Monday, 23 December 2013

Pendirian Liqa' Asatizah Berkenaan Pembedahan Batin

Selepas meneliti unsur-unsur yang terdapat dalam pembedahan batin yang diamalkan sesetengah perawat seperti membedah tubuh badan dengan tangan kosong atau tanpa peralatan moden, membetulkan tulang tanpa sentuhan fizikal, menggunakan peralatan ghaib, pengubatan jarak jauh dan seumpamanya, dapat disimpulkan seperti berikut :


1) Pembedahan batin adalah suatu hakikat yang kabur kerana tidak boleh dibuktikan dengan naql, aql dan sains. 

2) Pembedahan batin tidak mempunyai sandaran hukum daripada Kitab dan Sunnah Nabi SAW mahupun amalan salafussoleh. 

3) Hujah mengaitkan pembedahan batin dgn pembelahan dada Nabi SAW sebelum diangkat menjadi nabi dan Isra' adalah batil kerana perkara tersebut adalah irhas/mu'jizat yg tidak boleh dikiaskan kepada bukan nabi.

4) Pembedahan batin telah diamalkan dalam agama lain dengan begitu berleluasa seperti Kristian atas nama spiritual healing, psychic surgery @ operation, jirahah gharbiyyah atau jirahah ruhaniyyah. Ini menunjukkan, Islam, iman dan taqwa bukanlah syarat utama pembedahan batin boleh dilakukan seperti dakwaan sesetengah pihak.

5) Tokoh-tokoh awal perubatan alopati Islam seperti Ibn Sina, al-Zahrawi, Ibn al-Haytham, al-Razi, Ibn Rusyd dll menunjukkan perubatan moden adalah sebahagian daripada perubatan Islam (bukan sahaja al-tibb al-nabawi) sekaligus menafikan jenis-jenis perubatan yang mencarik adat.

6) Pembedahan batin diyakini menggunakan khidmat jin @ qarin yang dikhuatiri boleh membawa kepada syirik berdasarkan nas-nas al-Qur'an dalam surah al-Jin ayat 6 dan surah al-Zukhruf ayat 36.

7) Pembedahan batin termasuk perkara mencarik adat yang mampu dipelajari dan boleh dilakukan secara berterusan, ini menunjukkan ia bukan karamah atau ma'unah sebaliknya lebih dekat kepada unsur-unsur sihir dan sya'wazah.

8) Masyarakat Islam dinasihatkan meninggalkan rawatan syubhah seperti pembedahan batin dan kembali kepada al-tibb al-nabawi spt menggunakan ayat-ayat syifa', doa ma'thur dll atau kembali kepada perubatan alopati (moden) yang tidak bercanggah dengan hukum syara'.

21 Julai 2011

Ahli liqa':

Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ( Mursyid Liqa’)
Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi/ Moderator)
Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman,
Ustaz Dr Zahazan Muhammad,
Ustaz Hj Mohammad Nidzam Abdul Kadir,
Ustaz Hj Aizam Mas’ud,
Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil,
Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali,
Ustaz Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan, (Tidak Hadir)
Ustaz Ramadhan Fitri Elias, (Tidak hadir)
Ustaz Dr. Maszlee Malik,
Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar,
Ustaz Syed Mohd Norhisyam
Ustaz Zamri Zainuldin 'Mantop'
Ustaz Abdullah Bukhari Al-hafiz
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
Ustaz Shauqi Othman


Disahkan dalam liqa' pada 18 Ramadhan 1432

Definisi Istilah-istilah Berkaitan Perubatan

Pengubatan Islam
Satu ikhtiar penyembuhan penyakit jasmani dan rohani, oleh seorang Islam yang 
mahir dalam kaedah rawatan dengan mengunakan ayat-ayat Al-Quran atau hadis, 
atau  amalan salaf al-soleh, dan  ulamak muktabar,  atau  kesemuanya  sekali serta 
mengunakan kaedah-kaedah atau bahan-bahan yang dibenarkan syarak.

Ruqyah 
Doa  yang  berasaskan  ayat-ayat  Al-Quran  dan  hadis,  yang  bertepatan  dengan 
syarak bagi tujuan pengubatan dan kesejahteraan atau kebaikan.

Penyakit jasmani atau fizikal
Penyakit  jasmani  atau  fizikal  ialah  jenis  penyakit  yang  telah  di  kenalpasti  oleh 
pengamal  Perubatan Alopati.

Penyakit rohani
Penyakit  yang  tidak  dapat  dipastikan  penyebabnya    walaupun  telah  berjumpa 
dengan pengamal Perubatan Alopati  seperti kemurungan  yang  melampau, was-
was, baran yang melampau, resah,  anxiety dan lain-lain.

Penyakit qolbu
Penyakit-penyakit atau sifat-sifat mazmumah yang ada dalam hati manusia seperti 
takabbur, hasad, dengki, riak dan sebagainya.


Gangguan makhluk halus
Satu bentuk gangguan terhadap pesakit dari segi perasaan, kesihatan, dan tingkah 
lakunya dengan gejala dan tanda yang mana puncanya tidak dapat dikesan  oleh 
Perubatan Alopati.

Makhluk halus
Sebahagian daripada makhluk Allah SWT seperti jin dan syaitan yang tidak dapat 
dilihat dengan mata kasar.

Sihir / santau
Satu  ilmu  yang  menghasilkan  kesan  luar  biasa  yang  tidak  dapat  diterangkan 
puncanya  secara  logik,  yang  terhasil  melalui  penglibatan  jin,  syaitan  dan  iblis 
dengan mengunakan peralatan dan kaedah yang tertentu.

Jampi
Kata-kata, seruan, mentera dan serapah yang diucapkan dan bercanggah dengan 
syarak untuk tujuan penyembuhan penyakit atau lain-lain (contohnya untuk memuja 
jin dan roh-roh jahat).

