Pengambilan Pelajar Baru Darussyifa Pusat Sesi 2014/15

PENGAMBILAN PELAJAR BARU KUMPULAN KE-27 DARUSSYIFA' PUSAT 
SESI 2014/2015

Tarikh Tutup Permohonan: 31-Oktober-2014
Tarikh Temuduga: 15-Nov-2014 (Sabtu) & 16-Nov-2014 (Ahad) @ 8:00 pg ~ 10:00 pg

Borang Permohonan:
SILA KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN (PDF)

Butiran Permohonan

1. Tarikh Tutup Permohonan: 31-Oktober-2014 
2. Tarikh Temuduga: 15-Nov-2014 (Sabtu) & 16-Nov-2014 (Ahad) @ 8:00 pg ~ 10:00 pg
3. Sila layari laman web Darussyifa' http://www.darussyifa.org untuk maklumat dan pengumuman terkini.

Syarat-syarat permohonan:-

a. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap. 

b. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.

c. Pemohon yang bukan warganegara Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

d. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan satu salinan Kad Pengenalan.

e. Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

f. Setelah permohonan diproses, satu sesi temuduga akan diadakan untuk memilih calon-calon yang benar-benar layak sahaja.

g. Pemohon yang gagal hadir untuk temuduga, maka dengan sendirinya permohonan akan ditolak. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan dan anda boleh membuat permohonan semula ditahun-tahun yang akan datang.

h. Pemohon yang telah berjaya diterima dan lulus temuduga, hendaklah sanggup dan mampu membayar yuran sejumlah RM600 setahun (bayaran ini untuk pendaftaran, buku teks, yuran ahli seumur hidup dan yuran pengajian). Pada hari pendaftaran bayaran minimum ialah RM 300.00.

i. Pemohon yang telah berjaya diterima juga dimestikan untuk menghadiri sepenuhnya kuliah pengubatan setiap hari Isnin malam Selasa selama setahun di Bangunan Darussyifa' Bandar Baru Bangi. Jika sekiranya pemohon didapati lemah dalam ilmu bacaan al-Quran, pemohon dimestikan untuk menghadiri kelas Tajwid dan kelas-kelas lain yang ditentukan kemudian.

Sebarang pertanyaan sila emailkan ke darussyifa.malaysia@gmail.com  atau telepon pejabat Darussyifa': 03-89250443 atau hubungi Ustaz Zafran (012-680 7992) atau Ustaz Jufry (019-3634124) dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang sahaja.
Pengambilan Pelajar Baru Darussyifa Pusat Sesi 2014/15 Pengambilan Pelajar Baru Darussyifa Pusat Sesi 2014/15 Reviewed by dsbbst on 00:46 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.