allah di bumi.

Hubungan dengan mahkluk lain perlu dijelaskan kedudukannya. Ia perlu kekal dalam hubungan makhluk dengan mahkluk dan bukan makhluk dan Pencipta. Dalam Islam Tawhid adalah tiang seri pemegang bangunan Islam. Ia perlu dijaga rapi agar tidak runtuh. Oleh itu kita perlu berhati-hati apabila ia melibatkan kepercayaan “mampu beri kesan baik atau buruk” kerana ia adalah milik mutlak Allah sesuai dengan nama-Nya – النافع dan الضار – Allah Yang Maha Memberi Manafaat atau mendatangkan Mudarat.

Kepercayaan “benda atau makhluk” lain mampu memberi manafaat dan mudarat boleh mencalar akidah kerana pemegang akidah sedemikian beranggapan Allah sudah menswastakan sesetengah kuasa-Nya kepada makhluk! Maha Suci Allah daripada anggapan berikut. Dalam banyak ayat Allah menafikan pengkongsian ini dengan menegaskan aspek “MANAFAAT dan MUDARAT, antaranya:

وَيَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَؤُلَاءِ شُفَعَاؤُنَا عِنْدَ اللَّهِ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللَّهَ بِمَا لَا يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ
Ertinya: Dan mereka (Musyrikin Mekah) menyembah (makhluk) selain daripada Allah, SESUATU YANG TIDAK DAPAT MENDATANGKAN MUDARAT KEPADA MEREKA DAN TIDAK DAPAT MENDATANGKAN MANFAAT KEPADA MEREKA dan mereka berkata: "Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa yang Dia tidak tahu adanya di langit dan di bumi (padahal Allah mengetahui segalanya)? Maha Suci Allah dan tertinggi keadaan-Nya daripada apa yang mereka sekutukan." (Yunus [10:18]).

Bukan setakat itu, dalam dakwah nabi Ibrahim AS pun baginda menegaskan isu “MANAFAAT dan MUDARAT” sebagai syarat ketuhanan. Firman Allah:
قَالَ هَلْ يَسْمَعُونَكُمْ إِذْ تَدْعُونَ (72) أَوْ يَنْفَعُونَكُمْ أَوْ يَضُرُّونَ (
73)
Ertinya: Nabi Ibrahim bertanya (kaumnya): "Adakah berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya? "ATAU MEREKA DAPAT MEMBERIKAN SESUATU YANG ADA MANFAATNYA KEPADA KAMU ATAUPUN MENIMPAKAN SESUATU BAHAYA?" (al-Syu’ara’ [26:72-73]).

Berbalik kepada isu minta izin kepada makhluk ghaib yang kononnya menguasai sesuatu tempat. Ia jelas dilarang Allah dalam firman-Nya:

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا
Ertinya: `Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat (al-Jinn [72:6]).

Ketika membaca Tafsir Ibn Kathir, saya jumpa sebuah riwayat yang dikaitkan dengan ayat tersebut. Ia sebuah kisah yang berlaku kepada seorang sahabat bernama Kardam bin Abi al-Sa’ib al-Ansari:

خرجت مع أبي من المدينة في حاجة، وذلك أول ما ذكر رسول الله صلى الله عليه وسلم بمكة، فآوانا المبيت إلى راعي غنم. فلما انتصف الليل جاء ذئب فأخذ حملا من الغنم، فوثب الراعي فقال: يا عامر الوادي، جارك. فنادى مناد لا نراه، يقول: يا سرحان، أرسله. فأتى الحملَ يشتد حتى دخل في الغنم لم تصبه كدمة. وأنزل الله تعالى على رسوله بمكة { وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الإنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا }
وقد يكون هذا الذئب الذي أخذ الحمل -وهو ولد الشاة-وكان جنّيا حتى يُرهب الإنسي ويخاف منه، ثم رَدَّه عليه لما استجار به، ليضله ويهينه، ويخرجه عن دينه، والله أعلم.
Ertinya: “Pada suatu hari aku bersama ayahku keluar dari Madinah untuk suatu urusan. Ketika itu, berita mengenai kebangkitan Rasulullah SAW baru didengar di Mekah. Kami bermalam di sebuah tempat seorang pengembala kambing. Apabila malam semakin larut muncul seekor serigala lalu melarikan seekor anak kambing kecil. Si pengembala lantas bangun dan menjerit: “Wahai pemilik lembah, temanmu (itu mencuri kambingku)!” Tiba-tiba kami terdengar suatu suara (ghaib) yang tidak dapat dilihat pengucapnya berkata” “Wahai serigala! Lepaskan ia (anak kambing itu).” Tiba-tiba si anak kambing berjalan pulang kepada dalam keadaan kesakitan tanpa luka. Berikutan itu, Allah menurunkan ayat ini (6 surah al-Jinn) di Mekah.

Sebenarnya serigala yang menangkap si anak kambing itu adalah jin. Apabila pengembala meminta perlindungan dengan penunggu lembah, anak kambing dilepaskannya. Ia bertujuan menakutkan, menyesatkan dan menghina manusia. Juga memesongkan mereka dari agama (Tafsir Ibn Kathir).

Memohon perlindungan daripada makhluk seperti jin, syaitan, puaka atau penunggu sama seperti seorang banduan meminta bantuan dari seorang banduan lain. Jika dikata tempat itu berpenunggu, si penunggu hanyalah makhluk penumpang di bumi Allah. Jangan takut penghulu sebuah kampung kecil sedangkan kita bernaung di bawah "RAJA WILAYAH." 

Sepatutnya kita menggertak si penghulu kampung yang kecil itu agar jangan sombong bermaharajalela kerana kita datang dengan watikah sang RAJA WILAYAH. PENGHULU ITU PASTI KECUT PERUT BILA MENGETAHUI KITA INI ORANG RAJA.

Kenalilah Allah dengan panduan-Nya pasti kita tidak mudah ditipu oleh jin atau syaitan yang sentiasa membuat onar untuk merosakkan manusia.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu dan perkongsian berkaitan Tadabbur al-Quran di:
Dapatkan buku penulis:
Jangan Tertipu Dengan Jin - Oleh Ustaz Abdullah Bukhari Jangan Tertipu Dengan Jin - Oleh Ustaz Abdullah Bukhari Reviewed by dsbbst on 19:36 Rating: 5

1 comment:

  1. Rawatan pengasih ilmu hitam ilmu putih jarak jauh jarak dekat
    -suami/istri curang
    -tunang/kekasih berpaling hati
    -santau
    -minyak pengasih
    -pelaris niaga
    -pelet
    -pembenci
    -pemisah
    -pemikat
    -mandi bunga
    -buka aura
    Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...


    ILMU SIHIR SANTAU
    ILMU SANTAU SIAM
    ILMU PEMIKAT POMPUAN
    RAJA BOMOH SEDUNIA
    SANTAU SUM POWER
    PELARIS DALAM TALIAN
    ILMU SANTAU M**I
    SANTAU ANGIN
    SANTAU TEPUK BANTAL
    SANTAU PATUNG
    SANTAU MAUT
    SANTAU DI KEDAH
    ILMU PENUNDUK
    ILMU PENGASIH
    MANDI BUNGA
    BUKA AURA

    Call WhatsApp. 082246311483

    ReplyDelete

Powered by Blogger.