Azimat / tangkal /wafak
Bahan-bahan  seperti  tulisan,  rajah,  huruf-huruf,  simbol,  nombor-nombor  atau 
bahan dari alam semula jadi seperti bahagian-bahagian daripada tumbuhan, kain, 
anggota  haiwan,  batu,  logam  dan  lain-lain  yang  dipakai  atau  disimpan  dengan 
berkeyakinan dapat memberi kesan kepada penggunanya.

Bedah batin
Prosedur  atau  amalan  pembedahan  yang  berlawanan  dengan  prosedur 
pembedahan dalam Perubatan Alopati.

Ilmu hitam
Ilmu hitam adalah salah satu daripada ilmu sihir.

Menurun
Satu  upacara  pemujaan  yang  melibatkan  penyerapan  makhluk  halus  ke  dalam 
tubuh bagi sebarang tujuan.

Jin
Makhluk  Allah  yang diciptakan  daripada  api yang  juga dikenali  sebagai  khadam, 
qarin, syaitan, iblis, hantu, rijalul ghaib dan lain-lain.

Pengeras
Sesuatu bahan atau bayaran yang ditetapkan sebagai syarat untuk rawatan.

Sumpah / ikrar / taat setia / bai’ah
Kata-kata,  lafaz,  pengakuan,  jaminan  yang  bertujuan  untuk  kebaikan  atau 
keburukan.

Penunggu
Makhluk halus yang menjaga sesuatu.

Saka
Makhluk halus yang diwarisi dari keturunan secara rela atau tidak.

Al-Ain
Sejenis gangguan syaitan yang berpunca daripada pandangan mata yang dengki 
dan sebagainya.

Histeria
Satu bentuk gangguan makhluk halus yang mengakibatkan gangguan emosi dan 
kelakuan yang tidak dapat dikawal.

Sampuk
Gangguan kesihatan akibat rasukan makhluk halus.

Pengijazahan
Satu  pengiktirafan  kepada  perawat  untuk  mengamalkan  ilmu  yang  diterima 
daripada guru.

Peralatan perubatan alopati
Peralatan  yang  telah  didaftarkan  sebagai  alat  perubatan,  digunakan  semasa 
prosedur  diagnostic,  klinikal  atau  pembedahan  dan  dilakukan  oleh  Pengamal 
Perubatan Alopati.

Steril (sucihama)
Keadaan peralatan yang telah dibersihkan mengikut piawaian.

Disinfeksi (nyahkuman)
Prosedur pembersihan peralatan menggunakan bahan nyahkuman (antiseptik).

Scan / imbasan penyakit / bahth atau fahs
Satu  kaedah  mengenalpasti  punca  penyakit  dengan  kaedah-kaedah  yang  tidak 
menyalahi  syarak.  Contoh kaedah yang menyalahi  syarak adalah seperti menilik, 
meramal dan yang seumpama dengannya.

Diagnosa (diagnosis)
Proses menentukan jenis penyakit.

Tawassul
Bermohon pertolongan dari Allah SWT dengan syafaat Nabi Muhammad SAW dan 
keberkatan orang-orang yang soleh.

Salaf al-Soleh
Golongan  ulama  di  kalangan  para  sahabat,  tabii,  dan  tabii  tabiin  yang  meliputi 
kata-kata, perbuatan dan hukum hakam yang lahir pada zaman-zaman tersebut.

Ulamak muktabar
Ulama yang pendapatnya diterima oleh arus perdana Islam, pandangan yang tidak 
terpencil dan bersumberkan Al-Quran, sunnah, ijmak, qiyas, dan sumber-sumber 
Islam yang lain pada sesuatu zaman.

Mukjizat
Suatu perkara luar biasa  (yang mencarik atau berlawanan adat) yang dikurniakan 
oleh Allah SWT  hanya  kepada para  Nabi dan  RasulNya, yang  bersifat hakiki dan 
betul-betul  terjadi  pada  waktu  yang  tertentu,  ia  yang  mesti  ditunjukkan  kepada 
umatnya sebagai bukti kenabian dan kerasulan mereka.

Karamah
Suatu  perkara  luar  biasa  yang  dikurniakan  oleh  Allah  kepada  orang  yang  soleh 
yang  dikasihi  Allah,  yang  bersifat  hakiki  dan  betul-betul  terjadi  pada  waktu 
tertentu  secara  mendadak  semasa  hidupnya,  tetapi  tidak  boleh  diprogramkan 
dan dipertontonkan kepada orang lain dan ianya khusus sebagai tanda kemuliaan 
yang diberikan kepada golongan yang taat kepadaNya.

Maunah
Suatu  perkara  luar  biasa  yang  berupa  pertolongan  yang  dikurniakan  oleh  Allah 
kepada  orang-orang  tertentu,  yang  bersifat  hakiki  dan  betul-betul  terjadi  pada 
waktu itu dengan tujuan untuk menambahkan lagi keyakinannya kepada Allah dan 
tidak wajar diperhebahkan.

Istidraj
Suatu  perkara  luar  biasa  yang  dikurniakan  Allah  dalam  keadaan  murka  kepada 
orang  fasik  atau  orang  yang  selalu    membuat  maksiat,  yang bersifat  hakiki  dan 
betul-betul terjadi dan boleh berterusan, dengan tujuan untuk menambahkan lagi 
kesesatannya.

Silap mata
Perkara  luar  biasa yang boleh dipelajari tetapi  tidak dituntut oleh  syarak,  berlaku 
sama ada secara helah,  tipu  daya atau sihir dengan tujuan/niat memperdayakan 
orang lain.

Kasyaf / Ilham / Laduni
Penyingkapan rahsia-rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati. Ia termasuk 
karamah  yang  mencarik  adat  yang  dikurniakan  kepada  wali  Allah  SWT  dan 
mestilah tidak bercanggah dengan  kaedah  agama dan hukum  syarak yang telah 
disepakati.

Kahanah 
Orang  yang  boleh  meramal  perkara  yang  akan  berlaku  atau  mengkhabarkan 
perkara-perkara  ghaib  dan  apa  yang  tersirat  dalam  hati  dengan  pertolongan 
makhluk halus.

Arraf 
Mendakwa mengetahui  perkara-perkara tertentu  dengan beberapa  pendahuluan 
atau petanda seperti mengetahui kecurian, tempat kehilangan dan tempat sesuatu 
benda.

Tanasukh al-Arwah
Proses berkomunikasi dengan roh-roh si mati yang didakwa para wali bagi tujuan 
pengubatan.

Sumber:
http://tcm.moh.gov.my

Tuesday, 1 October 2013

Pengambilan Pelajar Baru Kumpulan 26 Darussyifa' Bangi

Gambar Hiasan

Pengambilan Pelajar Baru Kumpulan 26 Darussyifa' Bangi (Pusat) Sesi 2013-2014

Tarikh Tutup Permohonan: 15-November-2013 (JUMAAT)
Tarikh Temuduga: Akan dimaklumkan

Borang Pendaftaran:

Syarat Permohonan ada dinyatakan dalam borang permohonan.

Sunday, 15 September 2013

Ijtimak Darussyifa' SeMalaysia 16 Nov 2013

IJTIMAK DARUSSYIFA’ SEMALAYSIA
BERSEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK PENUBUHAN DARUSSYIFA’

Tarikh: 16-November-2013 (SABTU)
Tempat: Kolej Universiti ISlam Selangor (KUIS)
Masa  : 8.00 pg ~ 11.00 mlm

Terhad 2000 Ahli Sahaja
Yuran Pendaftaran = RM50

Pembayaran Boleh Di buat melalui Akaun Bank Mummalat No.: 12100000164711

Tarikh tutup pendaftaran: 16-Oktober-2013

Download borang:




Sunday, 18 August 2013

Hukum Menggunakan Tangkal

Soalan:

Apakah menulis ayat-ayat perlindungan yang terdiri dari ayat al-Quran dan seumpamanya, seterusnya menggantungkannya ditengkuk merupakan perbuatan syirik ?


Jawapan:

Telah thabit dari Nabi SAW yang bersabda:

إنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتُّوَلَةَ شِرْكٌ

Mafhumnya: “Sesungguhnya jampi (yang tidak dibenarkan), tangkal dan al-Tuwalah adalah syirik.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Hibban dan al-Hakim, beliau juga menghukumkan hadis ini sebagai Sahih)


Kalimah al-Tuwalah atau boleh juga dibaca al-Tiwalah iaitulah sejenis sihir. Al-Asma’ie (الأصمعي) berkata: ia adalah sihir yang dilakukan untuk menjadikan seorang suami mencintai isterinya. (Lihat Nail al-Awtor, Abwab al-Tibb, Ma Ja’a fi al-Ruqa wa al-Tamaim oleh Muhammad bin ‘Ali al-Syaukani)


Nabi SAW bersabda lagi:

من تعلق بتميمة فلا أتم الله له ، ومن تعلق ودعة فلا ودع الله له

Mafhumnya: “Sesiapa yang bergantung dengan tangkal, Allah tidak akan menyempurnakan tujuannya itu, dan sesiapa yang menggantung Wada’ah, Allah tidak akan member ketenangan kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Abu Ya’la, al-Hakim dan beliau menghukumkan Sahih, daripada ‘Uqbah bin ‘Amir RH)


Ungkapan yang bermaksud “Sesiapa yang bergantung dengan tangkal” membawa kefahaman hatinya bergantung kepada tangkal dan boleh juga membawa kefahaman dia menggantungkan tangkal, kerana sesiapa yang menggantungkan tangkal sudah pasti hatinya juga akan bergantung kepada tangkal tersebut. Perbuatan ini merupakan satu kesyirikan.


Yang dimaksudkan dengan al-Tamimah atau tangkal ialah sesuatu yang digantungkan atau dipakaikan kepada anak-anak atau selainnya bertujuan menolak ‘Ain, Sihir, penyakit dan seumpamanya. Ia juga membawa maksud setiap sesuatu yang digantung di badan, di kereta, di rumah, di kedai dan seumpamanya bertujuan menolak ‘Ain dan kejahatan Jin atau dapat mendatangkan kebaikan.


Semua jenis tindakan ini adalah Haram, ia merupakan Syirik Kecil (dosa besar) dan kadang-kalanya boleh membawa kepada Syirik Benar (terkeluar daripada Islam) jika sipelakunya berkeyakinan tangkal tersebut boleh mendatangkan kebaikan dan menolak musibah dengan sendirinya.


Adapun berkenaan tangkal yang terdiri daripada ayat-ayat al-Quran dan Hadis-hadis Nabi demikian juga tangkal dari doa-doa yang baik maksudnya, maka perkara ini menimbulkan perbezaan pendapat di kalangan ulama. Sebahagian ulama mengharuskannya dengan alasan ia sejenis jampi yang dibenarkan. Manakala sebahagian ulama lain melarang dan menghukumkannya sebagai Haram berdasarkan dua alasan:


Alasan pertama: Keumuman hadis yang melarang menggunakan tangkal dan menegaskan penggunaannya sebagai salah satu daripada kerja-kerja syirik. Justeru tidak boleh dikhususkan sesuatu jenis tangkal sebagai Harus melainkan jika ada dalil agama yang mengharuskannya, dan ternyata dalil itu tidak ada. Ia berbeza dengan berjampi kerana terdapat hadis-hadis yang Sahih yang membenarkan jampian dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan doa-doa yang mengandungi makna-makna yang baik, orang yang dijampi pula berkeyakinan jampi itu hanya sebagai sebab sedangkan yang menyembuhkannya adalah Allah SWT. Nabi SAW bersabda:

لا بأس بالرقى ما لم تكن شركا
 Mafhumnya: “Tidak mengapa dengan jampi yang tidak mengandungi kesyirikan.” (Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud)

Di samping itu baginda SAW juga pernah menjampi beberapa orang dari kalangan sahabat baginda, dan baginda bersabda:

لا رقية إلا من عين أو حمة
Mafhumnya: “Tiada jampi yang lebih baik dan utama melainkan jampi kerana ‘Ain dan sengatan berbisa.” (Dinilai Sahih oleh al-Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu, al-Haithami berkata: Perawi-perawinya Thiqat. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-TirmiziSahih Abi Daud dan Sahih Ibn Majah)

Ia berbeza dengan penggunaan tangkal, dimana tidak terdapat sama sekali hadis yang mengharuskan sesuatu dijadikan sebagai tangkal. Maka wajib mengharamkan kesemua jenis tangkal sebagai mengamalkan keumuman dalil-dalil tersebut.


Alasan kedua: Sebagai menghalang berlakunya perkara syirik yang merupakan asas utama agama Islam. Dimana jika dibenarkan tangkal dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan doa-doa yang baik, ia akan membuka pintu kesyirikan dan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai antara tangkal yang dibenarkan dan tangkal yang dilarang, seterusnya menyukarkan proses pengasingannya maka wajib perkara ini dijauhi sebagai menutup pintu yang boleh membawa kepada syirik. Inilah pandangan yang lebih benar disebabkan jelas bukti-buktinya.

Wallahu a’lam.

Sumber: Fatwa Samahah al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz. Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah. Jilid 1, halaman: 162-163

Wednesday, 10 July 2013

Jadual Waktu Rawatan Sepanjang Ramadhan


Assalamualaikum wbt.
Untuk makluman semua, waktu operasi Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi sepanjang bulan Ramadhan adalah hanya pada hari Jumaat, jam 9.30 malam
Bermula 1 Ramadhan sehingga 2hb Ogos 2013 sahaja. Harap Maklum

Thursday, 20 June 2013

Bongkar Sihir dengan Sains


LULUHNYA hati seorang mangsa apabila penjenayah atau tertuduh yang terang-terangan bersalah tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan, malah dibebaskan tanpa jaminan oleh pihak mahkamah.

Bukan hanya satu atau dua, tetapi dikatakan terdapat pelbagai kejadian seumpama yang diklasifikasi sebagai kes jenayah dan sivil itu dilaporkan ke muka pengadilan, namun terlepas begitu sahaja.

Sebabnya, tiada isu atau bukti kukuh yang dapat diketengah bagi membuktikan tertuduh benar-benar bersalah. Badan kehakiman hanya memutuskan apa yang zahir di hadapan mereka.

Akhirnya, pesalah tersenyum puas kerana motif perbuatan tercapai kesan daripada ketiadaan bukti kukuh bagi menyabitkan kesalahan yang dilakukan.

Manakala, mangsa pula terpaksa terus hidup dalam menderita.

Inilah dilema yang berlaku apabila jenayah yang dilakukan di luar logik akal manusia iaitu membabitkan unsur ilmu sihir.

Sehingga dilaporkan terdapat kes jenayah sihir yang mengakibatkan maut mahupun derita sepanjang hayat.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Kemanusiaan, Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr. Mahyuddin Ismail berkata, isu jenayah membabitkan sihir yang dilihat semakin serius boleh diatasi dengan mewujudkan satu undang-undang khas bagi menanganinya.

Beliau yang juga mengetuai unit kajian khas dalam meneliti undang-undang sihir berkata, kaedah pembuktian dan pendakwaan yang menjadi keraguan utama dalam kes membabitkan sihir juga diyakini mampu diselesaikan melalui kaedah yang telah dipersetujui.

Kaedah tersebut katanya, melalui gabungan kepakaran antara pengamal perubatan Islam dan juga pakar sains.

"Kepakaran pengamal perubatan Islam itu daripada Gabungan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Gapimma). Pakar sains pula adalah dengan kerjasama ahli forensik dan juga peralatan teknologi bio-feedback.

"Setiap mangsa yang disihir mempunyai 'khadam sihir' kepada tuannya yang juga penghantar sihir itu ke dalam tubuh mangsa.

"Gapimma bertindak mengenalpasti tuan yang menghantar khadam sihir tersebut melalui pengakuan mangsa semasa proses rawatan yang ketika itu sedang dikawal oleh khadam sihir.

"Pengakuan daripada mulut mangsa akan dirakamkan untuk dijadikan bukti sebelum langkah seterusnya dijalankan.

"Manakala, bahan yang dihantar oleh penyihir seperti rambut, kuku, kaca dan sebagainya yang diperoleh ketika rawatan pula akan disiasat oleh Jabatan Forensik melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Ini untuk mengenalpasti pemilik, penyimpan dan penghantar barangan itu.

"Seterusnya, teknologi bio-feedback pula digunakan bagi menguji dan melihat tindak balas mangsa melalui isyarat atau tanda yang diterima daripada tubuh mangsa menerusi alat tersebut," kata Dr. Mahyuddin ketika ditemui, baru-baru ini.

Tambahnya, alat pengesanan bio-feedback yang telah diuji keberkesanannya itu dinilai melalui enam aspek iaitu gelombang otak, teknik pernafasan, denyutan hati, tindak balas kulit, ketegangan otot, dan juga peluh tubuh.

Bagaimanapun katanya, keputusan yang diperoleh daripada siasatan ketiga-tiga kaedah itu perlu selari dan menunjukkan kesan yang benar sebelum diklasifikasikan dalam jenayah sihir.

"Jika rawatan daripada Gapimma mengesahkan bahawa seseorang itu disihir dan mengenalpasti siapa dalang di sebalik kejadian itu, maka ujian forensik dan pengesanan bio-feedback juga harus selari dengan dalang yang dikenalpasti itu," katanya.

Mahyuddin berkata, penjenayah sihir sama ada penghantar sihir dan individu yang mengupah ahli sihir tidak lagi bebas melakukan perbuatan tersebut sewenang-wenangnya dengan wujudnya undang-undang tersebut.

Muhyiddin yang juga penulis buku Ahli Sihir ke Tali Gantung berkata, jenayah sihir sekiranya dibiarkan tanpa sebarang tindakan akan mengakibatkan kesan yang lebih buruk.

Ini katanya berdasarkan statistik terbaharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan sebanyak 69 peratus rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari (PTK) berbanding perubatan moden.

"Walaupun pada zaman moden, jenayah membabitkan sihir dilihat semakin popular. Sihir menjadi pilihan kerana merupakan kaedah halus untuk menjatuhkan seseorang dengan mudah dan lebih berkesan malah tanpa disyaki.

"Begitu juga statistik kes penipuan oleh bomoh pada 2012 yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kerugian yang dialami mangsa meningkat 63.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu melibatkan amaun RM12,494,665.27.

"Berleluasanya kes-kes sebegini memerlukan satu pendekatan yang holistik untuk membanterasnya kerana selain menipu, ada juga pengamal yang menawarkan khidmat sihir atas nama perawat tradisional dan komplementari," katanya.

Oleh itu, Muhyiddin berkata, sudah tiba masanya sebuah akta bagi menyekat kebebasan jenayah membabitkan sihir perlu diwujudkan melalui penubuhan undang-undang sihir.

Nyata kesediaan

Dr. Muhyiddin berkata, kajian secara dasar mengenai isu-isu penguatkuasaan, pendakwaan, pembuktian dan kepakaran daripada akar umbi untuk menubuhkan undang-undang tersebut telah diadakan dan rata-rata pihak terlibat menyatakan kesediaan dalam mewujudkan akta tersebut.

"Sesi perbincangan secara berkala dengan pihak berkuasa seperti bersama Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Mufti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Gabungan Persatuan Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA) dan Jabatan agama Islam Negeri telah pun diselaraskan.

"Ini bertujuan pengemaskinian prosedur, tatacara dan aspek teknikal dalam pelaksanaan undang-undang tersebut. Dan kesemua badan berkenaan menunjukkan persetujuan dan memberi jawapan positif.

"Saya yakin, melalui geran Program Pemindahan Ilmu yang diluluskan, isu-isu tersebut akan dapat diperhalusi dan diselesaikan oleh mereka yang pakar dalam bidang tersebut," jelas Dr. Mahyuddin.

Manakala, daripada segi penguatkuasaan dan pendakwaan diakui masih kurang berkemahiran. namun dengan adanya kerjasama daripada semua pihak yang terlibat, latihan dan pendedahan boleh diberikan selain mewujudkan Prosedur Kendalian Standard (SOP) khas, ini boleh diatasi.

"Daripada segi kepakaran pula, saya tidak berasa ia suatu yang sukar untuk diwujudkan kerana ramai pakar-pakar perubatan PTK yang sedia untuk membantu. Cuma yang menjadi isunya ialah pengiktirafan oleh pihak berkuasa.

"Alhamdulillah dengan adanya Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplemetari (BPTK) Kementerian Kesihatan Malaysia, berupaya menjadi salah satu badan rujukan dalam perlaksanaannya.

"Selain itu, Gappima sendiri telah menyatakan pendirian untuk membantu pihak kerajaan untuk memerangi jenayah sihir dan perkara ini telah dijadikan sebagai salah satu agenda perjuangan mereka.

"Namun, saya tetap menaruh harapan agar isu ini diberi perhatian oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana terdapat kes-kes jenayah yang melibatkan sihir seperti menipu, mencuri, menceroboh, merompak, merogol menggunakan ilmu sihir berbentuk pukau.

"Jika penggunaan sihir pukau tidak dibanteras, maka jenayah-jenayah tersebut akan dapat dilakukan dengan lebih mudah tanpa sebarang tentangan daripada mangsa," ujar Dr. Mahyuddin.

Beliau mencadangkan, pada peringkat awal akta tersebut boleh dilaksanakan melalui kes jenayah membabitkan sihir di dalam pernikahan dan perceraian.

Sumber: Utusan Online

Monday, 27 May 2013

Statistik Pengunjung Blog DSBBST

Ruang dakwah sangat luas.
Bagi Darussyifa', kami jadikan 'kerjaya' kami bukan sekadar untuk kebajikan malah ia sebagai ruang dakwah antara perawat dengan pesakit. Iaitu saling melengkapi.


Selain membantu menyelesaikan masalah pesakit, kami juga jadikan perkongsian ilmu melalui alam maya (terutama blog) sebagai ruang dakwah kami.



Alhamdulillah sepanjang tempoh hampir 2 tahun kewujudan blog Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi (DSBBST), ia berjaya menarik perhatian ramai pengunjung terutama dari golongan yang mahu mencari ilmu dan maklumat tentang pengubatan islam.



Blog yang diwujudkan pada bulan Jun 2011 yang lalu, telah mencatatkan hampir 81,000 pengunjung dari pelbagai tempat sehingga kini.


Bilangan pengunjung mengikut susunan negara


Faktor tajuk atau isu juga memainkan peranan penting untuk menarik perhatian pengunjung, apabila isu 'Bagaimana Menangani Santau' mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi


Bilangan pengunjung mengikut susunan tajuk


Tuesday, 21 May 2013

Hukum Memakan Tapai




Soalan: 
Assalamualaikum,masyarakat Islam di negeri saya memakan sejenis makanan yang dikenali sebagai tapai iaitu nasi yang diperam, pulut atau ubi kayu. Makanan ini mengandungi 5-10% alcohol. Seorang guru agama memberitahu saya ia halal' dimakan,selagi alkohol tersebut bukan dihasilkan daripada anggur. Adakah mana-mana fatwa mengenainya? 
S.Abdul Malik, Malaysia. 

Jawapan: 
Assalamualaikum tuan S Abdul. Fatwa guru anda itu salah sama sekali. Mana-mana produk yang diperam atau ditapaikan dengan cara anaerobic (tanpa kehadiran oksigen) mengeluarkan etil alkohol, dan oleh itu adalah haram. Jika produk itu ditapaikan dengan oksigen, ia dipanggil aerobik, dan mengeluarkan asid asetik (seperti cuka) dan tidak mengapa. Alkohol boleh dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan dan bukan hanya anggur. Anda boleh mendapat alkohol daripada epal, nasi, pic nenas, mangga, barli dan berjuta-juta lagi tumbuhan lain. Semua alkohol adalah memabukkan dan oleh itu adalah haram, tidak kira berapa banyak kandungan alkohol itu (hatta 0.5% pun adalah haram). Terima kasih kerana bertanya dan Wallahu a 'alam bishshawab. 

Jawapan: 
الحمدالله حمدا يوافى نعمه ويكافئ مزيده، اللهم صل وسلم على سيدنا ومولانا محمد وعلى آل سيدنا محمد صلاة تحيينا بها حياة طيبة ترضاها وتجعلنا بها هداة مهديين غير ضآلين ولامضلين، وبعد

Kenyataan yang diperolehi daripada mesej tersebut yang mengatakan bahawa tapai itu mengandungi alkohol adalah benar. Walau bagaimanapun untuk menghukumkan bahawa tapai tersebut haram dimakan kerana ia mengandungi alkohol dengan nisbah kandungannya seperti yang dinyatakan di dalam mesej tersebut adalah tidak memadai, bahkan ia memerlukan penjelasan yang terperinci. 

Pembuatan atau penyediaan makanan seperti tapai, sehingga terjadinya alkohol adalah termasuk dalam proses penapaian (fermentation). Alkohol yang wujud dalam tapai berkenaan jika belum sampai kepada tahap alkohol yang boleh memabukkan, maka tapai itu tidak haram dimakan.

Kedudukan perkara ini boleh disamakan dengan penyediaan nabidz. Nabidz ialah nira atau tuak daripada perahan buah¬buahan atau biji-bijian seperti anggur, kurma dan sebagainya. Dalam hal ini banyak hadis yang menjelaskan bahawa terdapat tahap-tahap atau peringkat-peringkat pemerosesan nabidz itu dianggap halal atau masih halal diminum dan ada peringkatnya ia sudah tidak lagi halal diminum kerana sudah mendidih (ada padanya unsur memabukkan). Hadis-hadis berkenaan adalah seperti berikut:

عن يحيى بن عبيد، أبي عمر البهرانى، قال: سمعت ابن عباس يقول: كان رسول الله عليه وسلم ينتبذ له اول الليل، فيشربه، إذا أصبح يومه ذلك، والليلة التى تجئ، والغد والليلة الأخرى والغد إلى العصر. فإن بقى شيئ، سقاه الخادم أو أمر به فصب.
(رواه مسلم)

Maksudnya: "Daripada Yahya bin Ubaid, Abu Umar al-Bahraniy, dia berkata: "Aku mendengar Ibnu 'Abbas berkata: "Biasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dibuatkan nabidz pada permulaan malam dan Baginda meminumnya di waktu pagi, hari itu dan malamnya, pada pagi (esoknya) dan malam berikutnya, serta keesokannya lagi sampai waktu Asar. Jika masih berbaki, maka Baginda berikan kepada khadam (pelayan) atau Baginda suruh membuangnya. 
(Hadis riwayat Muslim) 

عن ابن عباس، قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم ينقع له الزبيب. فيشربه اليوم والغد وبعد الغد إلى مساء الثالثة. ثم يأمر به فيسقى أو يهراق.
(رواه مسلم) 

Maksudnya: "Daripada Ibnu 'Abbas, beliau berkata: "Biasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam direndamkan untuk Baginda anggur kering (kismis), lalu Baginda meminumnya pada hari itu, keesokan harinya dan besoknya lagi hingga petang hari ketiga. Kemudian Baginda menyuruh berikan kepada orang lain atau ditumpahkan. " 
(Hadis riwayat Muslim) 

عن ابن عباس قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم ينبذ له الزبيب فى السقاء. فيشربه يومه والغد وبعد الغد. فإذا كان مساء الثالثة شربه وسقاه. فإن فضل شيئ اهراقه.
(رواه مسلم) 

Maksudnya: "Daripada Ibnu 'Abbas, beliau berkata: "Biasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dibuatkan nabidz kismis dalam gereba (bekas menyimpan air yang diperbuat daripada kulit binatang), lalu Baginda meminumnya pada hari itu, keesokan harinya dan besoknya lagi. Pada waktu petang hari ketiga, Baginda meminumnya dan memberikannya kepada orang lain. Jika masih ada berbaki, 

Baginda membuangnya. " 
عن يحيى أبى عمر النخعى قال: سأل قوم ابن عباس عن بيع الخمر وشرائها والتجارة فيها ؟
فقال: أمسامون أنتم ؟
قالوا:نعم.
قال: فإنه لا يصلح بيعها ولا شرائها ولا التجارة فيها.
قال: فسألوه عن النبيذ ؟ فقال: خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم فى سفر. ثم رجع وقد نبذ ناس من أصحابه فى حناتم ونقير ودباء. فأمر به فاهريق. ثم أمر بسقاء فجعل فيه زبيب وماء. فجعل من الليل فأصبح. فشرب منه يومه ذلك وليلته المستقبلة. ومن الغد حتى أمسى. فشرب وسقى. فلما أصبح أمر بما بقى منه فأهريق.
(رواه مسلم)

Maksudnya: "Daripada Yahya Abu Umar an-Nakha 'i berkata: 
"Ada satu kumpulan orang bertanya kepada Ibnu 'Abbas tentang memperjualbelikan dan memperdagangkan khamr." Ibnu 'Abbas bertanya: "Apakah kalian orang-orang Islam?"
Mereka menjawab: "Ya!" Ibnu 'Abbas berkata: "Tidak boleh memperjual belikan dalam memperdagangkannya. " Berkata Yahya Abu Umar an-Nakha 'iy: "Mereka bertanya lag tentang nabidz, " Ibnu 'Abbas menjawab: "Pernah Rasulullah Shallallahu 'alaih wasallam keluar dalam suatu perjalanan. Ketika Baginda( pulang, ada beberapa orang sahabat Baginda telah memproses dan menyimpan nabidz dalam tempayan-tempayan, kayu-kayu) yang dilubangi dan wadah daripada kulit labu, Lalu Baginda menyuruh menumpahkannya. Kemudian Baginda meminta gereba (bekas air diperbuat daripada kulit), lalu di dalamnya diletakkan kismis dan air. Rendaman kismis itu dibiarkan semalaman. Baginda meminumnya pada keesokan harinya dan malamnya, serta besoknya lagi sampai petang. Baginda minum dan memberikannya kepada orang lain. Ketika datang pagi, berikutnya, sisa rendaman kismis itupun ditumpahkan. " (Hadis riwayat Muslim)

عن ثمامة (يعنى ابن حزن القشيرى) قال: لقيت عائشة فسألتها عن النبيذ؟ فدعت عائشة جارية حبشية فقالت: سل هذه. فإنها كانت تنبذ لرسول الله صلى الله عليه وسلم فقالت الحبشية كنت أنبذ له فى سقاء من الليل. وأوكيه وأعلقه فإذا أصبح شرب منه.
(رواه مسلم)

Maksudnya: "Daripada Tsamamah (yakni Ibnu Hazn al-Qusyairiy): "Aku bertemu 'Aisyah, lalu aku bertanya kepada beliau ten tang nabfdz. 'Aisyah memanggil seorang jdriyah (budak perempuan) Habsyi dan berkata: "Tanyalah kepada orang ini kerana dialah yang biasa membuatkan nabfdz untuk Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam". Jariyah itu berkata: "Aku biasa membuatkan nabidz untuk Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dalam gereba di malam hari. Lalu gereba itu aku ikat dan aku gantungkan. Keesokan harinya, barulah Baginda minum nabidz itu. "(Hadis riwayat Muslim) 

عن عائشة قالت كنا ننبذ لرسول الله صلى الله عليه وسلم فى سقاء يوكى أعلاه، ننبذه غذوة، فيشربه عشاء، وننبذه عشاء، فيشربه غدوة.
(رواه مسلم)

Maksudnya: "Daripada 'Aisyah, beliau berkata: "Biasanya kami membuatkan nabidz untuk Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dalam gereba (bekas air daripada kulit) yang diikat bahagian atasnya, dan gereba itu mempunyai mulut. Kami membuat nabidz di pagi hari, lalu Baginda meminumnya di waktu 'Isya'. Kalau kami membuatnya di waktu 'Isya " Baginda meminumnya di pagi hari. " (Hadis riwayat Muslim)

AI-Imam an-Nawawi ketika menghuraikan hadis-hadis tersebut, berkata: 

فى هذه الأحاديث دلالة على جواز الانتباذ وجواز شرب النبيذ ما دام حلوا لم يتغير ولم يغل وهذا جائز بإجماع الأمة،
وأما سقيه الخادم بعد الثلاث وصبه فلأنه لا يؤمن بعد الثلاث تغيره وكان النبي صلى الله عليه وسلم يتنزه عنه بعد الثلاث.
وقوله: (سقاه الخادم أو صبه) معناه تارة يسقيه الخادم وتارة يصبه وذلك الاختلاف لاختلاف حال النبيذ، فإن كان لم يظهر فيهتغير ونحوه من مبادئ الإسكار سقاه الخادم ولا يريقه لأنه مال تحرم إضاعته ويترك شربه تنزها، وإن كان قد ظهر فيه شيء من مبادئ الإسكار والتغير أراقه لأنه إذا أسكار صار حراما ونجسا فيراق ولا يسقيه الخادم كما لا يجوز سقيه شربه، وأما شربه صلى الله عليه وسلم قبل الثلاث فكان حيث لا تغير ولا مبادىء تغير ولا شك أصلا والله أعلم.
وأما قوله فىحديث عائشة: (ينبذ غدوة فيشربه عشاء وينبذ عشاء فيشربه غدوة) فليس مخالفا لحديث ابن عباس فى الشرب إلى ثلاث لأن الشرب فى يوم لا يمنع الزيادة، وقال بعضهم: لعل حديث عائشة كان زمن الحر وحيث يخشى فساده فى الزيادة على يوم، وحديث ابن عباس فى زمن يؤمن فيه التغير قبل الثلاث، وقيل حديث عائشة محمول على نبيذ قليل يفرغ فى يومه، وحديث ابن عباس فى كثير لا يفرغ فيه. والله أعلم.
(صحيح مسلم بشرح النووى- المجلد السابع، ص:190)

Ertinya: "Di dalam hadis-hadis ini terdapat petunjuk tentang keharusan melakukan intibadz (merendam seperti kismis, kurma, gandum), dan keharusan meminum (air) rendaman nabidz itu selama mana ia masih terasa manis, belum berubah, dan belum menggelegak atau mendidih. Perkara ini harus hukumnya dengan ijma' ulama. 

Adapun perbuatan Nabi memberi minum kepada khadam dan menumpahkannya/membuangnya selepas tiga hari, kerana Baginda merasa tidak selamat tentang perubahannya selepas tiga hari itu dan adalah Nabi Shallallahu lalaihi wasallam menjauhi nabidz selepas tiga hari. 

Adapun maksud perkataannya (diberikannya minum kepada khadam atau ditumpahkannya/dibuangnya) ertinya kadang¬kadang Baginda memberikannya minum kepada khadam dan kadang-kadang Baginda menumpahkannya. Hal ini terjadi kerana adanya perbezaan, disebabkan perbezaan hal keadaan nabidz itu. 

Jika tidak nyata perubahan air rendaman nabidz itu dan lain¬lain seumpamanya daripada unsur-unsur yang memabukkan, Baginda memberikannya kepada khadam dan tidak menumpahkannya kerana ia dikira harta yang haram membuangnya dan Baginda tidak meminumnya adalah sebagai langkah berhati-hati untuk menghindar daripada melakukan perbuatan maksiat (meminum nabidz yang diharamkan). 

Tetapi jika telah nyata padanya ada sesuatu daripada unsur-unsur yang memabukkan dan perubahan, Baginda menumpahkannya kerana apabila ia memabukkan jadilah ia haram dan najis, lalu ditumpahkan dan tidak diberi minum kepada khadam, kerana yang memabukkan itu tidak harus diminum oleh khadam sebagaimana juga tidak harus ke atas Baginda sendiri meminumnya. 

Adapun Rasulullah Shallallahu lalaihi wasallam meminumnya sebelum tiga hari, itu adalah kerana belum ada perubahan, dan tidak ada unsur-unsur perubahan dan ia tidak diragui pada asalnya. Wallahu a 'lam. 

Adapun maksud perkataannya dalam hadis Aisyah: (Baginda merendam di waktu siang lalu meminumnya di waktu malam dan Baginda merendamnya di waktu malam kemudian meminumnya di waktu siang) tidaklah berlawanan dengan hadits Ibnu Abbas mengenai meminumnya sehingga masuk hari ketiga kerana meminum dalam waktu satu hari tidak bermakna ditegah lebih daripada itu. Setengah ulama hadis pula berkata: "Kemungkinan hadis 'Aisyah itu adalah di musim panas, kerana pada musim ini ditakuti ia akan rosak jika sudah lebih daripada satu hari, manakala hadis Ibnu 'Abbas pula adalah di musim yang dianggap selamat daripada perubahan sebelum tiga hari. Dan ada juga yang berpendapat bahawa: 

"Hadis 'Aisyah itu merujuk kepada air rendaman (nabidz) yang sedikit yang boleh dihabiskan dalam masa sehari dan hadis Ibnu 'Abbas pula merujuk kepada air rendaman yang banyak yang tidak boleh dihabiskan dalam masa sehari. Wallahua 'lam. " (Shahih Muslim dengan Syarah an-Nawawi: 7/195) 

Begitulah beberapa hadis yang dapat menjelaskan kedudukan alkohol dalam makanan seperti yang ada pada tapai yang belum sampai kepada tahap yang memabukkan. 
Andai kata alkohol yang ada pada tapai itu sudah sampai kepada tahap yang memabukkan, maka tidak syak lagi tapai itu haram dimakan. Tapai yang sifatnya memabukkan adalah sama seperti hukum arak (haram meminumnya) sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: 

كل مسكر خمر وكل مسكر حرام
(رواه مسلم)

Maksudnya: "Setiap yang memabukkan itu adalah khamr (arak) dan setiap yang memabukkan (juga) adalah haram. " (Hadis riwayat Muslim) 

Walau bagaimanapun apabila unsur memabukkan yang ada pada tapai itu hilang, maka tapai itu halal dimakan. Hal ini adalah berdasarkan kepada qiyds tentang hukum yang telah disepakati berhubung dengan air perahan daripada buah-buahan atau air perahan biji-bijian iaitu apabila ia disimpan buat seketika lamanya, maka air perahan itu akan mendidih (terdapat unsur memabukkan). Tetapi kemudian apabila ia turun dan berubah menjadi euka, maka euka itu halal dimakan dan ia suei selagi pertukarannya kepada euka itu terjadi dengan sendirinya (bukan dicampur dengan apa-apa bahan) kerana sifatnya yang memabukkan itu sudah tidak ada lagi. Akan tetapi jika ketika air perahan itu mendidih dan sifatnya memabukkan, maka haram diminum air perahan buah atau biji-bijian itu dan ia juga adalah najis. Apabila sifatnya yang memabukkan itu hilang, maka ia tidak lagi dihukumkan najis dan air perahan itu menjadi suel dan halal diminum. Begitulah dengan tapai, jika ia memabukkan haram dimakan, dan jika tidak, maka halallah memakannya.

Sumber:
Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned
Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
FATWA MUFTI KERAJAAN BRUNEI 2003


_______________________________________________________________

Iklaneka

Jualan buku karya ulama tersohor. 2 buah buku yang sangat bernilai ini seharusnya anda miliki. Menggabungkan antara kaedah dan hujahan menjadikan ia sangat berguna kepada semua. Selain dalil dan nas yang dikemukakan, kaedah/teknik merawat turut diajar bagi memastikan pembaca betul-betul memahami isu ini. Hubungi segera untuk dapatkan buku ini


Location via Google Maps

Kalam Indah

Sumbangan Dana

Sumbangan Dana

Waktu Rawatan Ramadhan

Rawatan Bangunan

RAWATAN RUMAH & BANGUNAN

Rawatan rumah/ bangunan dijalankan pada HARI KHAMIS (Minggu Pertama & Ketiga) bermula dengan Solat Maghrib sehingga Solat Isyak di tempat tersebut.


Borang rawatan rumah & bangunan boleh diambil dan diisi di Pusat Rawatan Kecil Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi.

Bidara Syifa - 012 344 7697

Bidara Syifa -  012 344 7697
Hubungi Ust Kamil

Wangian Doa Syifa'

Wangian Doa Syifa'

Jual Beli Hartanah

Vitamin Untuk Kesihatan

Artikel Pilihan